Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 8, 2015

CUEPACS DIMINTA PERJUANGKAN PEMBINAAN TANAH PERKUBURAN UNTUK KAKITANGAN AWAM SELEPAS CADANG NAIKKAN HAD UMUR PERSARAAN!!!



Kegilaan apakah yang dikehendaki oleh CUEPACS? Apakah Malaysia sudah kehilangan generasi muda, generasi yang lebih praktikal dan produktif selain generasi yang dapat memenyhi kehendak pasaran?

Cadangan CUEPACS untuk meminta had umur persaraan dinaikkan dari 60 kepada 62 tahun bukan sahaja dilihat tidak praktikal sebaliknya TIDAK MASUK AKAL.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh CUPEACS dan para penyokongnya, kadar dan mutu kerja bagi warga berusia lebih 60 tahun sebenarnya sudah tidak mampu menandingi dan memenuhi permintaan pasaran.

Kadar usia kreatif dan produktif adalah dari lingkungan 21 sehingga 50 tahun. Seharusnya Presiden CUEPACS belajar sedikit tentang manusia berbanding syok sendiri dengan kenyataan-kenyataan sebegitu.


Atau adakah sebenarnya Presiden CUEPACS mahu mewujudkan persepsi bahawa ekonomi negara ini terlalu teruk sehinggakan warga tua pun terpaksa bekerja seperti yang berlaku di Singapura dan Hong Kong serta Taiwan?

Adakah ini merupakan salah satu daripada strategi instrumen Pakatan Rakyat yang menggunakan kesatuan sekerja untuk menjahanamkan kerajaan dan perkhidmatan awam?

Bagaimana pula dengan golongan muda yang mampu memberikan mutu perkhidmatan yang lebih cekap berbanding warga emas?

Atau CUEPACS tak mahu ke mencadangkan agar kerajaan menyediakan tapak dan tanah perkuburan untuk kakitangan awam nanti memandangkan mereka akan bekerja sampai mati?

Patutlah mereka ni otak sentot... sekadar terfikir kenaikan gaji dan bonus akan selesaikan masalah tanpa menjangkakan yang kenaikan tersebut akan menaikkan kadar harga barangan dan perkhidmatan!!!


13 comments:

Anonymous said...

Walaupun aku penjawat awam yg nak masuk 50an aku naik menyampah dgn tuntutan naik had umur persaraan ni cukup cukup lah CAUPACS banyak benda lain lagi yg boleh diperjuangkan.

jiwa patriotik said...

Saya amat bersetuju dengan pendapat TFK

Anonymous said...

Persaraan masuk umur 50 ~ 55 tahun adalah yg terbaik..

Anonymous said...

Cadangan ini datang dari musih dalam.selimut supaya jafi viral satu mesia.....biasa nya cadsngan yg
Tak masuk akal ini saja datang dari penyokong prmbangkang supaya provokasi dan menjatuhkan imej kerajaan dan penjawat awam....hati hati dengan cadangan yang tak masuk akal....

Anonymous said...

Hai marah nampak? bukan semua yang muda kerja bagus, yang malas pun boleh tahan, memang kebanyakan yang tua faham-faham sajala tapi ada juga yang rajin. Masing-masing punya pendapat.

Anonymous said...

Pemikiran Presiden CUEPACS amat mudah dibaca , bekas Presiden kini bergelar Dato Omar memperjuang tahap pencen 60 sebab ketika itu beliau diambang mencecah 60 sekarang ini presiden yang baru akan mencecah 60 , terasa kerusi presiden yang banyak dengan imbuhan dan berwajah protokol masih disayangi untuk ditinggalkan. Itu sahaj motif tuntutan, jadi jika kerajaan sekarang yang memrintah ingin menang dalam PRu 14 usah dilayan dengan kerenah cuepacs biar lah mereka mengugut atau apa sahaja kerana umum juga mengetahui kebelakangan ini mungkin telah separuh kakitangan kerjaan yang berkhidmat telah pun 'menyeberang' jadi tuntutan yang dibuat oleh ceupac bukan satu jaminan dan sandaran bahawa 100% kakitangan masih menyokong kerajaan.

Jadi 'kalau saya Najib' berikan kata dua kepada presiden , mungkin seperti ini. " saya tidak mahu melihat muka kamu yang hanya tahu menuntut keabikan dari kerajaan sedangkan kamu sendiri tidak dapat memebri jaminan bahawa tidak akan ada kakitangan dibawah pengawasan kamu yang dilapurkan menghina ortang awam , masih keluar minum balik lewat dalam pejabat , ponteng aambil anak sekolah diwaktu pejabat dll.

Sekiranya tidak ada sebarang aduan dalam tempoh 3 tahun walaupun satu mengenai ketidakpuasan hati orang awam terhadap kakitangan awam , maka jika saya masih PM saya akan tunaikan janji dan apa sahaja yang kamu minta"

Beranikah Najib berbuat demikian

Anonymous said...

Gila apa cuepac nie...mana leh cadang smpi 62...sepatutnya smpi hembusan nafas terakhir...

Anonymous said...

Saya penjawat awam saya x setuju. Saya dah pilih umur persaraan saya 56thn. Dunia ini hanya sementara apa lagi yg nak dikejar?

Anonymous said...

Kepimpinan CUEPECS selama ini membuat rakyat umum menyampah. Macam tidak ada perkara lain yang mahu diperjuangkan selain imbuhan untuk ahli penjawat awat. Saingat saya tnagga gaji dan benefits sudah "terlajak" baik berbanding 15-20 tahun lalu. Sekarang nie penjawat sector private rasa imbuhan penjawat kerajaan lebih tinggi daripada produktiviti dan tahap "delivery" kerajaan. Malah, ada pejabat2 kerajaan yang begitu "overstaff" sehingga boleh lihat mereka lebih melepak daripada berkerja. Kepada cadangan CUEPECS, cukup2 lah. Disebabkan segelintir "top-top brass" yang terlalu sayang nak turun tahta, maka nak terus pegagn jawatan sehingga 62 tahun. Benfits mereka2 terlalu "attractive" lalu takut kehilangan benefits dan penghormatan, kuasa (nak buat duit). Kesian yang bawah bawah - (1) menunggu untuk berihat apabila sampai 58 thaun. (2) yang muda-muda menunggu untuk naik pangkat dan menyumbang ide baharu (3) hapus "little napoleon" yang sayang nak lepas kuasa. Ini semua konspirasi top-top brass nak terus berpegang kepada tahta untuk kepentingan masing2. Bila dah retire, mereka nie akan minta sambung kerja melalui kontrak. Ini pun satu hal. Problem top-top gun bila dapat apa yang diminta, akan buka rahsia kerajaan, dan memburuk-buruk kerajaan sambil masuk parti pembangkang. Kepada kerajaan.....usah dilayang cadangan CUEPECS. Ramai yang pekerja biasa look forward to retire at lower age dan berihat.

Anonymous said...

Saya mencadangkan pd cuepac kerja tampa bersara sampai mampus,jadi x perlu ada rm persaraan serta yg lain2 imbuhan.

Anonymous said...

Pada org muda tak payahlah susah2 isi borang SPA
Tak de harapan la nak dapat kerja gomen dlm masa 10,20 @ 30 tahun mendatang...
#kerja gila

Anonymous said...

Tak payah pencen la kalau camtu. Keja sampai mati, takyah gi masjid, main dgn cucu2. Pas mati tanah kubur disediakan tepi ofis.

Anonymous said...

Jangan jadi hamba duit , Duit banyak tak boleh enjoy, kerja sampai umur senja ,nanti tengah kerja sakit jantung ,duit tak dapat di gunakan pasal dah strok

 
Blogger Templates