Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 9, 2015

BERANI BUAT BERANILAH TANGGUNG... LEPAS NI NIK NAZMI MERASALAH BERAK CANGKUNG!



Masa nak kumpul orang berdemonstrasi, para pecacai diberikan keyakinan bahawa PDRM tidak boleh menghalang mereka kerana hak mereka kononnya telah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia menerusi Artikel 10 (1) (a) dan (b). Tiada seorang pun daripada pecacai yang mahu membaca dan mengkaji keseluruhan Artikel 10 terutama sekali yang membabitkan Fasal 2 dan seterusnya yang membolehkan perhimpunan tersebut dilarang dan dihalang.

Begitu jugalah dengan Akta Perhimpunan Aman yang turut menggariskan kuasa polis untuk menyekat, menghalang dan melarang sesuatu perhimpunan meskipun ianya dilabelkan oleh penganjur sebagai aman atas beberapa faktor.

Kepercayaan kepada mitos boleh berhimpun di mana-mana sahaja dan boleh bersuara apa-apa sahaja dengan POLIS TIDAK ADA KUASA, akhirnya telah memakan diri. Kalau orang tua-tua kata, belajar tak habis tetapi berlagak mengalahkan ulama.

Semalam Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua AMK telah ditangkap ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung penglibatannya dalam demonstrasi pro-Anwar dan mendesak pengunduran Perdana Menteri dua hari sudah.

Selepas ditahan, Nik Nazmi kemudiannya dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk siasatan lanjut. Seorang lagi pemimpin AMK, Saifullah Zulkifli turut ditahan polis di Kuala Lumpur.

Awal-awal lagi PDRM telah memberi amaran kepada penganjur dan mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram tersebut tentang tindakan yang akan diambil oleh PDRM ke atas mereka. Barisan peguam yang melihat Pakatan Rakyat sebagai sebuah kawah besar yang membolehkan mereka mengaut keuntungan besar, telah memutarbelitkan undang-undang sehingga akhirnya golongan terbabit terjebak dan melanggar undang-undang dengan kepercayaan bahawa mereka sangat kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang.


Tindakan Sekretariat Gabungan penyokong Anwar Ibrahim, mereka akan 'menyerang' Balai Polis Jinjang untuk memberikan tekanan agar Nik Nazmi dibebaskan (RUJUK SINI), hanya menunjukkan betapa tegarnya golongan ini untuk melanggar undang-undang. Pelbagai alasan mereka gunakan untuk menghalalkan perbuatan mereka, termasuklah kononnya atas nama PERJUANGAN.

Inilah drama yang diulangsiar berulang-ulang oleh puak-puak ini. Mereka yang mencetuskan provokasi. Mereka yang melanggar undang-undang dan mereka jugalah yang mengganggugugat majoriti rakyat Malaysia, tetapi mereka secara bebasnya menyalahkan pihak lain terutama pihak penguatkuasa undang-undang apabila undang-undang dikuatkuasakan ke atas mereka.

Apakah mereka hanya fikir tentang perut mereka sendiri dan majoriti rakyat yang lain pula, sekadar sampah hanyut?


5 comments:

Anonymous said...

Malaysia tidak perlu rakyat sampah macam ini halau saja mereka.menyusahkan.apa agama pendemo ini kalau islam mereka tidak akan menyokong peliwat kerana ianya jenayah.

Anonymous said...

Saya rasa Norul dan adik beradik pi lah belajar bab air mani atau pi tanya kat mak hang bagaimana air mani bole terkeluar? Bila dah faham betul betul baru lah tahu yg air mani bole terkeluar dgn dua cara, satu secara papa hebat mu melancap atau terpancut dalam sarung kunyit Mak Hang atau sarung kunyit boypren2 Papa Hebat Gay Norul.
Dalam kes liwat 2 ini, DNA air mani papa Gay kamu berada 4cm dalam Jubor Saiful? Macamana bole berada sedalam 4cm dalam jubor Saiful?
Pthis is a fact bukan autaw keling? Pake lah otak berjambul hang. Kalau tak Papa Gay Kamu yg dalam kesyiokkan menembak berdas das air kote beliau kedalam jubor Saiful? Nak salah, salhkan kote bengkok Papa Gay Hang, Nak salah salahkan nafsu memvavi hutan Papa hang. Kalao nak salah, salahkan Mak Hang yg membekalkan karipap Daging dan tahu menahu akan cita rasa membuas Papa Gay Kamu. Nak Ssalh salhkan Mak hang si Nyonya Kipas Plastik mastik yg tidak hadir dalam mahkamah memberi keterangan untuk dijadikan alibi membela Sang Peliwat? Kenapa tak hadir d mahkamah membela dan memberi bukti yg papa Gay kamu si anukera sesuci tahi vavi? Pake otak ada faham. Sedar dan insaflah, jangan melibatkan diri anda dalam membela si peliwat jijik lagi terkutok, sebab mampos kena jawap keran bersetongkool menegakkan kote bengkok peliwat jijik lagi terkutok, papa Gay Norul celaka jahanam.

Anonymous said...

Lim Guan Eng pandai, awal2 lagi dah lepaskan diri dari tuduhan dengan kononnya melarang pemimpin DAP dari menghadiri perhimpunan tersebut. Itu lah permainan DAP yang macai Melayu tak nampak yang mereka diperbodohkan

Anonymous said...

Buat macam Deng Xiao Peng buat di Tiananmen Square China pada penunjuk-penunjuk perasaan ni.

Anonymous said...

Macai yang malas berfikir dan membaca akan terus dijadikan alat didalam permainan pemimpin pakatan haram PR. Si pemimpin berseronok disisi keluarga sedangkan pencacai dan pengguling upahan dengan harga RM150.00 kena tipu. Teruskan dengan kebodohan korang.

 
Blogger Templates