Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 23, 2015

DESAKAN MAT SABU DAN HATTA RAMLI DIPECAT DARI PAS, SEMAKIN KUAT... DAN PERANGI PASMA JUGA SEMAKIN HEBAT!!!



Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama PAS Pusat bagaikan satu gegaran terbesar sekaligus menyebabkan golongan PASMA mulai berasa kepanasan dan berasakan mereka perlu melancarkan serangan yang jauh lebih keras ke atas golongan pro-ulama yang dilihat sedang berusaha menggunakan pengaruh besar ke atas akar umbi PAS untuk menyingkirkan kepala-kepala PASMA seperti Mat Sabu dan Hatta Ramli.

PASMA kini sedang giat mempromosikan dan mempublisitikan kempen untuk menyingkirkan 50 orang pemimpin pro-ulama PAS yang telah disenaraikan lebih awal. Mereka juga secara terang-terangan sudah mengisytiharkan peperangan untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin PAS yang sekarang ini menjadi ADUN atau Ahli Parlimen.


Dewan Ulama PAS tidak lagi berselindung tentang kejahatan Mat Sabu dan golongan PASMA sehingga menganggapnya sebagai satu ancaman yang perlu dipotong dan dihapuskan, sebagaimana kaki penghidap kencing manis yang sudah bernanah dan daging membusuk yang perlu dipotong dan dilupuskan.

PASMA mula dikesan berleluasa di Kedah ketika penentangan ke atas Allahyarham Azizan Abdul Razak selain usaha untuk merampas jawatan-jawatan yang disandang oleh Azizan kerana tidak berpuas hati dengan projek kerajaan negeri yang diperolehi.

Bagaimanapun, sebelum itu lagi, golongan PARASIT sudah diperkatakan lebih awal di Kelantan membabitkan penyalahgunaan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz sehingga menyebabkan berpuluh-puluh ribu ekar tanah telah berpindah tangan kepada bukan Melayu-Islam dan bukan juga anak Kelantan.Selain itu, pembangunan Lembah Sireh yang turut menyaksikan bagaimana golongan PARASIT menguasai segala-galanya demi kemewahan tetapi kemudian membiarkan Nik Abdul Aziz dipersalahkan.

Pelbagai projek PARASIT termasuklah DINAR dan DIRHAM Kelantan kemudiannya berakhir ke tong sampah dengan segala modal masuk ke kantung orang tertentu. Itu belum lagi membabitkan projek-projek depu, jamnapari, lebuhraya rakyat, keretapi laju, minyak di Pasar Siti Khadijah dan sebagainya.


Golongan PASMA jugalah yang menghalang kerajaan perpaduan apabila tokoh utamanya yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Perak melihat kerjasama dengan DAP lebih menguntungkannya secara peribadi, sekaligus mengeluarkannya daripada status muflis. PAS Perak walaupun diberikan jawatan Menteri Besar Perak pada tahun 2008, hanyalah berstatus barua dan balaci. Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar tetapi yang berkuasa sebagai menteri besar adalah Nga-Ngeh!!!

Baik atas nama PARASIT atau PASMA atau pun GIK, mereka adalah entiti yang sama. Di belakang mereka adalah DAP. Sembahan mereka adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Walaupun serban mereka mungkin sebesar bakul durian, tetapi apabila di hadapan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, mereka akan berdiri sambil menekup kote!!!!

Justeru, sudah sepatutnya Dewan Ulama PAS yang merupakan Dewan tertinggi dalam PAS selepas Dewan Syura, melancarkan perang jihad ke atas PASMA yang merupakan golongan MUKTAZILAH, KHAWARIJ dan MUNAFIQUN dalam PAS yang sememangnya tidak lagi berselindung, mereka sebenarnya bekerja untuk DAP!!!!


5 comments:

Anonymous said...

Jgn percaya puak2 rumput hijau ni.....sembang punya lebat ada yang sabotaj ulamak bagai.....buang idak jugak....puihhhh....wayang!!!!!!

Anonymous said...

Kalau syaitan bantu kita terima-nik Aziz wal sheik pemegang kunci syurga neraka al hadi

Unknown said...

Munafik dari serban sampai ke kaki

NewsMalaysia.info said...

Hmm.. mat sabu..
apa nak jadi..
dia sudah kelabu hati agaknya..

Anonymous said...

Mari kita beramai-ramai ke Stadium Bukit Jalil Solat Hajat UMNO K.O! UMNO K.O!

 
Blogger Templates