Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, February 27, 2015

SUHAIZAN KAIAT MENYEMBAH LUTUT GOBIND SINGH DEO SEMATA-MATA NAK PUJUK DIA DENGAR PENJELASAN HUDUD!!!



Lain macam betul tahap kepondanan yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda PAS bernama Suhaizan Kaiat. Pemuda PAS di bawah kepimpinannya bukan semakin bertambah telur, tetapi telurnya semakin mengecil dan lembik.

Barangkali kalau disamakan dengan Pemuda UMNO, status mereka lebih kurang sama sahaja. Kecuali Ketua Pemuda UMNO bijak menonjolkan diri termasuklah dengan berstokin pink!

PAS masih bercakap tentang HUDUD. Walaupun UMNO tidak ada masalah dengan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan, bahkan telah berikrar untuk memberikan sokongan sama ada pembentangannya di Parlimen mahupun di DUN Kelantan, nampaknya yang menjadi keutamaan Pemuda PAS di bawah Suhaizan Kaiat sekarang adalah DAP.

Dan kerana itulah, demi mendapatkan restu, Suhaizan Kaiat terpaksa datang menyembah Gobind Singh Deo, anak lelaki Karpal Singh.

Karpal Singh semasa hidupnya dengan tegas menolak HUDUD dan QISAS kerana beranggapan ia bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Walaupun cuba dipujuk kononnya, Karpal Singh sudah berlembut hati setelah PAS berkawan dengan DAP, hakikatnya sehingga ke saat-saat akhir hidupnya pun, Karpal Singh tetap dengan pendiriannya.

Dan kini pendirian tegasnya itu diikuti oleh Gobind Singh Deo!


Untuk meminda undang-undang, PAS memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di Parlimen. Barisan Nasional adalah pemilik kerusi terbanyak di Parlimen. UMNO adalah parti tunggal yang memiliki kerusi majoriti iaitu empat kali ganda berbanding PAS.

Sepatutnya Suhaizan Kaiat bersungguh-sungguh memujuk UMNO dan Barisan Nasional yang sudah menyatakan persetujuan awal. Walaupun ada tentangan daripada MCA, GERAKAN dan MIC, hakikatnya, jumlah kerusi yang dimenangi oleh MCA, GERAKAN dan MIC tidak membolehkan mereka bersuara keras sangat.

Namun Suhaizan Kaiat tetap mahu menyembah Gobind Singh Deo walaupun secara jelas, DAP tidak akan menerima sama sekali keinginan PAS untuk mewujudkan hudud di Kelantan.

Tahaluf Siyasi PAS terlalu bertentangan dengan tahaluf siyasi yang terdapat dalam Islam. Meninggalkan majoriti dan bersungguh-sungguh memujuk serta mengambil hati golongan yang keras menentang.

Pelik benar gaya pemikiran puak-puak ini!


3 comments:

Unknown said...

Jgn lupa minta restu khalifah agung lim guan eng sama takut nanti tak berkat pulak kalau ketepikan khalifah

Anonymous said...

Bodoh nye la puak2 ni....siapa tuan sebenarnya???

Elok la kau jilat juboq baiya tu sekali

talibantai said...

Kenapa tak mintak dengan allah saja....lupa ke puak-puak ni, buat kerja macam orang tak berfikiran waras.....(tak siuman)?????

 
Blogger Templates