Satu
klip video
daripada kumpulan yang
menggelarkan diri mereka sebagai 'Anak Malaysia Anti Demokrasi'
telah viral
di media-media sosial. Dalam
klip video tersebut, tiga
orang pemuda Melayu (berdasarkan pertuturan mereka),
telah mengugut
untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ini
adalah klip video kedua
selepas mereka mengancam
untuk meletupkan
mahkamah selepas Anwar Ibrahim dijatuhi
penjara lima tahun
kerana kesalahan
jenayah liwat pada 10 Februari lalu. Ancaman meletupkan mahkamah dibuat pada 16 Februari.
Khalid bagaimanapun
menyatakan, dia tidak takut
langsung dengan ugutan budak-budak bacul berkenaan. Sebaliknya menurut Khalid, ancaman sebegitu adalah perkara biasa sepanjang dia menjalankan tugas sebagai anggota dan pegawai polis.
Sebagai perhatian, beberapa orang Ketua Polis Negeri dan Negara telah ditembak mati oleh subversif. Antara mereka termasuklah Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara ketiga yang mati ditembak dua lelaki dengan 11 das tembakan di Jalan Ipoh, dipercayai agen komunis dan Mendiang Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak yang ditembak mati oleh agen komunis pada tahun 1975.
Menurut Khalid
lagi, apa yang membimbangkannya ialah segelintir
orang tidak menggunakan saluran demokrasi
di negara ini dan kerapkali
melakukan perbuatan yang
melanggar undang-undang untuk mendapatkan kehendak mereka.
"Rakyat Malaysia, pastinya
tidak mahu melihat
negara ini bertukar menjadi
sebuah negara kucar-kacir kesan
daripada tindakan
tidak bertanggungjawab kumpulan-kumpulan tertentu," katanya.
Kebanyakan warga pengguna siber melahirkan kekesalan
dan rasa meluat yang teramat
sangat kepada kumpulan anarki berkenaan. Malah ada yang mencadangkan agar ketiga-tiga mereka tidak ditangkap, dibicarakan dan dihantar ke penjara, sebaliknya dimasukkan ke dalam beg mayat sahaja.
Menurut Khalid, polis dengan kerjasama SKMM sedang mengesan aktiviti dan identiti kumpulan terbabit.
Dalam klip video yang pertama, terdapat empat orang individu membuat ancaman untuk meletupkan mahkamah. Klip video kedua pula hanya menampilkan tiga orang individu yang sama berdasarkan susuk tubuh mereka. Ada maklumat yang menyatakan salah seorang daripada mereka telah ditahan oleh polis sekaligus menjadikan hanya tiga orang sahaja yang muncul dalam klip video kedua.
No comments:
Post a Comment