Alhamdulillah, pagi ini ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan semakin positif terhadap semua rawatan yang diberikan.
Ayahanda sedar awal pagi tadi, solat Subuh, minum tea O, bertanya khabar beberapa ketika dan mengukir senyum. Selepas tidur kembali, beliau sedar dan minta untuk minum lagi.
Pihak doktor gembira dengan perkembangan, cuma menyatakan rawatan rapi akan terus dilakukan untuk tempoh ini.
Terima kasih rakyat Malaysia daripada kami seluruh keluarga.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
21 Januari 2015 / 30 Rabiul Awwal 1436H
1055am
Itu yang dianjurkan oleh Islam.
Bukanlah berita atau keadaan yang menggembirakan untuk situasi seperti ini.
Malam tadi, sebahagian besar pemimpin utama Pakatan Rakyat bergegas ke HUSM. Walaupun berita yang disampaikan bersifat agar tidak menimbulkan panik terutama di kalangan peminat dan penyokong Nik Abdul Aziz tetapi melihat kepada situasi di HUSM, jelas ada sesuatu yang berlaku kepada Mursyidul Am PAS itu.
Walau apa pun berita yang disampaikan, kita hanya memohon agar dipermudahkan.
3 comments:
Salam...
semuga TGNA akan cepat sembuh...dan diberi rahmat serta keampunan oleh allah swt.....
diharap keluarga beliau dapat bersabar dengan ujian allah ini...semua manusia tetap akan diuji....
jasa2 TGNA akan tetap dikenang dan semuga mendapat balasan yang baik dari allah di akhirat kelak....aaaameeennnnn.....
dari kem UMNO....
saya memaafkan tapi sekali2 tidak melupakan
Kereta iriz hijau proton madir koma youtube back to the future pedih pedih pedih
Post a Comment