Kalau dah dasar perasan dan bajet bagus, sampai bila-bila pun, begitulah perangainya. Kalau dah rasa diri terlalu hebat dan selalu memperlihatkan seolah-olah dia dikelilingi ramai tukang sembah dan tukang angkat colok, gaya hidup pun memang sengaja dibuat agar tidak serupa dengan gaya hidup manusia normal.
Sepatutnya hari ini, ada satu program iaitu Bicara Dengan Anak Muda di Eminent Hotel Kepayan berhadapan dengan KFC Millenium Penampang antara jam 3:30 petang sehingga 6:30 petang. Namun kurang sambutan membuatkan program tersebut dibatalkan. Begitu juga penglibatannya dalam ceramah umum di rumah Lajim Ukin malam nanti, juga diberitakan telah dibatalkan. Dan sekalipun kedatangannya ke Sabah bersama-sama dengan Wan Azizah, Anwar Ibrahim mempunyai 'ATURCARA PERIBADI' yang langsung tidak melibatkan Wan Azizah. Malah 'ATURCARA PERIBADI' itu juga turut tidak melibatkan PKR Sabah dan PKR Pusat. Ini betul-betul punya 'ATURCARA PERIBADI'.
Anwar diberitakan hanya akan melibatkan diri dengan program forum AUTONOMI Sabah yang diadakan di Palace Hotel, Kota Kinabalu pagi esok.
Tapi Anwar Ibrahim tetap Anwar Ibrahim sampai bila-bila pun.
Hari ini, Tuan Yang Terutama Sabah bersolat Jumaat di Masjid Negeri Sabah, Jalan Sembulan, Kota Kinabalu. Jadi, seperti prosedur dan protokol, apabila TYT Sabah bersolat di sesebuah masjid, akan dihampar permaidani merah yang mana TYT akan berjalan di atasnya.
Antara jam 12:45 sehingga 1:15 tengah hari tadi, kelibat Anwar Ibrahim pun kelihatan. Untuk masuk ke masjid, sebelum kedatangan TYT, dia berjalan di atas karpet merah sambil bersalaman dengan jemaah, seolah-olah mahu mewujudkan persepsi bahawa karpet merah itu dibentang untuknya dan dia merupakan tetamu kehormat di masjid tersebut. Begitu juga sesudah solat, dialah yang meluru paling hadapan untuk berjalan di atas karpet tersebut dan kemudian bersalaman dengan jemaah-jemaah yang lain.
Tak tahulah sama ada dia sedar atau tidak, perbuatannya itu menjadi bahan umpatan dan kejian. Malah dijadikan bahan jenaka jemaah yang tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan dosa mulut apabila mengata-ngata Anwar Ibrahim yang dianggap terlalu bercita-cita mahu menjadi TYT Sabah pula selepas gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia.
6 comments:
Memang poyo tahap gaban.....bnyk kg tak lawat, nak juga publisiti...org tamak selalu rugi, fitnah sana sini semua kerja tak betul..manusia jenis apa juga ni...
ada jawatana PM kosong.....kat Sulu!!!
Bukan anwar dah geng dgn najib vs tun mahatir dgn daim ke? Siap boleh keluar tv3 lagi.
Omaigad!!!!!!!! Malu nya wey!!! Rakyat Sabah pun dah meluta dengan bebal mcm ni. Harrrkkkkkkkkkkkkkkkk TUUII!!!
ANWAR TYT ? ? ?
TOYOL YG TUA ! ! !
MASAALAH AUTONOMI ? ? ?
ATAU SODOMI ? ? ?
Aturcara peribadi? Abihla jambu2 Sabah. . .
Post a Comment