AMK PKR Pulau Pinang hari ini memberi kata dua kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk menetapkan pendirian sama ada partinya masih lagi dalam Pakatan Rakyat atau sebaliknya. AMK turut mendesak agar Hadi Awang mengisytiharkan pendirian rasminya berhubung spekulasi yang UMNO dan PAS sedang berusaha mewujudkan Kerajaan Perpaduan.
Nampak kalut semacam puak-puak PKR ni terutama selepas kebocoran pendalangan dan pengkhianatan yang diketuai oleh Mat Sabu serta beberapa orang pemimpin utama PAS yang lain dengan di belakang mereka adalah Lim Guan Eng.
PKR ternyata begitu bimbang sekiranya PAS benar-benar bergabung dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan meskipun penggabungan tersebut bukan bermakna PAS masuk UMNO atau UMNO masuk PAS, sebaliknya sekadar sebuah kerjasama Kerajaan-Pembangkang tanpa membabitkan PKR dan DAP.
Secara rasminya, PKR dan DAP tidak boleh hidup tanpa PAS. PAS merupakan penyedia sokongan dan bantuan untuk meramaikan majlis atau program-program yang dianjurkan oleh PKR dan DAP. DAP dan PKR seringkali membangga-banggakan kejayaan program mereka termasuklah demonstrasi besar tanpa sedikt pun memperkatakan tentang peranan besar PAS.
Semenjak PAS mengurangkan pembabitan mereka dengan Pakatan Rakyat, banyak demonstrasi yang dianjurkan, khususnya oleh AMK sekadar satu perarakan kecil yang boleh ditindas dengan sekali lenyekan.
Sebab itulah, AMK, PKR dan DAP cukup bimbang sekiranya PAS benar-benar bekerjasama dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan. Dan kerana itulah juga, PKR dan khususnya DAP memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan yang mahu menjatuhkan Abdul Hadi Awang.
Khairul Anuar Kamaruddin, Ketua AMK Pulau Pinang tidak berselindung lagi menyatakan kebimbangan itu. Menurutnya, sekiranya Hadi mahu mencuba nasib dengan UMNO, dia perlu melakukannya dengan pantas. Ini akan membolehkan PKR dan DAP akan meneruskan agenda Pakatan Rakyat iaitu mengangkat Lim Guan Eng dan DAP sebagai penguasa utama negara ini, sekaligus meneruskan usaha untuk menghancurkan kesemua teras kewujudan negara ini atas alasan 'memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Malaysia.'
Menurut Khairul Anuar Kamaruddin lagi, sekiranya PAS masih berminat dengan Pakatan Rakyat, Hadi Awang perlu tunduk dan akur dengan segala perintah DAP dan PK sambil menambah di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang, PAS telah banyak mengalami kegagalan termasuklah kehilangan Terngganu dan Kedah. Malah menurutnya juga, di bawah kepimpinan Hadi Awang, PAS telah terlibat dalam pertandingan tiga penjuru yang akhirnya memenangkan UMNO-BN.
Sekiranya PAS memutuskan bahawa mereka tidak akan bersama-sama Pakatan Rakyat lagi, parti pertama yang akan pupus dan mengalami kekalahan teruk adalah PKR. Budak-budak dalam PKR seperti Khairul Anuar Kamaruddin akan menjadi kutu berahak yang melalak di tepi jalan tanpa sebarang kerja sambil mengganggu orang lalu lintas.
Itu sahaja status dan taraf budak-budak hingus hijau PKR tanpa PAS dalam Pakatan Rakyat.
2 comments:
ha, ha, ha, ha, ha ..... bengong pkr ni.
tanpa PAS, PKR hanya serpihan taik ja..
Post a Comment