Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 17, 2015

KENAPA AZMIN TAK BERANI CAKAP, KIDEX DIBATALKAN KERANA CINA-DAP DAN DETUM JELATEK DITERUSKAN KERANA MELAYU-ISLAM?

Alasan yang diberikan oleh Azmin Ali ketika membatalkan KIDEX, sepertimana yang telah dijangkakan awal akan dilakukannya memandangkan itu adalah antara persetujuan sulit yang dicapai dengan DAP ketika rundingan sokongan untuknya menjadi Menteri Besar Selangor, sangat tidak masuk akal. Terlalu jelas, tindakannya itu sebenarnya berunsurkan RASIS.

Walaupun untuk menyedapkan alasan, dikatakan yang pembatalan tersebut adalah kerana syarikat konsensi tidak memenuhi syarat, tetapi alasan seterusnya iaitu 'pandangan ramai' (RUJUK SINI) menjelaskan bahawa Azmin Ali terikat dengan tuntutan DAP walaupun sebelum ini berlakon seolah-olah dia menjaga kepentingan rakyat, terutama menyelesaikan kesesakan di laluan berkenaan.

Hanya kerana 'pandangan' daripada Cina-DAP, Azmin Ali membatalkan projek lebuhraya yang memberikan kesenangan kepada mereka sendiri. Lakonan dan tembelangnya sebagai Menteri Besar untuk semua, akhirnya terburai dan Azmin Ali membuktikan yang dia sebenarnya adalah juak-juak DAP.

Anehnya, mengapa dia tidak mengambil kira PANDANGAN YANG JAUH LEBIH RAMAI di Detum Jelatek? Mengapa dia tidak pula membatalkan projek tersebut, bahkan beberapa pendedahan menunjukkan dua menara bangunan tersebut telah dijual kepada pihak asing di Singapura. Lebih daripada itu, dikatakan juga bahawa Detum Jelatek terletak di daerah Cina walaupun sebenarnya Detum Jelatek terletak di tapak Taman Keramat yang merupakan kawasan SEPENUHNYA MELAYU!

Dari tahun 2010 lagi, isu Detum Jelatek telah menimbulkan bantahan daripada ramai orang Melayu Taman Keramat tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat, tidak peduli apa pun. Projek tersebut diteruskan dan penjelasan langsung tidak diberikan kecuali bermegah-megah kononnya bayaran pampasan telah diberikan walaupun hakikatnya, bayaran pampasan yang diberikan itu hanyalah 10% daripada nilai sebenar setiap unit yang dimusnahkan untuk menambah populasi pengundi Cina di kawasan majoriti Melayu.

Mengapa Azmin Amli senyap sunyi? Sedangkan kawasan berkenaan adalah 'kawasan jajahannya' selaku ADUN Bukit Antarabangsa. Malah dikatakan juga yang dia mempunyai peranan langsung dalam Detum Jelatek.

Adakah kerana KIDEX tidak melibatkan kepentingannya, maka ia dibatalkan sebagai cara mengambil hati pengundi-pengundi DAP?

Kerajaan Persekutuan sepatutnya sudah menghentikan semua projek Persekutuan melibatkan Selangor. Dari semenjak merdeka sehingga kini, sudah terlalu banyak yang dibuat dan diusahakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk Selangor sehingga menjadikan Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia. Kerajaan Persekutuan sudah sewajarnya melihat kepentingan di negeri-negeri lain berbanding Selangor. Biarkan sahaja rakyat dan penduduk Selangor membuang masa di jalanraya yang sesak pada waktu puncak kerana memang itulah yang mereka mahukan!!!

Jangan pula nanti, apabila Kerajaan Negeri Selangor mencadangkan tanah dan kawasan Melayu untuk dibina lebuhraya, menggigil-gigil syarikat konsensi Kerajaan Persekutuan nak masuk projek!!!

Jadikan KIDEX sebagai satu teladan...

9 comments:

Anonymous said...

Projek datum Jelatek takde syarat ke?

Anonymous said...

Tak de masalah..apa2 hal salahkan UMNO, org2 melayu terima..

Anonymous said...

Org2 UMNO pun bukan kisah dituduh gitu dan gini..sibuk ma. Kalau gi saman pun nak tunjuk baik, org tu minta maap terus ok..walaupun tak minta maap pun.

Anonymous said...

Nak ubah Sgt....puihhhh

Anonymous said...

Perit duk kat selangor,apa nak buat pilihan mereka sendiri

Anonymous said...

Tak kisahla berapa orang dulu beli..jika hartanah harga melambung, mana boleh rampas paksa..

Bayar ikut nilai semasa. Tak guna ada bangunan tinggi mewah jika penduduk asal gagal memilikinya, tanpa mereka ini bandar akan tak seimbang..

Mungkin ada juga orang asing yg guna nama orang tempatan mcm kes kuata bumi sblm ini.

Anonymous said...

Peingatan utk semua termasuk saya,,,,DARAH, HARTA DAN TANAH haram sesama muslim.. Penuh makna tersirat dan tersurat...bukan kata saya tapi sabda nabi saw....

Kpd semua muslim dr pemimpin hingga bukan pemimpin berhati hati dgn 3 perkara ini sebelum mati....

Yg kafir dah pasti tak ada soal jawab, takde di pertanggungjawab,,,humban langsung ke neraka... tapi yg muslim akan dihadap ke mahkamah Allah sebelum kita masuk syurga...sama seperti didunia, ada saksi ada tertuduh ada teraniaya....sekecil apapun peranan kita yg melibatkan darah, harta, tanah mungkin besar dr pandangan Allah...ingat ingat lah.....

Anonymous said...

MB remote control DAP rupanya!!!
Sebelum jadi MB, Tuntutan penduduk Jelatek dijamin oleh Azmin selaku Abg. Besar Bukit Antara Bangsa.

Anonymous said...

Semua melayu pkr n pas adalah hamba dap.

 
Blogger Templates