Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 27, 2015

ROTI CANAI SEGERA YANG MENDAPAT PERMINTAAN TINGGI RESTORAN-RESTORAN MAMAK, DIRAGUI KESAHIHAN DAN STATUS HALALNYA!!!



Rakan Blogger, GMIE AWAKENING telah mendedahkan satu perkara yang sebenarnya sangat penting, bahkan terlalu dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.

Rata-rata rakyat Malaysia dan orang Islam akan bersarapan atau paling tidak pun, menjamu selera di restoran-restoran mamak dengan roti canai. Tak kiralah apa nama roti canai berkenan, sama ada roti telur, roti pisang, roti prata, dan segala macam roti yang lain.

Seperti yang diketahui, kebanyakan restoran mamak akan menggentel doh-doh roti canai mereka sendiri terutama selepas restoran ditutup. Itu yang menyebabkan ada pendedahan yang dibuat, ada pengusaha yang tidak bertanggungjawab, menguli doh roti canai dengan kaki dan tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa.

Kini, muncul satu lagi masalah yang masih baru serta tidak ramai yang mengetahuinya.



Rupa-rupanya sudah ada perkhidmatan doh roti canai yang tidak perlu lagi diuli, sebaliknya dibeli daripada pengilang yang beralamat di Seri Kembangan. Berdasarkan siasatan dan maklumat yang diterima, banyak restoran yang menggunakan perkhidmatan ini kerana selain daripada dapat menjimatkan masa, juga menjimatkan kos. Kos pembelian doh roti canai tersebut, jauh lebih murah berbanding dibuat sendiri. Banyak kos yang boleh dijimatkan.

Namun timbul satu persoalan besar. Apakah status doh roti canai tersebut?

Tidak terdapat langsung sebarang logo HALAL JAKIM pada kotak yang mengandungi doh-doh tersebut. Lebih mencurigakan lagi ialah, kilang berkenaan pula terletak di Seri Kembangan yang kita tahu, siapa majoriti yang mempunyai kilang di kawasan terbabit.




Dan seperti yang diketahui, terdapat terlau banyak keraguan serta perkara-perkara syubhat yang dilakukan oleh pengilang-pengilang bukan Islam yang sekadar menjadikan umat Islam sebagai sasaran mereka mengaut keuntungan tetapi pada masa yang sama, langsung tidak peduli dengan status halal haram produk makanan yang dihasilkan.

Tidak salah rasa-rasanya untuk pihak berkuasa, BERTANYA KHABAR dan membuat lawatan singkat ke atas kilang terbabit dan bertanya mengapa status HALAL JAKIM tidak mereka lekatkan pada kotak pembungkusan sebagai kelaziman pembungkusan roduk makanan yang lain.


2 comments:

Anonymous said...

KEMENYTRIAN KESIHATAN...... CEPAT SIASAT DAN BERTINDAK.
JANGAN LENGAH...... SURPRISE RAID !

Anonymous said...

Sementara waktu, kita berhenti dulu mkn roti canai kedai mamak, pastikan semua kedai mamak dpt roti canai HALAL...

 
Blogger Templates