Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 27, 2015

SEPERTI DIJANGKA, SEBELUM MAHKAMAH PERSEKUTUAN BUAT KEPUTUSAN, ANWAR IBRAHIM DAH RANCANG UNTUK HURU-HARAKAN NEGARA TERLEBIH DAHULU!!!



10 Februari 2015 adalah hari penentuan buat Anwar Ibrahim sama ada dia kekal menjadi orang bebas yang boleh melakukan apa-apa sahaja, hatta melakukan hasutan dan menghuru-harakan negara ini dalam usahanya untuk merampas tampuk pemerintahan negara daripada Najib Abdul Razak, atau dia akan berkawan dengan lipas, dengan nyamuk, dengan sabun di atas lantai dan meja pingpong yang dikawal oleh pengawal bersenjata.

Namun sementara menantikan 10 Februari 2015, Anwar Ibrahim sudah pun mempunyai pelbagai rangka dan rancangan untuk menghimpunkan para penyokongnya, malah pada masa yang sama, mengatur agar pesanan-pesanannya tidak akan mati dan kemenangan PKR serta Pakatan Rakyat pada PRU-14 kelak, bukan sahaja akan membersihkannya tetapi juga akan menghilangkan terus catatan LIWAT BEKAS PEKERJA dari catatan biografinya.

Bermula pada 30 Januari, antara jam 8:00 malam sehingga 11:00 malam, bertempat di rumah Lajim Ukim, Taman Likas Jaya, Likas, Kota Kinabalu, Anwar Ibrahim akan berucap dan berceramah dalam program anjuran PKR Sabah.

Antara pemimpin yang dijangka hadir dalam acara tersebut adalah:

(a) Anwar ibrahim sendiri.

(b) Lajim Ukim

(c) James Ghani

(d) Darrel Leiking

(e) Jimmy Wong

(f) Christina Liew

(g) Roland Chia.

Keesokannya iaitu pada 31 Januari, antara jam 8:00 pagi sehingga jam 1:00 tengah hari, bertempat di Berjaya Palace Hotel, Kota Kinabalu, Anwar Ibrahim akan membakar sentimen pemimpin-pemimpin pribumi dan Bumiputera agar mempertingkatkan sentimen kebencian kepada Putrajaya dan akan menekankan bahawa Sabah dijajah oleh Putrajaya selain Sabah dianiayai dan dizalimi oleh Putrajaya dalam sebuah forum yang dianjurkan oleh Persatuan Warisan Budaya Bumiputera Sabah berjudul, Autonomi dan Masa Hadapan Rakyat Sabah.

Antara ahli panel yang akan hadir adalah:

(a) Anwar Ibrahim sendiri

(b) Lajim Ukim

(c) Prof. Madya Muhammad AgusYusoff

(d) Darrel Leiking

(e) Simon Sipaun

(f) Maijol Mahap

(g) Chong Eng Leong.

Sama ada dia masuk ke dalam atau dibebaskan, Anwar Ibrahim sudah pun mempunyai pelbagai rancangan untuk menghuru-harakan negara ini menerusi kaedah hasutan dan fitnah selain mempertingkatkan sentimen KELUAR MALAYSIA yang menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai sasaran, memandangkan kedua-dua negeri itu telah mengekalkan penguasaan Barisan Nasional di Putrajaya.

1 comment:

NewsMalaysia.info said...

Pastinya isu minyak akan menjadi topik utama utk psycho orang sabah sarawak...
Dan mungkin beliau nk jadi presiden disana kelak..
Kalau dia lepas imigresen la..

 
Blogger Templates