Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, February 27, 2015

SABOTAJ PERSIDANGAN ASEAN KE-26 DENGAN TAWARAN KERJA PEMANDU PALSU!!!




By editor-2 February 26, 2015 : 3:40 pm

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Pakatan rakyat seolah-olah “meroyan” dengan persidangan ASEAN ke 26 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 April 2015. Semalam satu sebaran “whatsapp” palsu telah berlegar-legar di media sosial.

Petikan dari iklan tersebut ;

"Tawaran:

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pengambilan Pemandu seramai 155 org diperlu?kan bagi ASEAN ke-26.

Tarikh: 22-29 April 2015

Kereta:
Dibekalkan (Perdana)

Uniform:
Dibekalkan (2 pasang setiap org)

Makan minum:
3 kali sehari

Masa kerja:
7pg hingga 12 mlm

Justifikasi tugas:
Menyelia Delegasi dr Airport - penginapan - tempat berlangsung ASEAN - penginapan

Gaji: RM130.00 perday
Keperluan: Salinan KP/ LESEN dan No Tel.

Hubungi lanjut di talian 011-12502979 - wan 
012-9312622 - shila
#‎nak bantu kwn2 hebahkan "

Kononnya pengambilan Pemandu seramai 155 orang diperlukan. Mereka akan dibayar sebanyak RM130 sehari. Iklan palsu ini terbongkar apabila nombor palsu yang mereka letakkan dalam pesanan “whatsapp” tersebut milik seorang lelaki yang telah bertindak membuat laporan polis dan SKMM atas penyalahgunaan nombor beliau.

Menurut sumber dalaman, pemandu yang mengiringi dif-dif kehormat harus terdiri daripada golongan polis atau askar demi menjamin keselamatan tetamu kehormat kita. Adalah cukup tidak masuk akal apabila iklan tersebut dibuat dengan cara yang cukup membuta tuli namun menyusahkan ramai orang yang menaruh harapan terhadap pekerjaan tersebut.

Persidangan ASEAN ke 26 ini bakal memberi tamparan yang cukup hebat terhadap pakatan rakyat. Dalam keadaan pakatan rakyat sedang diserang kemelut dalaman yang tidak berpenghujung, negara pula yang diperintah oleh Barisan Nasional pula sudah bersedia sepenuhnya untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asean Ke-26.

Ini bakal memberi makna yang cukup besar bagi Malaysia apabila Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih jawatan pengerusi Asean tahun ini. Hanya mereka yang layak sahaja dapat penghormatan seperti ini. Tahniah kita ucapkan kepada Perdana Menteri kita.

Disamping itu juga kita amat berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan berita palsu pengambilan Pemandu seramai 155 orang ini akan dikenakan hukuman secepat mungkin.(sumber)

1 comment:

NewsMalaysia.info said...

Saja nk kenakan org agaknya...
Tapi kenapa admin kata pihak pakatan?
Mcm tak da kena mengena ja..

 
Blogger Templates