Seperti dinyatakan sebelum ini, keluarga Anwar Ibrahim dan para peguamnya kembali mengulangi skrip tahun 1998-2001 terutama bagi mendapatkan sokongan dan perhatian daripada golongan muda yang tidak tahu apa-apa pada tahun 1998-2001 tetapi cukup bersemangat dengan retorik dan temberang Anwar Ibrahim.
1998-2001, dua strategi telah digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk bebas atau setidak-tidaknya mendapat keistimewaan di dalam penjara. Bermula dengan cerita sakit tulang belakang dan sakit tengkuk, kemudian melarat kepada HIV/AIDS, arsenik, lumpuh, naik kerusi roda dan dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan.
2015, Nurul Izzah memulakan skrip yang sama pada 13 Februari dengan cerita kononnya Anwar Ibrahim masih lagi bersemangat tetapi selepas 3 hari berada
Reformasi tahun 1998, menggunakan anak-anak muda yang naif dan kurang membaca serta berpengetahuan dalam politik. Ratusan ribu yang terpengaruh dan terpesona dengan aura Anwar Ibrahim sehingga Anwar Ibrahim yang cukup dibenci oleh orang PAS kerana kelicikannya, diangkat semartabat dengan Fadhil Nor, Presiden PAS pada waktu itu. Malah, orang-orang Anwar Ibrahim berjaya menyusup dan menukarkan PAS daripada sebuah parti tradisional menjadi parti kontemporari yang menjadikan agama sebagai modal untuk mengumpul dana kekayaan dan kuasa, apatah lagi terdapat kelompok besar anak muda yang dahagakan pendidikan dan kejayaan Islam.
Reformasi 2.0 pada tahun 2015 juga menggunakan golongan yang sama. Golongan yang naif dan enggan mempercayai sejarah silam yang seringkali mereka sifatkan sebagai putarbelit walaupun tanpa mereka sedar, sejarah yang mereka kata palsu itu, sedang dikitar semula oleh keluarga Anwar Ibrahim.
Hari ini, N.Surendran, Latheefa Koya dan Sivarasa Rasiah memperkatakan tentang Anwar Ibrahim di dalam penjara. Walaupun mereka telah gagal dalam membela Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya memandangkan tiada seorang pun dari kalangan mereka yang mahu menyanggah bukti-bukti yang diutarakan oleh pihak pendakwa, bahkan menasihati Anwar Ibrahim agar tidak disoalbalas oleh pendakwaraya sebaliknya berceramah politik di dalam mahkamah, kali ini mereka cuba memanipulasikan isu semata-mata untuk meraih simpati sambil memutarbelitkan
Anwar Ibrahim yang merupakan banduan jenayah kerana meliwat, ditukarkan menjadi BANDUAN POLITIK. Peraturan dan tatacara penjara pula cuba ditukarkan seolah-olah Anwar Ibrahim lebih istimewa berbanding banduan-banduan lain dengan alasan Anwar Ibrahim sakit.
Sedangkan di kalangan banduan, ada yang berpenyakit berat, termasuklah sakit jantung, malah penyakit T.B tetapi tidaklah pula mereka menuntut pelbagai keistimewaan seperti yang cuba dilakukan oleh peguam-peguam Anwar Ibrahim.
Ketiga-tiga peguam Anwar itu menuntut agar Anwar diberikan katil dan tilam yang sesuai untuknya, kerusi dan meja, pancuran mandi dan jamban duduk. Dengan kata lain, mereka menuntut agar Anwar Ibrahim diberikan keistimewaan LIMA BINTANG sebagaimana yang mereka saksikan dalam filem-filem penjara dari Hollywood.
Penjara adalah tempat hukuman, bukannya tempat bercuti atau berlibur. Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara selama 5 tahun atas sebab Mahkamah mendapati dia bersalah kerana meliwat selepas mengharungi tempoh perbicaraan selama 7 tahun yang merupakan yang terpanjang dan paling lama di Malaysia. Segala bukti dan fakta telah dibentangkan. Anwar Ibrahim telah diberikan peluang membela diri, tetapi dia enggan berbuat begitu. Malahan 14 orang saksi yang dibariskannya juga, tidak seorang pun dipanggil untuk memberi keterangan setelah pihak pendakwa mendedahkan tentang rakaman CCTV yang mengesahkan Anwar Ibrahim berada di premis dan lokasi berlakunya kejadian liwat. Begitu juga dengan DNA, Anwar Ibrahim menolak untuk memberikan DNAnya secara sukarela, manakala barisan peguamnya mempertikaikan pula DNAnya yang diperolehi oleh pihak berkuasa daripada barangan yang digunakan dalam lokap tanpa mereka mendatangkan DNA Anwar Ibrahim untuk dibuat perbandingan dengan DNA dari air mani yang tertanam 4 sentimeter dalam dubur mangsa liwatnya.
Cerita 1998-2001 sedang digunakan semula oleh Anwar Ibrahim dan kumpulan penyokong serta ahli keluarganya. Mereka melihat 'kejayaan' taktik 1998-2001 sebagai sesuatu yang megah dan berharap, ianya boleh berulang semula.
Masalahnya ialah, 1998-2001, laporan tentang liwat tidak banyak kedapatan di media-media sosial memandangkan media-media sosial pun waktu itu sangat terbatas, berbanding pada tahun 2015 di mana hampir kesemua orang boleh menikmati media sosial secara lebih pantas dan meluas!
Sakit tulang belakang KUNUNNNNNN.... dalam salah satu video klip mengenjut tu, tak nampak sakit pun...
3 comments:
Ini Penjara bukan 5 star hotel.
Masa pembalasan akan tiba! Hakim-hakim itu akan dibakar hidup-hidup!
Yg kita nampak sekarang ialah puak2 bangkai penyokong kaki jubor yg bako lilin dpn penjara...pasni dh boleh bako colok pulak...
Kahkahkahkahkah...
Bahalol punya anjing...
Post a Comment