Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 24, 2015

INI PENDIRIAN NAJIB ABDUL RAZAK... UMNO TIDAK TOLAK HUDUD!!!



ALOR SETAR: Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

“Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

“Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di sini hari ini.

Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.

“Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini,” katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan.

” Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam system pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).

“Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan,” katanya.


5 comments:

Anonymous said...

Sorry sir, anything comes from your mouth must be taken with a pinch of salt.

I have not been watching tv or listening news for dome time. As long as it has something to do with najib, i just switch off.

Sorry.

Anonymous said...

Anon 8.21 pm,
Kalau kau dah tak mahu ambil tahu atau mendengar apa saja pasal Najib atau apa yg fia cakap apa pasal kau surf blog ni dan ,komen pulak tu. Kau ni sihaht tak?

Anonymous said...

Boleh blahh la mamat. Bontot hitam mkn sambil belacan dgn budu nk tunjuk pandai speaking pulak mamat fuckertan ni.

Anonymous said...

Budak tu cakap je. Yg dia gi komen post pasal najib tu buat apa? Kata kalau pasal najib je dia switch off. Beritahu budak ini mentor dia sedang reput dalam penjara sg buluh sekarang. Tunggu 5 tahun lagi bolehlah switch on tv kamu.

anakmalaysia said...

Anon 8.21pm...since u do not want to know anything about Najib, can u just get lost!

 
Blogger Templates