Selepas mempermain-mainkan petugas media dengan sidang yagn tidak jadi atau lakonan bercakap di telefon dengan Sirul Azhar, sekali lagi Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar yang sedang mencari ketulan tahi untuk berpaut berbanding tenggelam dibawa arus, membawa satu isu baru.
Sedar yang panggilan kepada wakil-wakil media untuk mendengar temberangnya di KLIA, tidak laku, Mahfuz Omar sekadar bercakap di hadapan wakil media pro-Pakatan sahaja. Katanya, dia bersama-sama ibu dan adik perempuan Sirul Azhar dalam perjalanan ke Australia untuk bertemu dengan bekas anggota polis yang telah didapati bersalah kerana melakukan pembunuhan.
Penafian-penafian daripada pelbagai pihak termasuklah Jabatan Imigresen Australia, barangkali sedikit menginsafkan Mahfuz agar tidak terus berbohong atau mencari sensasi sepertimana yang sering dilakukan oleh puak-puak PKR.
Mahfuz tidak lagi memberikan alasan politik sepertimana kali pertama dia menganjurkan telepersidangan yang berakhir dengan UMNO dipersalahkan, dan pihak keselamatan mengekang liputan telefon di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, setelah lakonannya bercakap di telefon, gagal dan Sirul Azhar tidak dapat dihubungi.
Kononnya dia mengusahakan pertemuan antara ibu dan saudara perempuan Sirul Azhar dengan pesalahan hukuman mati itu atas dasar KEMANUSIAAN.
Walaupun ramai yang bertanyakan rasionalnya Mahfuz menguasahakan 'pertemuan' tersebut, tetapi ramai pula yang mempersoalkan kewajarannya.
Beribu-ribu ahli PAS dan mangsa banjir di Kelantan hampir tidak dipedulikan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan. Kebanyakan usaha membantu mangsa banjir hanya melibatkan UMNO-BN dan agensi-agensi kerajaan pusat dengan dibantu oleh Kerajaan Negeri pimpinan Ahmad Yaakob. Manakala PAS Pusat pula sekadar pandai mengusung tin milo mengutip derma tetapi selepas itu, sekadar pandai menyalahkan Kerajaan Pusat kononnya Kelantan susah kerana tidak dapat royalti minyak khayalan ciptaan Husam Musa bernilai lebih RM20 bilion.
Mengapa apabila melibatkan para pengikut dan penyokong sendiri, Mahfuz Omar tidak bersungguh-sungguh sepertimana yang ditunjukkannya dalam kes Sirul Azhar? Adakah kerana ahli-ahli PAS begitu komited, maka mereka tidak perlukan pembelaan? Adakah kerana ahli-ahli PAS dan para penyokong parti itu di Kelantan sudah cukup setia, maka mereka tidak perlukan bantuan kemanusiaan?
Seringkali pepatah 'mengalungkan leher babi dengan rantai mutiara' diperingatkan apabila kita tersalah meletakkan hak.
Nampaknya perkara yang sama juga sedang dilakukan oleh Mahfuz Omar yang terikut-ikut dengan permainan PKR dan DAP!!!
8 comments:
Habis...Najib kau janji nak salur bantu berjuta juta mana dia....tup tup dah nak buat kenduri anak.....
najib nak masuk dalam akaun ko ker beruk
Anon 7:13pm bodo ke apa??? Mb yaakob pegi jumpa najib ada la tu. Lagipun nak ckp kat ko ke? Apa pekdah
Apa masalah kau??? Lapar babi ke???
713..buat rumah tu guna duit moyang ko ke..bangap tak sudah...baiki rumah guna duit to kau ke..semua perbelanjaan tu guna duit kau ke....no akaun kau berapa....??????
Aaala...tu pasal tak dapat bantuan berjuta-juta Dari najib mulut tu macam tongkek/jubur ayam..kalau dapat..tak payah LA berjuta- juta dapat $100.00 tu bukan main salam cium tangan je kalau boleh sampai ke kaki pun dia cium siap kecuh 1kampung dapat bantuan Dari najib.
Anon 7.13 ni mmg mangkuk.... Ckap x pakai otak.. Letak Kat lutut.... Menyalak je x abis2... Mestikah segala bantuan yg disalurkan... Perlu melalui pengetahuan kamu.... Tongong.....
Anon 7.13 ni mmg mangkuk.... Ckap x pakai otak.. Letak Kat lutut.... Menyalak je x abis2... Mestikah segala bantuan yg disalurkan... Perlu melalui pengetahuan kamu.... Tongong.....
Post a Comment