Ramai yang tidak sedar, sebenarnya Kerajaan telah dan mempunyai agensi yang mampu menjayakan JIHAD ORANG TENGAH seandainya agensi berkenaan benar-benar berfungsi dan digerakkan oleh tenaga-tenaga kerja yang sememangnya bertanggungjawab dan benar-benar memikul amanah.
FAMA atau Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan berada di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Ditubuhkan sebagai badan
Walaupun FAMA sekarang ini terkenal dengan pameran MAHA, tetapi dari segi pemasaran terutama sekali yang melibatkan orang tengah, FAMA dilihat gagal menyaingi dan memberikan saingan kepada pemborong-pemborong dan orang tengah sehinggakan harga produk pertanian kepada pengguna mencanak naik, sedangkan pendapatan petani tidak juga bertambah. PASAR TANI yang juga diinisiatifkan oleh FAMA juga tidak sepadan dengan tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya kerana penganjuran Pasar Tani boleh dibuat tanpa melibatkan entiti seperti FAMA pun!
Mungkin FAMA mempunyai seribu satu macam alasan untuk menjawab 'kegagalan' mereka dalam hal pemasaran sehingga para pengguna di Malaysia perlu bergantung kepada pemborong dan orang tengah yang berjaya menakutkan sebahagian besar orang politik, namun realitinya, FAMA sememangnya bukan sahaja gagal, bahkan telah bertukar menjadi sebuah badan berkanun yang berasaskan keuntungan.
Barangkali tidak keterlaluan kalau kita katakan, cantiknya dan tersusunnya FAMA, hanyalah di atas kertas atau di laman web mereka, tetapi perlaksanaan dan peranannya, hampir tidak dipedulikan oleh kaum petani. Malah kaum petani lebih memilih peraih dan pemborong yang mencekik darah berbanding menggunakan perkhidmatan FAMA yang sekadar berpusat di sekitar pejabat mereka, termasuklah di pejabat PELADANG.
Sepatutnya dalam keadaan Menteri Pertanian sendiri menjadi sasaran polemik kerana mengeluarkan kenyataan yang kemudiannya digunakan oleh DAP untuk menimbulkan sentimen RASIS, FAMA bergerak pantas untuk mengambilalih tanggungjawab peraih dan pemborong yang suka-suka hati menaikkan harga.
Sesuatu yang perlu diperbetulkan ialah, pemborong dan orang tengah tamak tidak sahaja terhad kepada orang Cina tetapi Melayu, India dan lain-lain kaum juga sefikiran, senada dan seakal untuk bersatu dalam menyokong serta menaikkan harga. Pemborong Cina dengan cara mereka. Pemborong Melayu dengan isu Melayu dan bantuan serta subsidi kerajaannya seperti yang dilakukan oleh Pemborong-Pemborong Beras Melayu yang merungut kerana lebih ramai diberikan hak untuk mengilang dan memasarkan beras sekaligus mengurangkan kuota mereka dan pemborong India dengan gelagat mereka yang juga mencucuk mata.
FAMA seharusnya memainkan peranan dalam hal ini. Takkan tunggu Menteri sahaja yang bercakap sedangkan agensi-agensi pula sekadar goyang kaki dan memberi alasan, mereka hanya mengikut arahan, walhal sebenarnya mereka tidak pernah mengikut arahan pun!!!
4 comments:
Mana2 agensi ade individu yg suka mengambil kesempatan dan penting diri sendiri. Mmg cantik on paper tapi bila ade kuasa sikit...sempat nk kayakan poket sendiri...itu lumrah manusia bila lupa perintah Allah ..maka Allah jadikan mereka lupa diri.
Fama sekarang dah lari jauh dr landasan asal. Fama sendiri sekarang bertindak sebagai agen puncuri berlesen bilamana fama plak tekan pebiaga jual barang murah2 pada fama tapi fama tolak plak harga mahal. Fama perlu di rombak agar kembali pada landasan asal.
Admin ni pernah deal ngan fama or dengar cerita hearsay jer.. Sesedap rasa cakap sesiapa boleh buat pasar tani..nak buat pasar tu mudah.. Nak membina usahawan tu boleh?? Tak tau apa2,ckp mcm duduk dlm fama...tak tau ke pengerusi Fama tu pengerusi tetap UMNO.
Inilah satu cara yang ampuh untuk menekan tokey2 cina... perbanyakan pemborong atau orang tengah melayu. Disamping itu teguhkan semula fungsi FELDA dan FAMA sebagai institusi borong diseluruh malaysia... jangan biarkan cina menguasainya.... Hanya dengan cara ini sahaja yang cina akan kendur dan takut...
Post a Comment