Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, March 14, 2015

KHALID IBRAHIM MENGAMUK!!! BILA SPRM DAN SELCAT NAK SIASAT RASUAH SERTA SALAHGUNA DALAM PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR?!!!



Bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim telah mendesak agar pihak berkuasa menyiasat tuduhan rasuah dan salahguna kuasa dalam perjanjian penstrukturan semula air antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, ini adalah untuk memastikan rakyat Selangor tidak membayar lebih dari RM9.65 bilion yang telah dipersetujui untuk mengambilalih kesemua konsensi air di negeri itu dari Kerajaan Persekutuan.

"Saya menggesa semua pihak yang terlibat untuk tidak teragak-agak bagi memulakan siasatan ke atas semua tuduhan tuduhan rasuah dan salahlaku (dalam urusan membeli semula syarikat-syarikat konsensi).

"Rakyat Selangor tidak boleh dipaksa untuk membayar lebih dari harga yang telah ditetapkan iaitu RM9.65 bilion yang telah dipersetujui," katanya dalam Dewan Rakyat.

Berucap ketika membahaskan titah Yang Di-Pertuan Agong, Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak itu menyatakan pihak berkuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu mempertingkatkan usaha untuk menggempur rasuah dan salahguna kuasa.

Menandatangani perjanjian air yang dilihat sebagai sesuatu yang kontroversi dengan Kerajaan Persekutuan berhubung pengambilalihan konsesi air di selangor merupakan tindakan terakhir Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Beberapa hari lepas, Khalid Ibrahim mendakwa Kerajaan Selangor secara mengejut telah memberikan lesen operasi kepada SPLASH tetapi kemudian dinafikan oleh SPLASH. (RUJUK SINI)



3 comments:

anakmalaysia said...

Ya...SPRM apa lagi u tunggu pi siasat kenapa perjanjian dibatalkan !!! kenapa kos akan melebihi yg telah dijangkakan klu perjanjian dibatalkan...

Ted Manoff said...

Suruh Sprm siasat itu ok..tapi siapa pulak nak siasat Sprm? Ada kah mereka maksum? Saja tanya...

Anonymous said...

Pkr n dap memang perompak. Bela splash untuk dapat contribution besar untuk parti. Semua orang tahu hal ni. Jangan temberang la azmin bloody singaporean.

 
Blogger Templates