Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 25, 2015

MAJLIS RAJA-RAJA SUDAH MURKA SAMA THE MALAYSIAN INSIDER, TAPI PORTAL ZIONIS ITU SEDIKIT PUN TAK KESAL!!!



Berita pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, portal yang dimiliki oleh Tong Koii Ong dan George Soros, orang yang didakwa mempunyai kaitan dengan serangan ke atas matawang Ringgit Malaysia dan serangan berterusan ke atas 1MDB sebagai cara memastikan keuntungan besar tetapi pada masa yang sama dapat menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional, (RUJUK DI SINI), mula didedahkan. The Malaysian Insider telah melakukan fitnah besar yang sepatutnya membuatkan keseluruhan pengurusan, pentadbiran dan tenaga produksi The Malaysian Insider serta entiti-entiti berkaitan berhadapan dengan natijah undang-undang.

Hari ini sahaja, The Malaysian Insider membuat dua fitnah besar membabitkan Majlis Raja-Raja Melayu dan ucapan Perdana Menteri yang membabitkan Akta Hasutan.

The Malaysian Insider telah menfitnah Majlis Raja-Raja kononnya Majlis Raja-Raja telah menolak hudud PAS Kelantan sedangkan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 11 sehingga 12 Mac lalu langsung tidak membincangkan tentang hudud Kelantan.

Satu kenyataan Penyimpan Cop Mohor Raja-Raja Melayu menafikan fitnah The Malaysian Insider boleh dibaca DI SINI.



Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut mengeluarkan kenyataan menafikan fitnah yang dibuat oleh portal berkenaan membabitkan Akta Hasutan yang dikatakan oleh The Malaysian Insider sebagai akan diperkukuhkan oleh Najib untuk mencegah keganasan ATAU dengan kata lain, The Malaysian Insider cuba menggambarkan bahawa Perdana Menteri akan menggunakan Akta Hasutan 1948 sewenang-wenangnya untuk menyingkirkan musuh-musuh politiknya - sesuatu yang mahu dilakukan oleh Anwar Ibrahim jikalau berjaya menjadi Perdana Menteri!

Pada petang tadi juga Pejabat Perdana Menteri Malaysia mendedahkan bahawa Malaysian Insider langsung tidak memberi memberi sebarang maklum balas atau reaksi kepada permintaan mereka supaya membetulkan laporan yang tidak benar mengenai ucapan Perdana Menteri.

Tiga hari lalu, Pejabat Perdana Menteri telah menghantar nota bantahan dan memohon pembetulan dibuat ke atas laporan Malaysian Insider yang menyebut Perdana Menteri Mohd Najib Razak menyatakan “Akta Hasutan diperlukan bagi menghalang pengganas.”

Sebaliknya ucapan Perdana Menteri yang sebenar ialah, “Akta Hasutan diperkukuhkan kerana mengutamakan keharmonian antara kaum dan agama.”

Namun permintaan Pejabat Perdana Menteri untuk membuat pembetulan tersebut langsung tidak diendahkan oleh Portal berita ini. (BACA SETERUSNYA DI MYKMU.NET)

Kesalahan yang dilakukan oleh portal berita milik Tong Koii Ong itu amat serius dan benar-benar mengancam keselamatan negara. Portal berkenaan telah menjadikan fitnah dengan niat jahat semata-mata untuk memastikan negara ini hancur dan mudah dikuasai oleh pihak-pihak tertentu.

Pihak berkuasa, khususnya SKMM dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Dalam Negeri seharusnya bertindak secara lebih agresif untuk memastikan gejala negatif yang dibawa oleh The Malaysian Insider dibanteras secepat mungkin memandangkan The Malaysian Insider berada di bawah jurisdiksi mereka!!!

Walaupun Lee Kuan Yew mungkin dibenci oleh ramai orang terutama sekali orang Melayu dan Islam, tetapi pendiriannya bahawa UNDANG-UNDANG PERLU DIKUATKUASAKAN AGAR UNDANG-UNDANG TERLAKSANA, perlu dipraktikkan di negara ini. Bukan dengan sikap lemah lembut, lembik dan sangat takut dengan suara-suara tekanan Peguam-Peguam Majlis Peguam dan Pakatan Rakyat seperti yang berlaku sekarang!!!


9 comments:

Anonymous said...

Inilah mlysia..dah trang2 buat fitnah..knp tk sekat ja blog tu..ckp ja tk guna.. Blong penghasut patut di sekat..lemah krjaan yg ada skrg

Anonymous said...

Kalau setakat cakap aje..manusia spesis ni tak takut punya...sebab utama kerana pihak kerajaan terlalu berlembut macam pondan..padan muka sebab terlalu beri muka..kami rakyat pun dah naik menyampah dgn amaran dan cakap cakap saja..

Anonymous said...

Yg heran sgt2 kenapa berkali2 media celaka MalaysiaIns tu fitnah dan buat kacau bilau.. operasinya tidak di sekat.. tidak di kenakan tindakan keras.. malah terus di promosikan oleh media2 krjn juga.

Apakah krn MI di taja oleh Zionist Barat, maka kerajaan takut di label menyekat kebebasan mereka?

Anonymous said...

Majlis Raja-Raja patut SAMAN dan buat lapuran POLIS ke atas InsiderZIONIS/DAPBANGKAI-PKRSODOM tu! Main-main saja institusi DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita - sampai bila BUMIPUTERA Islam/Melayu yg. MAJORITI NEGARA ISLAM; pusaka nenek moyang berzaman kita ni harus bersabaq?!!

Pedulikan “demokrasi/hak asasi”-KEPARAT Barat-Zionis kerana negara-negara KAPIRDAJAL si Barat/Zionis yg. asyik melaungkan "demokrasi/hak asasi" depa ni, dok tak-habis menyerang Dunia Islam yg. kaya minyak-gas/Uranium-Thorium (Uranium/Thorium adalah utk. pembuatan senjata NUKLEAR) - utk. MEROMPAK/MEMBUNUH/MEROGOL umat Islam dlm. GENOSID yg. berterusan dan yg. semakin GANAS?! Ya, itulah "demokrasi/hak asasi"-Barat/Zionis-KEPARAT/PENIPU nak MAMPOS!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Majlis Raja2 dan PM patut saman TMI ni kerana memfitnah.




















Anonymous said...

Kena ambil TINDAKAN YANG SEWAJARNYA .. KALAU TIDAK PERKARA PERKARA SEBEGINI AKAN BERLANJUTAN SELAMANYA .. SUKA TAKA SUKA .. BERTINDAK SEGERA ..

Anonymous said...

kalau org melayu dah lama kena tangkap dah nie. pagi buat tengahari tangkap. nie cina lah apa lu org boleh buat macibai lu org

Anonymous said...

Kalau kat luar negara yg memfitnah ni dah lama jadi Arwah ,Mati jadi pontianak tanah pun taknak terima dia

Anonymous said...

Majlis raja2 sama lembik cam najib. Keras sikit laaaa.

 
Blogger Templates