Semalam, Malik Abdul Kassim membuat tohmahan bodoh yang hanya golongan zombie sahaja percaya, kononnya UMNO-BN telah melakukan pemindahan pengundi ke Permatang Pauh dalam usaha UMNO-BN untuk menang Parlimen tersebut.
Bagaimanapun, Reezal Marican menjawab tohmahan Malik Abdul Kassim sekaligus menjelaskan bahaw Malik Itik sebenarnya tidaklah sepandai mana. Bahkan Malik Itik sebenarnya lebih banyak membuat pembohongan semata-mata untuk menutup gementar dan takut pada PRK Permatang Pauh tanpa Anwar Ibrahim. (BACA DI SINI)
Hari ini pula, Hatta Ramli yang mulai resah kerana golongan pro-ulama dalam PAS mula melihatnya sebagai musuh kerana peranan yang dimainkannya dalam usaha menggulingkan Abdul Hadi Awang, menyatakan, UMNO-BN tidak seharusnya bertanding di Permatang Pauh setelah UMNO Kelantan mencadangkan tidak akan mengambil bahagian dalam PRK DUN Chempaka selepas kematian penyandangnya, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hatta Ramli walaupun berbadan PAS dan merupakan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, namun tindak tanduknya lebih banyak menyokong kepimpinan PKR dan DAP berbanding kepimpinan PAS. Dia juga merupakan antara golongan dalam PAS yang cukup gentar jikalau berlaku kerjasama politik antara UMNO-PAS, walaupun sekadar kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Kelantan, bukannya dalam Barisan Nasional.
Atau dengan kata-kata lain, kerjasama antara dua parti walaupun PAS kekal sebagai parti pembangkang.
Menurut Hatta, kalau UMNO-BN sudah membuat keputusan untuk tidak bertanding di Chempaka, seharusnya keputusan yang sama juga dibuat di Permatang Pauh. Ini adalah kerana menurutnya, penyertaan UMNO-BN akan membazirkan wang negara. (RUJUK SINI)
Terkilas di dalam kenyataannya itu ialah kebimbangan besar yang UMNO benar-benar tidak bertanding di Chempaka, sekaligus akan mewujudkan keharmonian di kalangan ahli-ahli dan penyokong PAS serta UMNO. Disebabkan itulah, Hatta Ramli cuba mengumpan nama Allahyarham Nik Aziz walaupun maksud sebenarnya adalah melindungi konstitusi yang dimenangi oleh PKR!!!
4 comments:
setuju sgt umno tak bertanding dun cempaka...kita akan tolong umno kt pmtg pauh....Hatta berucap atas tiket Pas..belakang bendera PKR....apo cito???
jika setandan pisang sudah tentulah ada yang busuk atau belum masak
begitu jugalah umno dan pas.
kita ambil contoh fatah dan hamas yang boleh bergabung walaupun berlainan fahaman, ideologi dan perjuangan
kenapa umno dan pas tidak boleh bergabung sekurang-kurangnya di peringkat pusat?
kenapa tidak boleh kah pas dan umno saling mengkritik antara satu sama lain dan pada masa yang sama bersama-sama memerintah walaupun umno dan pas memepunyai ideologi fahaman yang berlainan tetapi tujuan yang sama?
Umno ni bg pandangan org pas dah mcm melayu tgk babi..tak mungkin bekerjasama dari kerjasama ngan umno baik kerjasama ngan syaitan janji umno jatuh...lupa ka der
Kalau tul2 ajaran islam yg dibawa tentu le pasal kasih sayang dan perpaduan ummat islam diutamakan..yg alim sayang pada yg jahil, baru sijahil hormatkan si alim..
Post a Comment