Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 11, 2015

HARON DIN AL-HAFIZ NAIK JADI MURSYIDUL AM PAS, AHMAD AWANG NGANGA!!!



Puak PASMA bersungguh-sungguh berkempen dan melobi agar Ahmad Awang diangkat menjadi Mursyidul Am PAS. Ahmad Awang kerap ditonjolkan dan dipublisitikan agar nama dan wajahnya kembali dikenali selain wujud tekanan kepada Majlis Syura PAS untuk melantiknya menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, hari ini, Majlis Syura PAS telah membuat keputusan untuk melantik Haron Din Al-Hafiz mengambilalih jawatan yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

Haron Din Al-Hafiz adalah Timbalan Mursyidul Am PAS sebelum ini.

Perlantikan sebulat suara Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS telah diisytiharkan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hasan. Perantikan tersebut telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 8 Mac di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob pula telah dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS yang baru, mengambilalih tugas dan jawatan Haron Din sebelum ini.


PASMA bukan sahaja menekankan tentang perlunya Ahmad Awang mengambilalih jawatan Mursyidul Am PAS, bahkan turut menyuarakan agar Abdul Hadi Awang diturunkan dari jawatan Presiden, malah turut 'bertanding' jawatan Mursyidul Am PAS dengan Ahmad Awang.

Keputusan yang dibuat secara sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS itu pasti akan memberi tamparan kepada puak-puak PASMA yang mendapat bantuan daripada DAP dan PKR.

Pertentangan antara PASMA yang berkiblatkan Lim Guan Eng-Anwar Ibrahim dengan golongan pro-ulama dalam PAS semakin membarah dengan kempen dan lobi agar Hadi Awang disingkirkan daripada jawatan Presiden PAS, diperhebatkan kerana 'kebimbangan' pada penyatuan atau kerjasama antara PAS dengan UMNO.


Dalam perkembangan terbaru, Tuan Ibrahim Tuan Man telah 'menyatakan' ketidakkesanggupan untuk dicalonkan sebagai Presiden PAS. Malah Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pencalonannya sebagai pencabar Abdul Hadi Awang yang dibuat oleh PAS Kota Bharu sebagai cubaan melaga-lagakannya dengan pucuk pimpinan sekaligus melarikan objektif sebenar PASMA iaitu mencalonkan Mat Sabu untuk jawatan berkenaan.

No comments:

 
Blogger Templates