Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 24, 2015

AKHIRNYA DAP PUN MAHU DAPATKAN BANTUAN UMNO WALAUPUN BERUSAHA UNTUK TUMBANGKAN UMNO DALAM DUA PRU LALU!!


Ini apa yang ditulis oleh Zhang Long Yan dalam Nanyang Siang Pau bertarikh 21 Mac 2015.

Sebelum PRU-12, pengundi-pengundi Cina begitu bimbang dengan undang-undang hudud. Bagaimanapun selepas Pakatan terbentuk dengan tiga parti pada 1 April 2008, DAP telah dilihat berjaya melakukan tugasnya untuk mengawal PAS. Masyarakat Cina begitu yakin dengan DAP dan mereka fikir, walaupun PAS mahu mengimplemenkan undang-undang hudud, PAS akan gagal kerana DAP bertindak sebagai benteng. 

Oleh kerana itu, hudud telah ditutup di bawah pemidang 'anti-korupsi dan anti-kronisme' yang dibangkitkan oleh Pakatan bagi melobi pengundi-pengundi Cina. Mereka sepakat dalam kempen anti-korupsi dan anti-kronisme selain menumbangkan Barisan Nasional. 

Para pemimpin DAP dalam mesej video Tahun Baru Cina menekankan tenang 'Berani Berubah' dan 'Mahu Ubah'. Beberapa propaganda lain turut dibuat seperti "PAS UNTUK SEMUA' atau 'Bulan Mewakili Hati' atau 'Mengapa Takut Dengan Hudud Kalau Anda Tidak Merompak dan Mencuri?". Malah terdapat juga propaganda kononnnya Roket dan Bulan adalah pasangan yang secucuk kerana Roket akan membawa anda ke Bulan. Sebahagian pemimpin Pakatan pula menekankan bahawa Hudud bukanlah polisi Pakatan Rakyat. Dengan kata lain, para pengundi tidak perlu gusar dan takut dengan hudud. 

Ramai pengundi Cina percaya dengan propaganda tersebut dan DAP berjaya memperolehi 38 kerusi Parlimen, PAS pula 21 berbanding 23 pada PRU-12 tahun 2008 dan 27 kerusi Parlimen pada PRU tahun 1999). Memandangkan PAS tidak mendapat banyak manfaat menerusi kerjasama dengan DAP, tiada sebab untuk PAS meneruskan kerjasama tersebut. Oleh kerana, lebih baik membuat u-turn daripada terpaksa mengorbankan cita-cita dan perjuangan mereka. 

Melihat tindakan PAS dari sudut perspektif parti politik, keputusan PAS untuk mengubah halatujunya merupakan tindakan logik dan praktikal. Sebahagian besar pengundi-pengundi Cina terpedaya dengan pembohongan DAP dan mahu 'mengajar' UMNO. Mereka telah 'mengajar' MCA, GERAKAN dan SUPP dalam pilihanraya PRU-12 apabila ketiga-tiga parti berteraskan kaum Cina itu gagal teruk untuk mendapatkan undi dan sokongan masyarakat Cina untuk Barisan Nasional sekaligus menyebabkan Barisan Nasional kehilangan penguasaan undi majoriti dua pertiga. 

Keputusan PRU-13 menyebabkan UMNO bertukar menjadi lebih konservatif dan mula mengabaikan MCA, GERAKAN dan SUPP setelah dua kali ditipu pengundi Cina. UMNO terpaksa bergantung kepada undi Melayu-Bumiputera sepenuhnya bagi meneruskan penguasaannya yang mana ianya adalah praktikal dan logik. 

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, yang dianggap ramai sebagai antara pemimpin Cina yang pakar tentang PAS, menggambarkan penentangan ke atas perlaksanaan hudud sebagai isu remeh dan 'kayu hanyut' yang digunakan oleh MCA untuk bangkit kembali meraih sokongan masyarakat Cina. 

Liew Chin Tong tidak sebijak mana seperti yang digambarkan. Sekiranya dia benar-benar tahu tentang PAS, tiada alasan baginya untuk menafikan bahawa penubuhan negara Islam adalah matlamat utama perjuangan PAS. Bagaimana dia boleh menyatakan isu ini adalah remeh sedangkan gabungan PAS-UMNO akan merealisasikan undang-undang hudud?




DAP masih cuba menafikan peranan dan tanggungjawab mereka dalam isu ini. Kemarahan masyarakat Cina kepada DAP kerana menyebabkan undang-undang hudud dibentangkan sekaligus menyaksikan kerjasama UMNO-BN akan lebih cepat terhasil, semakin hari semakin meluap-luap.

Apa yang dilakukan oleh DAP untuk mengatasi masalah tersebut?

Lim Kit Siang sendiri yang mencadangkan agar DAP menyertai Barisan Nasional dan membentuk Kerajaan Perpaduan yang baru. Lim Kit Siang dan DAP meminta bantuan UMNO, parti yang begitu dibenci oleh para pengundi Cina, yang mahu digulingkan dan dikeji tetapi sekarang dianggap sebagai penyelamat kewujudan dan kelangsungan DAP sendiri. 

Secara logiknya, masyarakat pengundi Cina seharusnya meraikan keadaan ini kerana inilah 'UBAH' yang mereka mahukan sangat. Mereka tidak seharusnya merungut dan marah-marah. Susah sangatkah untuk mereka berani mengakui yang mereka telah tersilap percaya dengan memilih DAP yang mempromosikan PAS selama ini? 

Orang Cina seharusnya menyalahkan diri mereka sendiri dan puak yang terlalu bijak mahu mewujudkan sistem dua parti!!! 


2 comments:

Asaif Barkiya said...

DAP by hook by crook tidak mahukan Hudud di luluskan.Risikonya,towkey towkey rumah dan kelab kelab persundalan,pusat pusat karaoke ,rumah rumah urut,towkey towkey perjudian,towkey towkey yang merasuah bela kakitangan kerajaan dan swasta yang kebanyakkannya beragama islam bakal terancam perniagaan dan modus operandi bisnis sediada.Towkey towkey daripada DAP kebanyakkannya sudah terbakar dengan konsep Hudud yang sedang dalam proses implementasi di Kelantan.Jika skop Hudud menjadi modul ikutan negeri negeri lain maka habislah riwayat DAP yang di biayai kebanyakkan oleh towkey towkey secara keseluruhan.Itulah ketakutan yang teramat sangat di rasai sekarang oleh DAP.

Asaif Barkiya said...

Hakikat penting yang umum perlu ketahui,Hudud menjadi satu ancaman terbesar kepada DAP dan para pendokongnya yang banyak terdiri daripada peniaga peniaga dan towkey towkey cina yang berkiblatkan DAP.Perlaksaan Hudud akan mencetuskan satu keadaan buruk dan malapetaka kepada puak puak DAP.Banyak bisnes bisnes rumah rumah urut,pusat karaoke,pusat judi ,kelab kelab malam,pusat pusat pelacuran akan kehilangan pelanggan pelanggan islam terutamanya serta pemberi rasuah terutamanya towkey towkey daripada puak puak DAP tidak dapat lagi memberi rasuah kepada warga islam yang sebelumnya galak menerima.Akan terputus hubungan dan business yang bersumberkan rasuah akan terpaksa melalui saat saat meruncing.Inilah igauan buruk dan ketakutan tahap gaban yang sangat di takuti oleh DAP secara terbuka dan tertutup.

 
Blogger Templates