Semalam, gambar Lim Guan Eng tidur ternganga sewaktu sidang Dewan Rakyat, menjadi viral. Tiada apa-apa penjelasan atau cerita diberikan sebaliknya sekadar dikaitkan dengan tohmahan dan caci nista Hew Kuan Yau kepada anggota polis yang bukan main lagi mengutuk para penjawat awam sebagai makan gaji buta.
Hasilnya, Lim Guan Eng muncul dengan tangan berbalut dan kemudian menjelaskan bahawa gambar dia tidur itu sebenarnya tidak menceritakan perkara sebenar. Kononnya dia tertidur adalah disebabkan dia tidak sihat, bukannya sengaja nak tidur dalam Dewan ketika sedang bersidang.
Hakikatnya, gambar tersebut adalah gambar lama seperti yang dikatakan oleh Tan Khai Beng. Sekaligus memberitahu bahawa Lim Guan Eng sebenarnya memang suka tidur di dalam Dewan ketika sesi sidang.
Sudah banyak pendedahan dibuat tetapi setiap kali itulah juga, Lim Guan Eng akan bijak menyalahkan orang lain trutama Barisan Nasional.Dia tidak pernah mengakui kesalahan dan kelemahannya. Malah dia marah pula apabila pendedahan dibuat tentang kelemahan pentadbiran, mahupun pengurusan dan dirinya. Contoh terbaik adalah tentang perlanggaran undang-undang melibatkan kereta rasminya.
Sekarang dia kena troll dan dia melenting sakan dengan alasan-alasan bongoknya!!!
1 comment:
next MCA for Penang..
lebih matang & sopan, tak MENCARUT, dan memahami Melayu lebih dari Cina2 lain..
DAP selalu berkasar dgn Melayu kerana gagal memahami tahap akal melayu biasa..
Post a Comment