Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 13, 2015

MALANG BUAT NAJIB ABDUL RAZAK, DIA BUKANNYA LIM GUAN ENG, JAUH SEKALI DARIPADA MENJADI AZMIN ALI!!!



Mungkin sukar bagi sesetengah orang untuk menerima hakikat, kepimpinna negara setakat ini berjaya mengekang banyak masalah ekonomi dan kewangan yang menekan rantau sebelah sini, mahupun dunia.

Namun rakyat Malaysia yang sudah terbiasa hidup mewah walaupun atas nama kredit dan hutang, kurang merasai kesan daripada kekangan dan jerutan ekonomi dunia. Rakyat Malaysia tidak peduli dengan apa yang berlaku di Eropah khususnya Greece dan negara-negara besar seperti Itali, Perancis mahupun Sepanyol yang hidup di bawah bantuan asing dengan hutang berkali-kali ganda daripada KDNK mereka.

Dengan kadar inflasi dan deflasi yang hampir tidak terasa, dengan penawaran dan permintaan serta pasaran yang baik, kebanyakan rakyat Malaysia seperti anak tikus yang hidup dalam kepuk padi seolah-olah berasakan mereka berada dalam dunia tersendiri yang tidak langsung bergantung atau bersandar kepada negara-negara lain.

Mereka terlupa melihat rakyat negara asing yang disiarkan menerusi siaran televisyen antarabangsa yang berdemonstrasi di sana sini, merusuh mahupun meningkatkan kadar jenayah kerana masalah ekonomi memandangkan negara sudah tidak dapat menyerap semua kos.

Apa yang dilakukan oleh kepimpinan Najib, bagi sesetengah orang mungkin tidak sebaik zaman pentadbiran Mahathir Mohamad. Tetapi zaman Mahathir Mohamad juga, Pembangkang tidak pernah sunyi daripada membangkitkan bagaimana negara berhutang terlalu banyak, mencipta pelbagai projek yang distatuskan sebagai GAJAH PUTIH.

Lebuhraya Utara-Selatan, Jambatan Pulau Pinang, pelancaran satelit pertama Malaysia, Putrajaya-Cyberjaya, Proton, dasar penswastaan, penubuhan GLC, ikatan Ringgit-Malaysia, Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, KLIA dan sebagainya.... semuanya dilakukan pada zaman Mahathir yang dikempen dan diceramahkan sebagai MERUGIKAN NEGARA.

Namun akhirnya, kesemua itu senyap malah direbut-rebutkan oleh Pakatan Rakyat kini dengan Lim Kit Siang yang begitu lantang dahulu, masih hidup lagi, masih lagi berkuasa dalam DAP, langsung tidak mengulangi kempen dan ceramahnya tentang PROJEK-PROJEK GAJAH PUTIH.

Najib bukan Mahathir. Najib bukan klon Mahathir. Najib bagaimanapun sama seperti Mahathir, tidak sempurna dan ada kelebihan serta kelemahan masing-masing. Namun apa yang dihadapi oleh Najib sekarang ini, dengan apa yang dihadapi oleh Mahathir pada zamannya, adalah sama.

Dari tahun 1987 lagi, Mahathir dikatakan tidak berkeupayaan menjaga dan mentadbir Malaysia. Bukan PAS, bukan DAP, bukan PSRM yang menyatakannya tetapi dari dalam UMNO sendiri sehingga UMNO akhirnya berpecah menjadi Semangat 46.

Namun Semangat 46 yang kemudiannya bergabung dengan PAS juga tidak mampu membangunkan Kelantan walaupun mereka berjaya merampas Kelantan dari Barisan Nasional. Kemudian pada tahun 1998, 2004, 2018 dan sekarang 2015.

Pulau Pinang dan Selangor, dua buah negeri yang dikuasai dan bermajoritikan parti-parti pembangkang peringkat Nasional, tidak lebih baik pentadbirannya berbanding semasa diperintah oleh Barisan Nasional., tidak lebih baik, bahkan lebih teruk dengan segala-galanya jatuh terutama sekali pelaburan luar dan pembangunan infrastruktur.

Sehingga sekarang, Pulau Pinang dan Selangor di bawah Pakatan Rakyat, masih gagal membela rakyat menerusi pembinaan rumah mampu milik berbanding rumah-rumah mahal yang kemudiannya dipersalahkan Kerajaan Barisan Nasional.

Tetapi Lim Guan Eng dan Azmin Ali langsung tidak dipersalahkan. Walaupun Lim Guan Eng dan isterinya berbelanja besar dan mewah walaupun latar belakang mereka langsung tidak membolehkan menampung kehidupan mewah mereka, Pakatan Rakyat menyalahkan Najib kerana kononnya menjadikan Malaysia negara miskin. Walaupun Azmin Ali lebih banyak retorik dan sekadar lebih banyak berlakon daripada bekerja, Najib Abdul Razak dipersalahkan kerana Selangor tidak lebih mewah berbanding pada zaman Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat menyerang Najib, itu adalah RUTIN DAN ASASI mereka kerana mereka menggilai kuasa, bukannya untuk menjaga rakyat. Tetapi apabila orang dalam UMNO dan Barisan Nasional sendiri menyerang Najib kerana gendang yang dipalu oleh Pakatan Rakyat, manakala rakyat Malaysia pula seperti golongan tolol yang langsung tidak mahu menggunakan otak mereka untuk berfikir secara waras, sememangnya negara ini sedang melangkah ke alam yang sangat malang.

Sebabnya ialahrasa bersyukur pada nikmat Allah Taala itu tidak ada langsung dalam diri rakyat Malaysia, khususnya mereka yang kuat menyalak sekarang yang dahulunya hidup mewah kerana dasar-dasar kerajaan tetapi sekarang menyalak dan mendesak Najib turun jawatan hanya semata-mata kerana kepentingan dirinya.

Contoh terbaik ialah, lihat sahaja bagaimana rakyat Malaysia melayani isu kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding US Dollar, selain hutang luar negara yang jelas menunjukkan mereka bukan sahaja tidak faham, tetapi mereka tolol tetapi berlagak pandai!!!


15 comments:

Anonymous said...

nada dan kupasan yg bernas, bolih jd bahan utk sembang dengan puak2 pakatan

Anonymous said...

Setuju. Siapa Najib nak dibandingkan dengan Tun M? Bagai langit dengan bumi.

Ya, Tun M dikritik tapi selepas beberapa lama kita sedar Tun M buat apa yang betul. Termasuk isu DSAI, KLIA, Proton, Putrajaya, KLIA dna banyak lagi.

Tapi Najib -apa yang dikritik sebagai tak betul hari ini makin bertambah tak betul bila ditengok semula 10 tahun dari sekarang.

Saya tak pasti siapa yang membiayai blog saudara - mungkin saudara tidak mahu digelar "bangang". Itu hak saudara mempertahankan Najib, tapi jangan sesekali cuba membandingkan dia dengan Negarawan Tun M!

Unknown said...

Saya seorg penyokong UMNO/BN..tetapi apa yg Najib buat dah melampau..Bkn sikit duit diperjudikan utk 1MDB..hutang kerajaan,hutang kami juga..oleh itu, tuan blogger..terimalah kenyataan bahawa Najib bukannya seorg pemimpin yg bagus.. Berkata BENAR walaupun pahit..😉👍

Anonymous said...

Tiada siapa pun nk bandingkan najib dgn mahathir. Pernah dgr dr mulut najib menghina tun? Yg suka membanding adalah segolongan manusia yg berasa diri dia tue terlalu BEST!!! Bacalsh saja tulisan outside the box. Everybody are bulshiting! Only he himself shit in the bowl! Kalau x kerana blog nie dah lama BN mampus dalam alam internet! Lagi awk nk cakap admin blog nie takut sbb digelar bangang? Terpulangla kpd awk, klau awk nk 'bertuan'kan seorang negarawan silakan... tiada siapa pun nk larang. Tiada siapa pun nk banding2kn najib dgn tun.

Anonymous said...

Sekarang Dato Najib adalah Perdana Menteri kita, Pemimpin kita, marilah bersama2 membatu beliau...

Anonymous said...

Saya pun sedih dengan apa yang dihadapi oleh Dato Najib.Sedih lagi kerana tokoh-tokoh Umno sendiri yang lebih-lebih menyemarakkan isu-isu kecil yang kemudiannya diperbesar-besarkan seolah-olah tidak ada yang baik yang diusahakan oleh kepimpinan negara hari ini.Jujur saya katakan secara langsungnya brim adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu kerana walaupun jumlahnya tak banyak mana tapi cukup unyuk mengembirakan hati marhain seperti kami.
Memanglah Dr Mahadir banyak menyumbang pada negara namun kami yang kecil ini tak dapat merasainya secara langsung,kami hanya tumpang rasa bangga sahaja bahkan selebihnya banyak diragut orang lain jadi apalah gunanya kemajuan mengunung....sedangkan bangsa sendiri menelan air liur.
Janganlah membanding antara dua pemimpin ini kerana keduanya berada pada era yang berbeza,situasi yang jauh berlainan dengan fitnah-fitnah diakhir zaman.
Seharusnyalah sokonglah mana-mana yang patut dan mana-mana yang kurang sama-sama cari penambahbaikkan.

Anonymous said...

Anon 8.54pm...saya setuju dgn komen saudara. Semua projek Tun M semasa dan selepas siap terbukti berjaya dan menyumbang kpd pertumbuhan ekonomi negara. Rakyat dpt rasakn benefits drp projek2 tersebut. Tp 1MDB terbukti merugikn dan amat mencurigakn. Also jurublog saya adalah pengikut setia blog anda tp tlg jgn bandingkan najib dgn Tun M....bagai langit dan bumi

Anonymous said...

Anon 8:54.. sejak 80an pembangkang menjaja konon nye malaysia akn muflis disebabkan langkah tun M.. sedangkan tun berusaha menaikkan malaysia sebaris negara maju.. sekarang DS najib sebagai pemimpin yg mewarisi wawasan tun (umno) jg mengalami nasib yg sama... dicerca.. dimaki.. dituduh membazir.. dituduh ingin memufliskn negara hanya kerana DS najib dtg dr umno.. gunakan lah akal.. takkan DS najib nak memburuk kn keturunan menghancurkan negara. Sedangkan DS najib dtg dr keturunan umno (tun razak).. zaman makin mencabar.. dugaan jg makin mencabar.. yg banyk merosakkn negara.. tu.. kat dlm sel sg buluh.. ape sumbangn dia?.. so... kepada anon 8:54.. kalau tak mahu dilihat "bangang"... ade bagus jgn komen..

Anonymous said...

Anda betul..najib hanya pandai menabur gula gula pada rakyat. Rakyat dah muak dengan gula gula yg mengakibatkan penyakit kencing manis..terutama pd ahli umno dan orang melayu..

bebas said...

Najib dh jadi liabiliti kerajaan, bkn shja peribadi malah kesan dari dasar2 najib sdh menimbulkan benci orng ramai..
Its time to let it go, u can't forced other people to like you. I think no matter how hard he and the blogger pro bn try to defend himself it will only get worse. Its beyond repair already. The time is now for muhyiddin to be bold and take lead before its too late. The current opposition have a good case to win in the next election which is najib's weakness. If you eliminate that you might have a chance and if you don't it will not be a good fight for the bn.Most of us don't even care about anwar anymore. Some of us do believe he is guilty and some of us don't. So what?? He is in jail. We need a leader who can lead in this trying time, not the one who will spend all day trying to dudge a bullet from the oppsition accusations about wife's behavior, a murder case and family matter. All the accusations might not be true, but who care about the truth in politic. People just want to believe in what they believe, let it be its the truth or not. Once again, najib just let it go. Be a gentlement who know when his time is up and the one who know he already lost the trust from his people.

Ted Manoff said...

La. ..pasai apa pula tak boleh banding? Dua2 Perdana Menteri...mesti lah boleh..orang Puteh kata Compare Apple dengan Apple...kecuali lah Najib tu Perdana Menteri dan Tun M hanya Menteri Alam Sekitar..yg ni barulah tak boleh BANDING...apa punya TURR la Anon di atas ni..hampeh

Anonymous said...

Kita perlukan pemimpin yg lebih tegas dlm mempertahankan melayu dan islam.politik umno sekarang terlalu mengejar undi dr cina dan india yg tak kunjung tiba.melayu dihina, islam dipijak tetapi apa pemimpin politik umno buat.membisu.najib menyorok dlm kain rosmah.bila ada perhimpunan melayu, pemimpin cakap berdegar2..macam zahid hamidi dan najib.lepas itu diam.akta isa untuk dpt sokongan pembangkang dan akhirnya menjerut leher sendiri.

Anonymous said...

Sampah ..berapa agaknya dia dapat ? Sian dia

Unknown said...

Come on Admint....jangan nanti kubur Kita Di kencing oleh Anak Cucu Kita di kemudian hari dengan apa yang kita buat sekarang.

anakmalaysia said...

Saya amat menyokong blogger TFK ni kerana jelas menyatakan fakta2 yg sebahagian besarnya boleh dihalusi kebenarannya...kepada yg komen membina spt anon@9.58pm, 10.38pm syabas diucapkan moga Malaysia aman makmur.
@bebas - don't pretend to be a loyal BN suppoter and from your 'English' and your written intentions we know that you are not. You think we are bloody stupid like you and your leaders..so please get lost from our faces ok.

 
Blogger Templates