Apa yang tidak diusahakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Ahli-Ahli Parlimen mereka untuk menarik perhatian, sekaligus menyebabkan tekanan kepada Kerajaan Malaysia untuk memaksa perletakan jawatan Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri dan pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara lima tahun?
Semuanya telah mereka lakukan.
Mereka telah berdemonstrasi secara besar-besaran dengan kekuatan 5,000 orang tetapi dibesar-besarkan angkanya sehingga menjadi LAUTAN MANUSIA dan 10,000 orang.
Mereka telah membuat petisyen dan meminta Amerika Syarikat masuk menjajah Malaysia, sekaligus membolehkan Amerika Syarikat membebaskan Anwar Ibrahim.
Mereka juga telah cuba memberikan gambaran buruk tentang betapa korupnya Kerajaan Malaysia dan Najib Abdul Razak khususnya menerusi pemburukan ke atas 1MDB.
Mereka telah memberikan gambaran tentang kemerosotan ekonomi dan kewangan negara menerusi hutang negara dan kejatuhan Ringgit agar golongan yang kurang berfikir, menerima hujah selapis mereka.
Mereka juga telah memutarbelitkan undang-undang dan Perlembagaan Malaysia seperti Artikel 10 dan Artikel 48.
Mereka telah menyalakan lilin dari setiap malam, menjadi dua minggu sekali.
Mereka telah memecah belahkan masyarakat menerusi penekanan ke atas kaum-kaum tertentu seperti yang mereka lakukan di Sabah dan Sarawak sehinggalah ke peringkat menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.
Dan kini, mereka membotakkan kepala pula untuk mendapatkan simpati.
Menariknya, ramai yang tidak sedar, bahawa ini jugalah yang dilakukan pada penghujung 1990-an dengan gambaran Mahathir akan terpaksa meletak jawatan kerana desakan mereka. Bahkan ketika Al-Gore datang memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim dengan ucapan 'Doi-Moi, Reformasi'nya di hadapan Mahathir sendiri, mereka begitu berkeyakinan, Amerika Syarikat akan masuk campur dan seterusnya menghalau Mahathir duduk di penjara.
Tetapi gambaran dan keinginan mereka sekadar meriah di dalam otak fantasi mereka. Kerajaan Barisan Nasional tetap kekal. Majoriti rakyat Malaysia masih lagi matang dan waras. Segala lakonan murahan dan retorik bajingan seperti yang mereka lakukan sekarang, sekadar dianggap sebagai hiburan semata-mata.
Cuma bab botak tu... yang tu barangkali akan mengancam keselamatan negara. Anehnya, Nurul Izzah dan Zuraidah Kamaruddin tak pula membotakkan kepala mereka.
8 comments:
HANYA DI MALAYSIA ADA MP BERTARAF LONGKANG.
Giler ke nak suruh berok2 pakatan yang hidup kaya raya buat mogok lapar??
Pemimpin2 pondan pkr dan dap ni mana boleh sakit sikit pun. Hanya anjing2 pakatan yang rajin bergolek golek je yang boleh disuruh untuk mogok lapar.
Pemimpin2 pkr/dap hanya boleh suruh tetapi anjing2 yang kena buat.
Anjing2 diminta menunggu arahan seterusnya dari betina sundal puaka, anak Al Juburi waktu dan tempat untuk mogok lapar.
PR dah makin bodoh. Mereka ini dah tak ada modal ke? Anwar tu dah memang confirm peliwat. Nak buat apa lagi. Tolonglah, kalau ada otak sikit, pi la lawan kat mahkamah, bagilah fakta yang cerdik sikit yang membuktikan Anwar bukan peliwat. Kalau dah salah tak kan boleh dibebaskan begitu saja. Ramai lagi banduan yang dijatuhi hukuman, kenapa tak bebaskan semuanya. Anwar ni hebat sangat ke, sampai boleh berada di atas undang-undang. Sia-sia lantik depa ni jadi wakil rakyat. Rasanya rakyat tak lah sebodoh wakil-wakil rakyat ni.
ITULAH tahap pemikiran pemimpin PR, protest, protest Dan protest.. Apa JASA mereka kepada rakyat Dan negara.. jawapan "PROTEST". lain kosong. Macam mana negara nak maju.
Tak kisah lah kau (tuan punya blog ni) nak komen apa . Aku penyokong Tan Sri Muhyiddin. Hidup Muhyiddin
Lepas ni eloklah dia orang potong leher sendiri. Mungkin kerajaan akan bertukar tangan.
Ini lah dia ahli-ahli parlimen yang dungu, bengap dan paling bodoh... dipilih oleh penyokong-penyokong yang sama-sama dungu, bengap dan bodoh... apalah nak jadi dgn Malaysia... ada ahli parlimen macam nie
setuju 200%
Post a Comment