Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 30, 2015

HINA DAN ANTI LEE KUAN YEW, KERAJAAN SINGAPURA ISA KAN SEORANG REMAJA BERUSIA 17 TAHUN!!!



Di Malaysia, Pakatan Rakyat begitu membangkang dan bencikan Akta Keselamatan Dalam Negeri sehingga mereka menganjurkan demonstrasi dan pelbagai ancaman. Alasan yang diberikan ialah, negara sudah tidak mempunyai ancaman komunis lagi walaupun 'pengganas komunis' sedia ada bukan lagi berbaju khaki bertopi bucu lima dengan tampalan tiga bintang pada topi mereka dan membawa raifal warisan Perang Kedua, sebaliknya berpakaian kemas, bercampur dengan orang awam malah ada yang berkot dan menjadi Ahli Parlimen dan ADUN.

Bila Akta Keselamatan Dalam Negeri dilupuskan, terus negara jadi huru-hara dan berlaku peningkatan jenayah dan huru-hara politik seperti yang dihadapi sekarang. Fitnah dan tohmahan bermaharajalela dan kemudian mereka mempersoalkan pula mengapa PDRM mengambil tindakan undang-undang dengan menangkap mereka atas alasan mereka melakukannya kerana kebebasan bersuara dan berhimpun tanpa sedikit pun memperkatakan tentang dalam Artikel yang sama, wujudnya kuasa polis untuk menahan, membubarkan perhimpunan dan menguatkuasakan undang-undang larangan berhimpun.

Dalam banyak hal, DAP dan para balaci mereka akan membandingkan 'kemajuan dan progresifnya ekonomi serta kewangan Singapura' dengan Malaysia. Tetapi tidak pula mereka membandingkan penguatkuasaan undang-undang di Singapura yang sangat ketat bagi mengekalkan kemajuan dan progresif pencapaian negara kecil itu.

Ini sebagai contohnya yang tidak akan disebut oleh para macai dan pecacai Pakatan Rakyat.

Seorang remaja berusia 17 tahun yang pada minggu lepas telah memuatnaikkan video YouTube bagaimana dia meraikan kematian Lee Kuan Yew serta mengkritik kerjaya politik Lee Kuan Yew, telah ditangkap semalam. Dalam video berkenaan, dia telah mencabar Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long untuk menyamannya. Selain itu, dia turut membuat kenyataan sensitif berhubung agama Kristian.

Sekurang-kurangnya 20 laporan polis telah dibuat terhadap Amos Yee semenjak 27 Mac lalu sebaik-baik sahaja dia dipercayai memuatnaikkan klip video berdurasi lapan minit.

Semalam, seorang pembaca telah membuat satu lagi laporan polis ke atas remaja tersebut, dan kali ini membabitkan posting di blognya yang mengandungi bahan lucah. Klip video tersebut telah dikecam oleh netizen dan tiada lagi di saluran YouTube. Blognya juga telah disekat. (SUMBER)

Macam mana pula dengan di Malaysia?

Tidakkah anda hairan apabila orang yang sama, yang menentang dan mendesak penghapusan ISA, kini bertanya mengapa Kerajaan gagal menjana pendapatan untuk rakyat Malaysia?



3 comments:

Anonymous said...

Absolutely yes, Penang is a vampire government.

Anonymous said...

ADMIN... .

JGN LUPA KOMUNIS YG PAKAI TOPI HIDUP DLM HUTAN TU DAH MAMPUS.

TAPI AIDIOLOGY KOMUNISMA MASIH BERTAPAK DLM PEMIKIRAN PAKATAN PEMBANGKANG.

Anonymous said...

ADMIN. ...
MANA ADA PAKATAN RAKYAT DI MALAYSIA ? BERAPA KERAT DLM PAKSTAN RAKYAT TU ?
RAKYAT MALSYSIA ADA HAMPIR 30 JUTA.

YG ADA CUMA LAH PAKATAN PEMBANGKANG YG TIDAK BERDAFTAR.
KUMPULAN HARAM

PDRM PERLU BERTINDAK.

 
Blogger Templates