Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 4, 2015

DIA ASNAF, DIA TERHALAU DARI RUMAH SEWA... BERBANDING BANTUAN DARIPADA PUSAT AGIHAN ZAKAT, DIA SERAH BATANG TENGKUK KEPADA AH LONG... KEJADIANNYA DI KEDAH DARUL AMAN!!!



Tadi, ada sorang sahabat PM bagitau dia ada sedikit duit zakat nak minta tolong saya bagi kat sapa-sapa yg layak.

Saya kata, tunggu sat nanti saya nak kongsi satu cerita kat FB saya, baca dan selami dulu cerita ini, kalau rasa layak, bank in terus ke akaun kakak ini, PM mai ja kat saya utk tracking. Ini kisahnya:

Dua tiga hari lepas waktu dum dam dum dam org duk sibuk main mercun raya cina, sahabat kami sdra Muhairy Yriahum Damahum bawa kami tiga org kwn2 Wargakilang Wak Lie, Syahrizal Azli Jaafar dan saya, pi ziarah sebuah keluarga asnaf yg benar2 hidup dlm KESEMPITAN.

1. Nama kakak ini Pn Sahana Bt Ramli, anak 3 org - sulung pompuan tgh tunggu SPM.

2. Suami meninggal 5 tahun lepas, arwah kerja cleaner tanpa epf tanpa socso.

3. Lima tahun membesarkan anak2 nya buat mcm2 kerja, terkini niaga jual goreng pisang.

4. Dua org anak dpt duit JKM seorang RM100 sebulan. Duit RM200 tu digunakan utk bayar sewa rumah kerna pendapatan goreng pisang tak menentu.

5. Hari tu tuan rumah kunci pintu, kena halau dari rumah sewa sebab tertunggak tak bayar dua tiga bln, duit JKM anak2 diguna bayar ganti rugi motor kwn anak accident yg anak pinjam.

6. Seminggu tidur di KAKI LIMA rumah2 kedai berdekatan, nak mandi curi2 balik rumah tarik paip air kat tepi pagar yg masih terpasang. Dua minggu anak2 tak pi sekolah.

7. Menunggu keajaiban yg tak datang, dan putus harapan agaknya, pilihan terakhir Pn Sahana minta bantuan Along-Along yg name kad mereka byk tertampal di tiang2 rumah2 kedai berkenaan.

8. Dgn hutang dari dua Along, seorang RM600 dan seorang lagi RM900, Pn Sahana guna duit tu utk bayar rumah sewa RM400 sebulan dan deposit RM1000.

9. Maka bermulalah episod gelap Pn Sahana menjadi hamba abdi membayar hutang Along menggoreng pisang utk cari RM50 sehari.

10. Rumah sewa ini jauh ke belakang di kawasan taman di bawah bukit. Hari-hari Pn Sahana terpaksa menapak berjalan kaki jln berbukit lebih kurang 45 minit pi dan 45 balik utk ke kaki lima kedai yg dia sewa RM5 sehari, tempat dia meniaga tu.

11. Setiap hari berhujan berpanas bawa alatan memasak dan jualannya berjalan kaki sejauh itu - sebab tak ada kenderaan.

12. Jualan goreng pisang ada pasang surutnya, selalunya sukar nak dapat cukup untung nak bayar sehari RM50 hutang Along.

13. Along serang rumah dah jadi perkara biasa, boleh lihat dlm gambar Along yg tak dpt pecah grill pi tendang papan pintu sampai terkopak, baling TELUR BUSUK dan kadang2 BOTOL KICAP dilempar ke dinding pecah bersepai dlm rumah. Kdg2 mai tarik wayar/meter letrik kat depan, terus black out.

14. Bila Along serang, Pn Sahana buat apa? - Pn Sahana dan anak2nya cepat2 lari tersusup sasap, pi tidor di PLAYGROUND (Taman Mainan) berdekatan. Subuh2 pagi agak kelibat serangan Along dah reda, pelan-pelan menyelinap masuk rumah.


(Saya tangkap sayu bila dengar cerita kisah depa anak beranak, anak2 yatim tanpa ayah ini kena tidor di kaki lima dan playground)

Sedih bukan sebab apa - di Kulim aje pun, tak sampai setengah jam pun dari rumah saya.

Di kala saya dan rakan2 sekelian tgh tidur lena, nun di Kulim sana ada Ibu Tunggal anak 3 sedang tidor di kaki lima atau pun tengah berlindung di taman mainan. Haru !

Sembang dgn kwn2, nak keluar dari kemelut ini, Pn Sahana perlukan:

1. RM900 utk bayar baki hutang kat Along.

2. RM1500 utk beli motor 2nd Hand bagi mudah dia berulang kerja. Muhairy bagitau ada kwn dia Tauke Gerai Roti Canai sanggup amik Pn Sahana kerja kalau ada motor boleh mai sendiri, lebih kurang 20 minit dgn motor dari situ.


Adapun berkenaan anak2nya, alhamdulillah Muhairy cakap kalau dibanding dgn dulu, sekarang ini rajin sikit pi sekolah - anak Pn Sahana cakap sebab sekarang dah dapat RMT (Nasi free).

Tu dia, pi sekolah semata2 sebab dapat makan Nasi Free. Tak tau nak kata pa.

Sekian secebis lagi kisah satu keluarga asnaf yg benar2 hidup dlm KESEMPITAN, kisah ketabahan seorang Ibu Tunggal mengharung hidup membesarkan anak2 yatim.

(Tak habis lagi cerita sebenarnya, Tuan rumah yg baru ni dah bagi notis suruh keluar, 8hb last rasanya - tak taulah nak tidoq mana lagi)

Tkasih kerna sudi membaca.

Update kisah Pn Sahana.


Mlm tadi kilang tempat kerja buat majlis bacaan yasin di surau sebuah taman di Kulim. Habis majlis byk makanan jamuan yg berlebihan, lepas agih2kan kpd jemaah, saya dan Hj Fendi rkn sekerja bawa dua tiga bungkus pi rumah Pn Sahana Ibu Tunggal anak 3 tak jauh dari situ yg kisahnya bawa anak tidur di tmn mainan bergelut dgn Along ada saya postkan baru2 ini.

Otw, kami ajak sdra Muhairy dan Mynn isterinya ikut sekali.

Sampai rumah Pn Sahana, benda pertama saya tanya ialah bab Along, saya kata selagi mana kes Along nie tak selesai saya rasa berat hati dan segan nak minta kwn2 bagi sumbgan utk keluarga ini.

1. Pn Sahana cerita alhamdulillah, petang tadi sdra Muhairy (dgn sumbgan kwn2 terdekat) dah settled Along No-1. Dia pinjam dua Along, satu rm600 dan satu lagi rm900.

2. Esok (hari ini), Muhairy akan settle Along no-2. Muhairy dah call Along tu siang tadi.

3. Hj Fendi cakap keutamaan sekarang ialah bawa keluarga ini keluar dari tempat ini. Insyaallah akan diusahakan.

4. Pn Sahana cakap dia TAUBAT NASUHA dah tak mau dah pinjam Along2 ini, dia x sangka teruk sampai tara tu terutamanya keselamatan dan trauma anak2nya.

5. Mynn isteri Muhairy bagi nasihat panjang lebar dan semangat/motivasi utk Pn Sahana. Tkasih Mynn.

Bila Along no-2 dah settle nanti, tuan2 dan puan2 bolehlah membantu Pn Sahana dlm episod yg seterusnya.

Tkasih

SUMBER

NOTA:

Untuk Baitulmal, Pusat Agihan Zakat dan Pusat Zakat serta Jabatan Agama Islam Kedah yang para kakitangannya terlalu sibuk dan takut dengan hawa panas, terlalu mencintai penghawa dingin dan kerusi empuk sehinggakan tak sempat nak cari orang miskin untuk pengagihan zakat, anda bolehlah berhubung dengan sumber bagi mendapatkan butiran lanjut!!!!

5 comments:

Anonymous said...

Iblis byk dlm baitul mal n pusat agihan zakat tu..x proaktif lgsung dlm agihan zakat..time pungut zakat byk pulak signboard "sudahkah anda tunaikan kewajipan zakat"..lembaap..pemalas..

Anonymous said...

DUIT NAK BUAT SIGNBOARD KUTIP DARI MANA?

Anonymous said...

KJ, Mukhriz, Ibrahim Ali kena buktikan.

malah Ustat2 Pas pun sama.

jgn asyik buat demo di Stadium.

Selesaikan masalah samseng.

Ada polis tangkap & hukum samseng.

Polis tak boleh melindungi samseng dgn rasuah dunia. Duit HARAM tak akan membahagiakan keluarga malah membawa SIAL kepada hiudup & keturunan anda.

lambat laun Tuhan pulangkan nasib buruk keatas anda.

Anonymous said...

Duit zakat depa pakai utk bayar gaji staff. Hujung tahun musti mau bonus boss

Anonymous said...

Sapa,kata. Saudara aku dapat duit zakat tak byk sbb suami masih bekerja kuli. Ramai pembangkang d ofis zakat tu itu sbb pemalas nak.mampus. Air liur tu utk menfitnah je kerjanya.

 
Blogger Templates