Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 10, 2015

KELIMA-LIMA HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MENETAPKAN HUKUMAN PENJARA 5 TAHUN KEKAL!!!



Mahkamah mengambil kira beberapa faktor dan kekalkan tempoh penjara 5 tahun setelah disabitkan bersalah.

Keadaan di Mahkamah, masih lagi terkawal walaupun para penyokong Anwar yang tidak berapa kerat sedang berkumpul.

FRU sudah bersedia mengawal keadaan dan bersedia membawa Anwar Ibrahim ke penjara... tak pasti sama ada penjara Sungai Buloh atau Kajang.

Berikut adalah kronologi sebelum mahkamah membuat keputusan:

1.42 tengahari: Pihak hakim bersetuju untuk membenarkan Anwar memberikan kenyataan kepada mahkamah. Malangnya, Anwar Ibrahim menggunakan peluang tersebut untuk menyatakan bahawa ini adalah konspirasi besar untuk menjatuhkan beliau.

Hakim meminta Anwar Ibrahim untuk berhenti, namun beliau masih meneruskan insiden itu dengan menuduh mahkamah pula terlibat dengan konspirasi tersebut.

Hakim mengambil keputusan untuk meninggalkan kamar mahkamah kerana Anwar Ibrahim gagal untuk mematuhi arahan hakim.

Anwar Ibrahim kemudian menjerit di dalam kamar mahkamah menyatakan bahawa beliau tidak akan berhenti untuk memperjuangkan nasibnya.

1.40 tengahari: Shafee turut menyatakan bahawa Mahkamah melakukan kesalahan serius sekiranya meletakkan kesalahan tersebut kurang daripada 6 tahun. Sepatutnya kesalahan kali kedua ini perlu dihukum dengan lebih keras dan berpatutan dengan keputusan mahkamah seluruh dunia.

1.34 tengahari: Shafee pula menyatakan bahawa Anwar Ibrahim perlu mendapat hukuman penjara maksimum 20 tahun tetapi sebatan tidak perlu kerana faktor usia.

Ini adalah kesalahan yang kedua beliau dan kesan daripada kes ini memberikan impak kepada mental dan masa depan Saiful Bukhari. Malah kes Anwar Ibrahim hendak menyaman Saiful Bukhari juga ditarik balik oleh Anwar sendiri.

Shafee turut merujuk kepada kes Datuk Harun yang sebelum ini tidak mendapat pengurangan dari pihak mahkamah walaupun beliau merupakan bekas pemimpin kerajaan.

1.31 tengahari: Gopal menyatakan bahawa tiada alasan yang cukup untuk memanjangkan hukuman terhadap Anwar Ibrahim berdasarkan fakta kes.

1.18 tengahari: Peguambela Anwar Ibrahim, Gopal Sri Ram telah memulahkan dengan merayu supaya hukuman Anwar Ibrahim dipendekkan kepada tempoh 2 tahun sahaja.

Beliau berhujah dengan alasan Anwar Ibrahim bekas pemimpin kerajaan dan juga merupakan Ketua Pembangkang. Gopal juga menyatakan faktor usia dan kesihatan Anwar Ibrahim.

5 comments:

Anonymous said...

bukan nak masuk campur urusan mahkamah..
tp sepatutnya 7 @ 8 tahun sumbat ke dalam..sbb ini kesalahan kedua..
apa2 pun syukur..

Anonymous said...

Qqnak sedekah pisang lah

Anonymous said...

Kesian pada penghuni yg duk di sel sebelah kena ngadap dia hari2.

Anonymous said...

Saya mengharapkan hukuman lebih daripada 5 tahun tapi tak apalah sebab 5 tahun pun lebih adil daripada 2 tahun.

azid barja said...

Lagi best kalu Rafizi diBafiakan dan masuk dalam sel yg sama.

 
Blogger Templates