Sekaligus memberi isyarat bahawa Husam Musa telah diberikan arahan agar tidak mengundi setuju bagi pembentangan tersebut. DAP juga mengharapkan agar kesemua ADUN BN akan menentang pembentangan tersebut dan akhirnya hudud tidak jadi di Kelantan.
Atau sebenarnya Husam Musa bercakap bagi pihak PASMA yang sememangnya mengharapkan PAS akan terus tunduk di bawah tekanan dan genggaman DAP?
Mungkin sedar dia dibelasah teruk oleh penyokong sendiri, hari ini Husam Musa dan Roslan Puteh hari ini menyertai 29 ADUN yang lain menyatakan sokongan kepada rang undang-undang syariat II walaupun pada masa yang sama, PASMA dan DAP terus melakukan tekanan agar hudud tidak dilaksanakan.
Pembentangan undang-undang tersebut belum lagi membawa maksud, perlaksanaan boleh dibuat. Namun DAP dan PKR berusaha untuk menakut-nakutkan para penyokong mereka dari kalangan bukan Islam agar memperkecil-kecilkan undang-undang Islam dilaksanakan.
Pada masa yang sama, hari ini juga, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP memberi amaran yang sangat keras kepada PAS dan menggesa DAP menggantung semua urusan dan hubungan dengan PAS!!
No comments:
Post a Comment