Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 4, 2015

MAZA TAK BENARKAN KAZIM ELYAS BERCERAMAH DI PERLIS KERANA DITUDUH BAWA HADIS-HADIS PALSU!!!



Inilah perangai buruk SUNNAH KERAS yang hanya kepada mereka sahaja, kebenaran terletak. Selain daripada mereka, semuanya bidaah, semuanya Israeliyyat, semuanya riwayat palsu dan semuanya haram.

Perlis Indera Kayangan merupakan antara negeri yang mengamalkan fikrah yang berbeza. Gerakan Wahabiyyah yang sekalipun dinafikan dengan alasan mereka mengikut Sunnah, hakikatnya sedang berkembang di negara ini.

Wahabiyyah sebenarnya mempunyai pecahan-pecahan yang pelbagai. Namun yang paling popular dan sedang dikembangkan di merata-rata dunia sekarang merupakan penyelewengan daripada ajaran Sunnah yang sebenarnya. Mereka bijak bermain dengan ilmu hadis, tafsiran ayat-ayat al Quran, bahkan memutarbelitkan perkara-perkara furu' sehinggakan menjadi perkara pokok sebagai bahan perdebatan.

Di Malaysia, walaupun sandaran mereka adalah kepada Ibn Taimiyyah, Syeikhul Islam abad ke-9 yang sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan Wahabiyyah, tetapi golongan berkenaan lebih berminat dengan beberapa naskhah awalnya yang menimbulkan perdebatan sehinggakan Ibn Taimiyyah dijoloki dengan pelbagai gelaran negatif oleh golongan ulama dan cendekiawan Islam pada zamannya.

Ibn Taimiyyah banyak mengarang dan memperbaharui fatwa-fatwanya. Dalam Majmu' Al-Fatwa, karangannya yang paling popular, terdapat pengesahannya tentang talkin, ziarah kubur, hadiah pahala, pembacaan maulid dan tasawuf. Amalan ini berlaku kepada kebanyakan ulama, termasulah Abu Hasan As-Syaari yang beralih dari menyokong Muktazilah kepada Ahlu Sunnah Wal Jamaah menerusi kitab-kitab terakhirnya. Namun golongan Wahabi mengengkari dengan membuang Juzuk 10 Al-Fatwa karya Ibn Taimiyyah yang memperkatakan tentang Suluk dan Tasawuf serta beberapa bahagian yang lain yang sekarang ini mereka statuskan sebagai HARAM dan BIDAAH termasuklah Maulidur Rasul dan Talqin.

Sikap memalsukan kitab-kitab ulama terdahulu dan melakukan editing, banyak dilakukan oleh golongan tersebut dari zaman dahulu lagi. Bahkan kitab Imam besar mereka, Muhammad bin Abdul Wahab, Ahkam Tamannil Maut, juga tidak terlepas daripada perangai jahat ini.

Begitu jugalah dalam hal khilafatul Hadis. Banyak hadis-hadis sahih yang kemudiannya dilabelkan palsu semata-mata kerana mereka tidak secocok dan sebulu dengan hadis-hadis tersebut. Perkataan PALSU, MAUDHU' dan seangkatan dengannya, sudah menjadi modal mereka untuk beristidraj dengan golongan Islam yang lain.


Hanya mereka sahaja yang betul. Orang lain semuanya tidak betul. Sehinggakan Imam mereka sendri pun tidak betul!

Jadi, tindakan Asri Zainal Abidin sebenarnya hanyalah merupakan sebahagian daripada usaha golongan yang cukup keras terhadap sesama Islam, tetapi cukup berlembut dan bersopan santun pula dengan Zionis sepertimana yang ditunjukkan oleh Asri sendiri.


11 comments:

Anonymous said...

This is what happen when wahabi get into power.

Anonymous said...

dua2 ustad ni aku tak suka....perlis amat berminat dengan ustad maza ilmu dia tinggilah kot dapat bagi manfaat pada negeri perlis.... ustad kazim penglipur lara sangat laris dlm telivesyen le ni...tak ada ilmu yg aku boleh dapat dari ceramah dia di forum perdana tv1 kecuali beberapa penceramah lain antaranya dr. sharifah pensyarah um...aku dah tak minat forum perdana tv1 atau saluran yg ada dia....aku lebih suka tengok drama yg ada pengajaran dan ilmu di sebalik tersirat.....

Anonymous said...

Ini dicedok atau research sendiri? baik2 buat tuduhan, kalau fakta salah, kena soal bila mati nanti.

Anonymous said...

Kalau tolak qunut tu takde lain la, wahabi lah. jgn pusing lain. Wahabi pandai tang pusing ni.

Anonymous said...

Saya kurang setuju dgn 3.11pm. Pd saya ostad K byk pakai saikoloji dgn caranya yg tersendiri yg tiada pd penceramah yg lain. Ostad K byk target org2 muda dan tua dgn byk menasihati perangai2 dan kehidupan manusia yg berlaku dlm harian. Bila beliau memberi nasihat kadang nampak dari suara dan mimik muka dgn tegas skali. Begitu ostad Badlishah sgghpon beliau tidak pandai menyanyi seperti ostad K, ostad B tetap tegas dgn subjeck yg d tujukan kpd audience. Tk.

Admin SpotTheBloggers said...

Salam. Mohon izin blog ini dipautkan ke http://spotthebloggers.blogspot.com Sila email ke spotthebloggers@gmail.com sekiranya tn membantah. TK

Anonymous said...

Syiah pon begitu. Pusing dan hipocrate besar. Aku tau sbb ada saudara aku yg bernikah dgn org syiah...ishhhh...

Anonymous said...

Maaf. Agama kami di Perlis bukan aliran WAHABI.

Kami benar-benar berpegang teguh kepada ajaran Islam yang murni.Semua bentuk hadis yang nyata falsu tetap ditolak , hadis lemah bukan pegagan ibadah kami, tafsir Al Quraan yang menyimpang dari maksud sebenar ayatnya tetap ditolak.

Kembalilah kalian kepada Islam yang benar2 diturunkan kepada Rasul SAW. yang sudah lengkap .
sesiapa yang mengada2kan urusan agama Islam dan menyatakan ini dari Rasul SAW maka terimalah akibatnya dihari pembalasan kelak [antara maksud hadis].

Anonymous said...

Tolong padamkan blok ini. Ia tidak memberi faedah. Sebaliknya ia mendatangkan dosa kpd sesetengah orang yg menyerang orang lain. Puak kapir memang suka blok2 mcm ni, dimana orang Islam menyerang antara satu sama lain. Senang sikit ketja diorang.

Anonymous said...

Dunia sdh di akhir zaman...ulamak sdh bertelagah sesama sendri..kitab2 pun sdh di katakan palsu..aku heran perlis..dulu dia ni dah berenti..mcm mna blh dpt blk mufti ni..

Anonymous said...

Minat drama lagi yea??
Hmmmm... Yea la tu.

 
Blogger Templates