Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 19, 2015

KEUPAYAAN HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN MEMBELI KERETA BERHARGA LEBIH RM300 RIBU DIPERSOALKAN!!!!



Awal pagi tadi, pecacai Pakatan Rakyat menyebarkan salinan bil yang menunjukkan Hishamuddin Hussein Onn, Menteri Pertahanan membeli sebuah kereta mewah berharga lebih RM300 ribu. Harapan mereka, rakyat akan marah dan melihat pemimpin UMNO sebagai korup, pembazir, pemboros dan menggunakan wang rakyat secara sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi.

Mengambil kira Hishamuddin Hussein Onn sendiri dan latar belakangnya, sebelum menjadi ahli politik, dia sudah pun memiliki dan berjaya dalam syarikat guamannya. Apatah lagi latar belakang keluarganya sendiri sudah cukup untuk dia membeli bukan sahaja sebuah kereta mewah, bahkan banglo yang dibina di puncak bukit sekalipun.

Dengan kata lain, harta peninggalan keluarganya pun, makan tak habis.


Hishamuddin Hussein adalah anak Allahyarhamah Tun Suhaila Noah. Manakala bapanya, Allahyarham Tun Hussein adalah anak Allahyarham Datuk Onn Jaafar, salah seorang pembesar Istana Johor.

Penjelasan daripada Hishamuddin ialah, kereta yang baru dibelinya adalah menggantikan kereta lamanya yang telah dijual dan wang tersebut digunakan sebahagiannya untuk membayar tunai kereta dari jenis yang sama, tetapi lebih baharu.

Tiada apa-apa yang menghairankan dengan keupayaan Hishamuddin Hussein Onn membeli kereta jenama itu pada harga sebegitu jikalau dibandingkan dengan Rafizi Ramli yang belum pun sepenggal menjadi Ahli Parlimen, belum pun berusia 40 tahun, tidak mempunyai sebarang syarikat yang berjaya tetapi masih mampu menyimpan tunai dan aset bernilai lebih RM2 juta dalam masa yang sangat singkat.

Malah jauh lebih menghairnakan bagaimana Nga Kor Ming mampu membina Rumah Putih di Ipoh walaupun baru sahaja menjadi Ahli Parlimen Taiping selama dua penggal selain memiliki kenderaan-kenderaan mewah yang berbaris-baris di rumahnya.

Kalau pemimpin UMNO, laju nak komplen dan menimbulkan keraguan tetapi kekayaan luar biasa dan gaya hidup mewah yang dijalani oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, mengapa tidak dipersoalkan?


7 comments:

Anonymous said...

Kau orang ni tak tahu agaknya siapa bapa Rafizi Ramli? bapak beliau lagi kaya dari Abd Wahub

Anonymous said...

Sbb UMNO BN. mmg puak pakatan sentiasa cari dosa memfitnah

Anonymous said...

Minta ma'af saya mencelah. Orang Melayu memang tak boleh membebaskan dirinya dari sifat dengki dan irihati. Kalau boleh dia suka lihat Perdana Menteri naik beca, anak anak dia kutip sampah dan isteri dia kerja cuci pinggan, barulah dia gembira.Yang bangsa lain senang lenang, rumah besar, kerta besar, gedung besar tak pulak dia susah hati. Melayu ni memang bangsat.

Anonymous said...

aku sokong anon 10:29.
kalau bangsa lain .. fuihhh.. bukan main puji ,
Lain kali bentangkan kat parlimen .. sesiapa nak jadi pemimpin melayu di msia ni harus dari keturunan miskin. Atau calon tu sendiri orang miskin.
kalau nak naik pesawat.. kena naik pesawat antic perang dunia kedua punya .. biar nampak humble.
kalau nak beli kereta pun kena pakai kereta volkswagon perang dunia ke dua punya.
Baru puas hati rakyat cam ni ?
Hati busuk banyak sangat sampai senang kena hasut .
Harus berserah pada Allah.. ingat baik dan jahat , lebih atau kurang seseorang itu , ada sebab dan ada jawaban dan pembalasan nya., bukan hak kita untuk persoalkan.

Anonymous said...

Terbaik.

Anonymous said...

Bro. . .yg menyalak mcm anjing menyalak bukit menghina pemimpin melayu orang kampong orang felda tu bukan melayu. Mengadu domba supaya melayu bergaduh berpecah dan lemah.

Anonymous said...

Ingatkan budaya dengki ni dah takde kat melayu moden urban gen y whatsoever , rupanya masih di amalkan oleh org yg dianggap brainy (taik kucing) dlm pkr dan barua2 pakatan haram.
woi, tu org melayu la. Biarlah org melayu kaya. Ko suka melayu miskin sebab cina memang suka melayu miskin. Woi pondan, ko org apa?

 
Blogger Templates