Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 17, 2015

AMERIKA SYARIKAT MARAH PDRM LOKAPKAN NURUL IZZAH!!!



Jabatan Negara Amerika Syarikat dengar khabarnya mula bercakap tentang demokrasi, tentang ketelusan, tentang kebebasan bersuara, tentang perlaksanaan undang-undang yang adil, kebebasan ekspresi dan kebebasan kehakiman sejurus Nurul Izzah ditahan dan dilokapkan bagi membantu siasatan berhubung penghinaan dan hasutan yang dilakukannya ketika berucap di Dewan Rakyat. (RUJUK SINI)

Seronoklah PKR dengan reaksi yang diberikan oleh Amerika Syarikat itu. Mereka benar-benar berharap, Arab Spring yang diharapkan berlaku di beberapa buah negara Arab berlaku di Malaysia setelah kegagalan pada tahun 2010. Campurtangan Amerika Syarikat sepertiman yang berlaku di Iraq di mana Saddam Hussein dijatuhkan, kemudian dibunuh dan rakyat Iraq dibunuh beramai-ramai atas alasan mereka adalah pengganas, amat diperlukan oleh PKR di Malaysia. PKR juga mengharapkan Amerika Syarikat walaupun tidak menghantar angkatan tenteranya, tetapi menghantar kewangan, persenjataan, perisikan dan sebagainya untuk menghuru-harakan Syria menerusi pelabelan Basyar Al-Assad sebagai musuh umat Islam, selain menubuhkan kumpulan-kumpulan penentang seperti IS yang akan memberikan gambaran buruk terhadap Islam, umat Islam dan negara Islam.

Sebenarnya tidak apa yang hendak dihairankan dengan reaksi Amerika Syarikat. Amerika Syarikat sendiri mengamalkan 'kebebasan' yang sukar difahami oleh dunia. Kebebasan Amerika Syarikat ialah memperjuangkan segala-gala yang bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Sokongan Amerika Syarikat kepada Zionis Israel contohnya, telah membunuh jutaan manusia di Palestin. Sokongan Amerika Syarikat kepada masyarakat homoseksual, bertujuan untuk memajukan industri farmasitikalnya dan mewujudkan pergantungan kepada ubat-ubatan untuk rawatan penyakit berkaitan homoseksualiti yang dihasilkan dan dipatenkan oleh negara terbabit.

Amerika Syarikat peduli apa dengan hasutan dan sifat subversif keluarga Anwar Ibrahim. Amerika Syarikat telah membuat pendirian, Anwar Ibrahim bebas daripada melakukan sebarang kesalahan. Undang-undang Malaysia tidak boleh dikuatkuasakan ke atas Anwar Ibrahim dan seluruh keluarganya, bahkan penyokongnya.

Justeru tidak hairanlah bagaimana DAP bersungguh-sungguh menyokong PKR dan Anwar Ibrahim kerana mereka mahu menumpang 'tuah' itu.

Dari tahun 1997 lagi, Amerika Syarikat melihat Anwar Ibrahim sebagai instrumen dan medium mereka yang terbaik untuk menguasai negara ini. Malaysia yang banyak mengamalkan dasar-dasar berkecuali dan berbaik dengan semua negara di dunia ini, termasuklah blok komunis seperti China dan Vietnam ekoran kedudukan strategik negara ini, boleh menjadi faktor utama Amerika Syarikat menguasai rantau Asia Timur.

Nurul Izzah sekadar ditahan bagi tujuan soal siasat dan memberi keterangan. Tetapi PKR dan Pakatan Rakyat telah menggambarkan penahanannya sebagai penahanan politik, sepertimana yang Amerika Syarikat lakukan ke atas tahanan-tahanan beragama Islam di Guantanamoa Bay.

Jadi, kita tengoklah sejauh mana Pakatan Rakyat berusaha menjadikan Malaysia sebagai Iraq kedua yang dimusnahkan oleh Amerika Syarikat dan Anwar Ibrahim serta para pemimpin Pakatan Rakyat diangkat menjadi pemimpin negara menerusi pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat negara ini!!!


5 comments:

anakmalaysia said...

Kita ada undang dan perlembagaan negara sendiri..tak perlu org lain tak tunjukkan bgm kita memerintah semuapun dah ikut undang2. Yang tak ikut undang2 mcm si celupar ni patut masuk penjara ikut bapok tua tu....boooooo tak malu muka tebal mcm arang batu nak minta kesian dari Barat sudah puas dihentam hakim negara Msia skrg minta kesian...manusia jenis apa ni..laibiliti utk keamanan Msia..

Anonymous said...

UNDANG2 NEGARA INI DIBUAT UNTUK NEGARA INI OLEH NEGARA INI UNTUK RAKYAT MASA INI.
KPD YG RASA TAK SESUAI BOLEH LAH BERHIJRAH KE AMERIKA.
TIDAK ADA UNDANG2 YG MENGHALANG.

Anonymous said...

Rasa2 kalau gaji mp2 pembakang tk di byr agak2 apa akan brlaku..mkn kedarah gaji buta...

Azman Ali said...

Ini lagi satu bukti bahawa mereka ini adalah agen Amerika untuk jatuhkan kerajaan yg sah. Kalau tidak maskan tiada langsung sokongan dari kerajaan islam terutama dari OIC?

Anonymous said...

Suruh semua suku sakat Anwar duduk kat Amerika , baru takde tangkapan yg akan dibuat,Duduk kat MALAYSIA asyik nak memfitnah ,memporak perandakan rakyat ,siapa yg tak ikut kehendak mereka , semuanya salah, siapa yg sanggup mencium kaki mereka ,baru tak salah ,Minah ni kena dapat gelaran Puteri fitnah

 
Blogger Templates