Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 3, 2015

KEMENTERIAN KERJARAYA PULA JAWAB FITNAH HARAKAH DAN SENARAIKAN SEMUA PROJEK JALANRAYA DI KELANTAN DI BAWAH KERAJAAN PERSEKUTUAN!!!



Kementerian Kerja Raya telah mengeluarkan kenyataan berikut :

MAKLUMBALAS KEPADA LAPORAN AKHBAR HARAKAH

“TEMUI PM SELESAI MASALAH RAKYAT”

Kementerian Kerja Raya (KKR) ingin menarik perhatian terhadap laporan akhbar Harakah yang disiarkan baru-baru ini bertajuk “Temui PM Selesai Masalah Rakyat” yang mendakwa Negeri Kelantan tersisih daripada mendapat kemudahan lebuhraya. Terdapat 2 projek di bawah seliaan KKR yang disentuh dalam laporan berkenaan iaitu projek Central Spine Road (CSR) dan projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Kementerian dengan ini ingin menjelaskan bahawa, dalam Rancangan Malaysia RMKe-10, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak RM698 juta untuk membiayai projek infrastruktur jalan dan jambatan di Negeri Kelantan. Peruntukan ini merupakan sebahagian komitmen kerajaan untuk menyediakan infrastruktur bermutu tinggi kepada seluruh rakyat terutamanya penduduk di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Salah satu projek infrastruktur berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan di Negeri Kelantan ialah Projek Membina Jalan dari Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan sepanjang 71.2km. Selaras dengan keperluan trafik semasa, pelaksanaan projek ini dimulakan dengan dua (2) kontrak pembinaan iaitu Pakej 1B, jajaran dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang 7km yang dijangka siap pada April 2017 dan dan Pakej 2A, jajaran dari Kadok ke Ketereh sepanjang 6.85km yang dijangka siap pada April 2018. Projek ini merupakan sebahagian daripada Projek Central Spine Road (CSR) yang menghubungkan Kuala Krai di Kelantan dengan Simpang Pelangai di sempadan Pahang dan Negeri Sembilan sepanjang 390km.

Pada masa ini, kerja-kerja menaiktaraf dan membina jalan baru telah diberi tumpuan di sepanjang jajaran dari Kg. Relong, Pahang ke Gua Musang, Kelantan atas faktor keselamatan. Sebahagian daripada jajaran tersebut iaitu dari Kg. Kubang Rusa ke Felda Chegar Perah 2, Pahang telah pun siap dan dibuka kepada pengguna. Projek CSR ini bakal menjadi laluan alternatif yang lebih selesa dan selamat kepada pengguna yang ingin menuju ke Kelantan menerusi Gua Musang apabila siap kelak.

Selain daripada projek CSR, dua projek yang telah dimulakan pada tahun 2015 ialah Baiki Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu dari KM10 – KM21 sepanjang 3.6km dan Jalan Pasir Mas Bypass, Kelantan Fasa 2 yang melibatkan pembinaan jambatan sepanjang 630m dan naiktaraf bulatan Pasir Mas – Salor – Rantau Panjang.

Projek infrastruktur lain yang sedang dalam perancangan ialah Pembinaan Jambatan dan Jalan Pengkalan Kubor, Tumpat – Takbai, Narathiwat sepanjang 4.2km, Pembinaan Jambatan Kedua Rantau Panjang, Pasir Mas – Golok, Narathiwat sepanjang 1km dan Membina Persimpangan Bertingkat (Flyover) di atas Lintasan Keretapi di Pekan Tanah Merah, Kelantan sepanjang 1km.

Projek-projek infrastruktur berimpak tinggi ini tentunya akan menjana perkembangan pesat kepada pembangunan sosio ekonomi di Negeri Kelantan khususnya kepada sektor pelancongan dan industri kecil sederhana. Ini membuktikan bahawa Negeri Kelantan tidak pernah dipinggirkan sama sekali daripada peta pembangunan infrastruktur negara.


3 comments:

Muhamad Sani Abu Bakar said...

AirPort Sultan Ismail Petra macam mana pula, kerajaan Kelantan sudah beri green light

Anonymous said...

Harakah mana ada etika. Main tulis saja.

Layak untuk orang yang desprado.

Anonymous said...

Betul....sy dulu keje kat kkr...dan hairan nape kelantan byk sgt projek...tp bila pikir org melayu...ok la jg. Tp x adil utk negeri lain...

 
Blogger Templates