Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 26, 2015

INGAT LIM KIT SIANG ATAU GUAN ENG SAJA BOLEH HALAU PAS, HARON DIN PUN BOLEH LA HALAU DAP!!!



Lim Guan Eng uji kekuatan DAP dalam PAS. Dia keluarkan kenyataan, halau Hadi Awang keluar dari Pakatan Rakyat. Tak halau PAS keluar dari Pakatan Rakyat sebab kalau PAS keluar, Selangor akan jatuh ke tangan gabungan UMNO-PAS yang memiliki 27 kerusi DUN campur kerusi bebas Pelabuhan Kelang yang disandang oleh Khalid Ibrahim.

Jadi, sebab itulah, DAP tak berani halau PAS atau bersegera memutuskan hubungan dengan PAS. Sebaliknya Lim Guan Eng sekadar halau Hadi Awang bagi memudahkan penggantian jawatan Presiden PAS dengan calon yang ditaja oleh DAP.

Bila Lim Guan Eng buat ujian sebegitu, segera disambut oleh para pemimpin PAS yang cenderung kepada DAP seperti Mat Sabu. Pujukan dibuat agar kononnya Lim Guan Eng tarik balik maki hamunnya ke atas Hadi Awang. Ada pulak yang kata, halau Presiden PAS samalah dengan menghalau PAS.

Jadi, para penyokong Hadi Awang, kendurlah sekejap kerana mereka melihat PAS bersatu semula dengan para pemimpin yang kuat menyokong DAP, sanggup menyanggah Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang serta mempertahankan Presiden mereka.

Hakikatnya, jarum hasutan Lim Guan Eng berjalan lancar. Selangor dapat diselamatkan dan kedudukan Presiden PAS sekarang, terancam.

Barangkali kerana melihat senario yang tidak begitu menguntungkan PAS, maka Mursyidul Am PAS, Haron Din menjelaskan kepada DAP dan Lim Guan Eng bahawa kata-katanya tentang memutuskan hubungan dengan Hadi Awang bermakna, menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat walau sesiapa pun yang akan digunakan oleh DAP sebagai calon Presiden PAS pada pemilihan akan datang.

“Adakah pada saat seperti ini ketika kita semua mahu perbaiki semua keretakan, tiba-tiba DAP buat kenyataan yang meluaskan retak itu? "Memutuskan hubungan dengan presiden mengisyaratkan kepada PR akan berpecah," katanya.

Haron menekankan, bukan PAS memulakan masalah keretakan di dalam PR.

"Tidak fahamkah DAP yang presiden ialah sebahagian dalam parti, dan parti merupakan sebahagian presiden. Jadi, mana mungkin dipisahkan? Kalau tidak mahu berhubung dengan presiden, nak berhubung dengan siapa?

“Parti di bawah arahan presiden. Amat pelik tindakan DAP itu. Kita nampak isyaratnya ialah ke arah itu (berpecah).

"Apa maknanya kalau putus kepala kalau ekor tidak putus? Putus kepala maknanya mati, ertinya habis,” tambah beliau.

Haron dilaporkan turut mempersoalkan kewajaran tindakan DAP itu yang seperti mahu mengajar PAS dan mengarahkan parti itu menukar presiden jika mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang.

4 comments:

mukmin said...

TERBAIK .. SALUTE PADA UST. HARUN DIN..GENG PASMAcai .. HANYA TAHU MENJILAT SAHAJA ..

Anonymous said...

Nak salute hapa..pas terus nak bergayut dlm PR..klu brani..PAS keluar jer dr PR..buktikn apa yg dikata..ni masih x malu nak terus bergayut dlm pr

Anonymous said...

SESAMA ISLAM BUAT MUSUH.....KAFIR DIBUAT KAWAN. AJARAN PASmabok.....

Anonymous said...

Setakat mana beraninya PAS ngan DAP...

 
Blogger Templates