Dalam satu kenyataan, pengerusi eksekutif kumpulan itu mengatakan, beliau sedang mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab menulis di blog tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Katanya, sekiranya beliau benar-benar didapati terlibat dalam aktiviti spekulasi matawang, Bank Negara Malaysia pasti menyedari tuduhan yang dibuat terhadapnya itu dan sudah menghubunginya.
"Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan tuduhan itu. Saya tidak pernah sekali-kali melakukan 'short position' ke atas ringgit," katanya merujuk istilah bermaksud transaksi yang dilakukan pelabur apabila menjangkakan nilai ringgit akan jatuh.
Melalui "short position", pedagang dan pelabur matawang akan memperdagangkan ringgit kepada US dollar ketika nilai ringgit dijangka jatuh. Mereka kemudiannya akan membeli balik ringgit pada nilai yang rendah ketika ia makin menyusut dan mengaut keuntungan yang tinggi.
"Saya seorang penganalisis ekuiti, selain usahawan yang sudah lama bertapak. Saya seorang pelabur nilai.
“Saya tidak pernah memintas mata wang atau ekuiti. Saya memperoleh dan membina syarikat, mewujudkan nilai bagi pemegang saham dan mewujudkan pekerjaan melalui idea dan inovasi. Rekod saya boleh buktikan semua ini.
"Saya yakin Bank Negara akan sedar jika terjadi jenayah kejam seperti didakwa. Bank Negara tidak menghubungi saya dan saya jamin akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan Bank Negara sekiranya bantuan saya diperlukan pada bila-bila masa," kata Tong.
Beliau menyifatkan tuduhan yang dibuat itu satu "pembohongan berniat jahat dan fabrikasi" yang "di luar batas kesopanan manusia". Tuduhan itu dibuat di dua blog iaitu malaysianexpose.wordpress.com dan kronismemahathir.wordpress.com baru-baru ini.
"Buat masa ini saya belum dapat memastikan individu yang bertanggungjawab mereka pembohongan berniat jahat itu terhadap saya, dan apa niat mereka. Saya akan mengambil tindakan undang-undang sebaik dapat mengenal pasti mereka," katanya.
Blog tersebut memetik sumber Bank Negara mendakwa, Tong membuat "short position" berjumlah AS$1.4 bilion ke atas ringgit melalui proksi sejak Ogos tahun lepas hingga Januari tahun ini.
Tetapi Tong berkata, mustahil untuk "memecahkan Bank Negara" atau "menghancurkan ringgit" ringgit kerana rizab pertukaran asing negara berjumlah lebih AS$110 bilion, sementara akaun semasa negara ini berada dalam lebihan.
"Pinjaman bukan ringgit sangat rendah. Saya pernah menyatakan hal ini dalam ucapan dan artikel saya," katanya mengenai keadaan kewangan Malaysia.
Tong berkata "hampir setiap mata wang di dunia" jatuh berbanding dolar AS dan sebahagian sebabnya ialah pengukuhan ekonomi AS dan jangkaan kenaikan kadar faedah.
"Di samping itu, banyak negara di rantau ini dan juga Eropah mengalami susut nilai bagi mata wang mereka dan menurunkan kadar faedah bagi menggalakkan pertumbuhan," katanya.
Ringgit jatuh ke tahap paling rendah sejak krisis kewangan 2008 di tengah-tengah suasana hutang negara yang tinggi dan harga minyak dunia yang rendah.
Tong berkata beliau juga menyokong saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan mereka yang mensabotaj ekonomi negara mesti dibawa ke muka pengadilan.
"Sebagai rakyat Malaysia, saya juga menentang pensabotaj ekonomi. Saya menyokong saranan perdana menteri yang pensabotaj ekonomi negara mesti dibawa ke muka pengadilan."
Jumaat lalu, Najib memberitahu media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang kerajaan akan bertindak terhadap manipulator ringgit jika terdapat bukti terhadap dakwaan yang dibuat ke atas mereka. (SUMBER - TMI)
3 comments:
Stakat nafi jaa.... sebijik mcm perangai nuarr...
Bila kene tuduh liwat ..trus nafii.... kata ada alibi...
Tungu punya tunggu satu alibi pon tarak...
Kuor bideo amoi...truss nafii.... wanjijik kata suami ada bersama kami....
Pas tu kuor bideo nuar mmg ada bersama datuk eskay nutuh amoii...
Ni cina babi ni nafii...nafii ni mcm kontrol damage ajee...
Bank negara kene siasat dan hukum cina babi ni. Dia buat percubaan utk serang ringgit. Sudah tentu soros dan yahudi ada dibelakang dia.
Soros dan yahudi tak mahu duduk di depan sbb mereka tau bank negara monitor acc mereka. So soros dan yahudi gunakan player local utk mulakan.
Cina babi ni mmg pengkhianat la... gantung jee sampai mati.
kaut....janji ada untung....mana ada tipu....
Kata indon, jangan macem-macem... jika terlena di sorong bantal, apa jadi ? Lebih baik BNM tidur-tidur ayam Jalil Hamid....he..he..
Aku hendak mimpi jugak tidur atas duit.. namun mimpi bukan realiti sehingga umur mengakhiri impian segala kemewahan !
Post a Comment