Hari ini, Mahfuz Omar diarahkan keluar Dewan apabila terus mendesak dan marah apabila pada 11 Mac dalam Majlis Raja-Raja, Kerajaan tidak membawa usul hudud ke dalam mesyuarat tersebut. Kata mereka, Kerajaan atau lebih tepat lagi UMNO memungkiri janji dalam JawatanKuasa Teknikal Hudud.
Baghal apa agaknya Mahfuz Omar dan Ahli-Ahli Parlimen PAS dalam kes ini?
DUN Kelantan hanya luluskan Enakmen Undang-Undang Syariah (II) Kelantan pada 19 Mac. Majlis Raja-Raja bermesyuarat pada 11 Mac.
Bukankah sehingga 11 Mac, malah sampai sekarang pun, di kalangan PAS dan Pakatan Rakyat sedang bercempera kerana tidak menyokong dan menentang hudud?
Kenapa nak salahkan UMNO dan Kerajaan kerana tidak membawa usul hudud ke Majlis Raja-Raja dan mengamuk apabila mendapat tahu ianya tidak dibawa ke persidangan tersebut?
Takkanlah UMNO yang mendahului PAS sedangkan yang benar-benar memperjuangkan isu hudud adalah PAS?
Sepatutnya Mahfuz Omar dan Ahli-Ahli Parlimen PAS yang keluar Dewan kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan bahawa isu hudud tidak dibawa dalam mesyuarat Raja-Raja, lebih sibukkan dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri yang sedang menentang Hudud dan PAS selain memastikan DAP akur dengan rancangan hudud PAS, bukannya menentang seperti sekarang.
Lagipun, PAS adalah rakan sekutu DAP, bukannya rakan sekutu UMNO. Yang Mahfuz nak mengamuk tu pasai apa?
Macam mana nak usulkan isu hudud dalam mesyuarat Raja-Raja pada 11 Mac sedangkan DUN Kelantan baru meluluskannya pada 19 Mac.
Sepatutnya selepas DUN, isu tersebut dibentangkan di Parlimen. Keputusan di Parlimen, barulah dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja, bukannya terbalik dan songsang sana sini.
Nampak sangat kerja-kerja bodoh ini didalangi DAP yang cuba mengelak daripada dipersalahkan kerana menentang kuat hudud. Nampak sangat Ahli-Ahli Parlimen PAS itu cuba menyembunyikan pendalangan dan jenayah DAP terhadap hudud dengan cuba menjadikan UMNO dan Majlis Mesyuarat Raja-Raja sebagai kambing hitam mereka.
Dah boleh baca dah!!!
6 comments:
Puok puok PASMAcai .. BATU ....R TELAH DIKAWAL OLEH DAPigs..
Tq mahfuz kerana lawak yg disajikan s2ntiasa segar dan menggemparkan , hingga hari kami sentiasa ceria
Mamat "Bean" ni memang baghal tahab bebal lebih daripada lembu sakit kusta!. Tak tahu nak selesaikan isu hudud dengan puak pakatan sendiri, cuba nak alihkan isu kepada UMNO pulak. Apa kau ingat rakyat semua bodoh macam kau ke??.
By the way, aku bkan ahli UMNO.
PAS..terperangkap ngan dramanya trsendiri. PAS gagal mentadbir urus kedah, t'ganu bila diberi peluang..gitu juga kelantan, tetap harapkan ihsan UMNO..UMNO layan je,jauh mana drama hudud PAS..
Biasa la nk tunjuk hero..nk tutup slh dri.org lain plk d salahkan...apa jenis org pun tk tau laa dia ni.geng sendri pun dok menentang..org plk nk di salahkan..tk malu ka cik mahfuz
Jangan dilayan orang bodoh nanti semua orang menjadi bodoh seperti pengikut pengikutnya yang telah menjadi bodoh.
Post a Comment