Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 17, 2015

SEMAKIN DINAFI, SEMAKIN KETARA KERJA-KERJA JAHAT PUAK PASMA!!!


Apa yang membezakan PASMA berbanding PAS?

PASMA berada di dalam PAS. Ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang aktif dan terlibat dalam penggulingan serta perampasan jawatan-jawatan penting saf kepimpinan utama PAS.

Jangan salah anggap!

Meskipun PASMA dianggotai dan diterajui oleh pemimpin-pemimpin PAS, kebanyakan daripada mereka hanya kelihatan seperti orang PAS tetapi kiblat mereka adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam penjara selama 5 tahun, telah menyebabkan segala rancangan PASMA kacau bilau. Pelbagai rancangan yang diatur selewat-lewatnya pada 2008, kini tergendala sepenuhnya.

Dn mujurlah masih ada Lim Guan Eng yang telah mengeluarkan dana dan peruntukan untuk PASMA beroperasi.

Sebahagian besar ahli-ahli PAS enggan menerima hakikat bahawa parti mereka sekarang sedang diambang kehancuran menerusi rampasan kuasa oleh kumpulan pro-Anwar Ibrahim yang telah menyusup masuk pada tahun 1997 lagi.

Dari gerakan JIM, ABIM, IRC dan IKD, konco-konco Anwar Ibrahim yang kemudiannya bergabung dengan penyembah Lim Guan Eng telah berjaya menjadikan PAS sebagai sebuah parti barua yang menggadaikan prinsip dan maruah perjuangan parti Melayu-Islam yang ditubuhkan pada tahun 1951 itu.

Dengan Husam Musa berada di belakang mereka, nama Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat seringkali dijadikan umpan untuk menghalalkan perbuatan mereka. Sebarang tentangan kepada kumpulan ini, akan berakhir dengan pengkhianatan dan pemulauan. Allahyarham Nik Abdul Aziz telah dikepung oleh Husam Musa dan banyak perkara tidak 'benar' dimaklumatkan kepadanya, sehingga akhirnya Nik Abduh, anaknya yang kini merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas beberapa kali mendedahkan tentang perangai hodoh segolongan pemimpin PAS yang menyalahgunakan nama bapanya.

Menariknya, setiap kali berlaku polemik dan kontroversi, Allahyarham Nik Abdul Azizlah yang akan dipersalahkan. Golongan berkenaan tidak pernah menonjolkan diri kecuali sewaktu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di penghujung hayat apabila berlaku perebutan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Menteri Besar Kedah ketika PAS masih berkuasa di Kedah.

PASMA memberanikan diri untuk keluar dari persembunyian mereka apabila Allahyarham Nik Abdul Aziz tidak lagi berkuasa dan dibentengi oleh Nik Abduh sehinggalah ke akhir hayatnya. Kini mereka sedang berkempen habis-habisan untuk menggulingkan Abdul Hadi Awang dan para pemimpin PAS Pro-Ulama yang dilihat berkecenderungan untuk bekerjasama dengan UMNO-BN, sekaligus melemahkan kuasa PKR dan DAP.

Phahrolrazi Zawawi sudah mula bercakap tentang KEKUATAN PAKATAN RAKYAT menerusi pengaktifan PASMA. PASMA juga sedang dikempen secara agresif di Terengganu, negeri kelahiran Presiden PAS.

Walaupun sehingga setakat ini, golongan pro-ulama tidak begitu agresif mempertahankan Presiden dan saf kepimpinan yang cuba dirampas dan dimusnahkan oleh PASMA, golongan pro-ulama dilihat lebih mudah untuk meraih sokongan dan mempunyai pengaruh lebih besar kerana bersifat konservatif dan ortodoks berbanding PASMA yang hanya berada di dalam PAS untuk kuasa tetapi tidak mendapat tempat dalam UMNO-BN.


5 comments:

Anonymous said...

Tengok muka sikap pahrolrazi ni pun bole tau betapa jahatnya beliau...

Orang2 yg begini bakal senasib nuar

Anonymous said...

Pas... Ma........ Kata cina cina pendatang dapigs........ Bole kautim punya.......tanya sama timb presiden la.........

Anonymous said...

Jangan sebut2 nama sy.. Malam ni saya ade dinner sama tokong Lim.. Makan babi maaa...sedap woo..

Mat sabutoh. ( bau burit mah)

Anonymous said...

Ingat dulu pok nik cakap husam ni dicipta tuhan untuk ore kelate....rupo tupo dio ni guno pok nik wat perisai untuk tutop tipu muslihat puak PasMa.

Anonymous said...

Sbb gila,anuuu cina tu sbb dah jadi biyul haahh serupa,juga,dgn PM,kita..bagus betul pemimpin melayu nih name,je,pemimpin tapi menjahanamkan agama dan bangsa sendiri.

 
Blogger Templates