Arifin menyatakan, beliau mengambil pendekatan mudah iaitu menangguhkan panel yang sedang dipengerusikannya jika berlaku situasi atau perkara yang tidak sepatutnya.
Ketika ditanya sama ada beliau berasa hati terhadap kata-kata Anwar sewaktu mengemukakan rayuan meringankan hukuman, Ketua Hakim Negara menjelaskan bahawa beliau tidak mendengar apa yang diucapkan oleh Ketua Pembangkang itu.
“Saya tidak mendengarnya. Saya melaksanakan tugas dengan ikhlas tanpa bersikap peribadi kepada sesiapa,’’ ujar beliau kepada pemberita di Istana Kehakiman hari ini.
Walau bagaimanapun, Arifin enggan mengulas ketika ditanya sama ada mahkamah akan mengenakan prosiding menghina mahkamah (komital) terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung insiden berkenaan.
Ketua Hakim Negara ditanya pendiriannya berhubung insiden Anwar menyelar institusi kehakiman yang didakwanya sebagai ‘rakan subahat’ yang membunuh kebebasan kehakiman dan integriti.
Ketua Pembangkang itu dalam prosiding rayuan kes liwatnya pada 10 Februari lalu mendakwa panel tersebut telah ‘menjual’ jiwa mereka kepada syaitan sebagai tukaran dalam mendapatkan pulangan dan kedudukan.
Tindakan Anwar itu menyebabkan Ketua Hakim Negara menegur dan bertanyakan mengenai apa relevannya kata-kata beliau dengan rayuan yang dikemukakan bagi mengurangkan hukuman.
Pada ketika itu, Anwar masih meneruskan ‘rayuannya’ tanpa menghiraukan teguran panel tersebut menyebabkan mahkamah ditangguhkan seketika bagi membuat keputusan mengenai tempoh hukuman penjara.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, hampir tujuh tahun lalu.
Arifin ditemui pemberita selepas upacara angkat sumpah jawatan dan taat setia hakim Mahkamah Persekutuan, hakim Mahkamah Rayuan dan hakim Mahkamah Tinggi hari ini.
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zaharah Ibrahim dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan manakala Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani A. Rahim sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.
Dua pesuruhjaya kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera dan Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.
Sementara itu, dalam ucapannya, Arifin menyatakan, mahkamah memandang serius sebarang tindakan yang boleh mencemar maruah dan integriti badan kehakiman dan tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya.
Ketua Hakim Negara itu menyatakan, badan kehakiman bersikap terbuka menerima kritikan namun kecaman dan tuduhan tidak berasas boleh melumpuhkan sistem pentadbiran keadilan dan menghakis kepercayaan masyarakat.
Beliau turut berpandangan, selaras dengan kemajuan teknologi komunikasi, semakin ramai pihak yang mengemukakan buah fikiran berbentuk kritikan dan sindiran tanpa rasa malu dan bersalah.
“Badan kehakiman juga tidak terkecuali daripada menerima kritikan dan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas yang dilemparkan melalui laman sosial,’’ ujar beliau.
Ironinya, kata beliau, perbuatan itu seolah-olah dihalalkan apabila kenyataan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube mendapat jumlah pengikut yang kian bertambah walaupun kritikan itu tiada sebarang justifikasi.
Utusan
2 comments:
Kata CABUT yg digunapakai oleh blogger ada 2 maksud tersendiri..
Pro ketum dihukum...CABUT bermaksud..hakim tak kuasa nak dgr ketum meroyan mcm org tak siuman..mungkn ada yg tulis bermaksud MELUAT/MENYAMPAH SIKAP KETUM...
Geng ketum...seolah olah hakim cabut kerana apa yg dikata ketum tu betul....
Dah bagi ruang bercakap, tak guna, asik dia je nak bercakap, org kena dgr cakap dia sorang.. elok la tu duduk sorang sorang dlm bilik, puas la bercakap sendiri....jgn pulak nanti anak kau tetiba kata AYAH SAYA DAH GILA...KATIL PUN DISANGKA JAMBU...HAH HAH HAH..asik nak digigit aje...hihihi
aku nampak dari jauh anwar ni dah kacau mindanya...jangankan yang arif hakim....aku org bawahan pun muak dengar anwar meracau ikut suka dia nak kata apa pun...dia buat mahkamah macam dia meracau di jalanan...rayuan apa macam itu...bukan rayuan namanya kalu nak serang pentadbiran....
Post a Comment