Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 22, 2015

PKR TERLUPA, DALAM KAJANG MOVE, MEREKA PAKSA PAS UNTUK SOKONG TAPI BERLAGAK SOMBONG DALAM HUDUD KELANTAN!!!



PKR telah mengumumkan pendirian mereka berhubung hudud di Kelantan. Menurut Wan Azizah, PKR tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud sekiranya dibawa ke Parlimen. 

Wan Azizah berkata lagi, PAS telah membuat keputusan secara unilateral (sebelah pihak) tanpa mendapat keizinan dan pengesahan daripada PKR dan DAP, malah menurut Wan Azizah lagi, keputusan PAS itu adalah bersalahan dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.

Rang Undang-undang persendirian itu bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan memberi kesan kepada pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 iaitu berkaitan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.

Alasan yang diberikan oleh Wan Azizah ialah, sekiranya rang undang-undang persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan, PKR tidak akan menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummat dan Maqasid Syariah.

Kenyataan media Wan Azizah itu ditandatangani oleh semua pemimpin PKR iaitu Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya Azmin Ali; Naib preside Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin, Rafizi Ramli; Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menariknya, selepas mengumumkan pendirian, PKR cuba menghalakan 'tanggungjawab' mereka kepada Barisan Nasional dengan alasan, rang undang-undang tersebut memerlkan kelulusan Kerajaan sebelum boleh dibahaskan.

PKR mempunyai 29 kerusi di Dewan Rakyat tetapi hanya 28 ahli Parlimen sahaja yang boleh mengundi memandangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara. Seorang lagi adalah ahli Parlimen Bebas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini merupakan wakil rakyat PKR. DAP dan PAS masing-masing mempunyai 37 dan 21 kerusi di Parlimen. Manakala Barisan Nasional pula mempunyai 133 kerusi Parlimen. 

Menariknya, dalam LANGKAH KAJANG yang terkangkang sehingga mencetuskan PRK DUN Kajang yang kemudiannya dimenangi oleh Wan Azizah, PAS dipaksa untu menyokong dan diberi kata dua oleh PKR untuk menyokong langkah sumbang itu. 

LANGKAH KAJANG dicipta untuk membolehkan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor dalam usaha untuk memastikan wujud tekanan agar dia tidak dipenjarakan. Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Rayuan beberapa hari sebelum PRK DUN Kajang, menyebabkan LANGKAH KAJANG bertukar menjadi langkah menghalau Khalid Ibrahim dan menabalkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. 


Wujud masalah apabila Khalid Ibrahim enggan melepaskan jawatan sehingga dia dipecat dari PKR dan sekali lagi PKR memaksa PAS menyokong Wan Azizah yang menyaksikan pula kewujudan PASMA, golongan dalam PAS yang cukup kuat menyokong Anwar Ibrahim.

PAS selepas itu berpecah belah sehingga wujud gerakan menggulingkan Abdul Hadi Awang dan menaikkan Ahmad Awang dan Mat Sabu yang mewakili PASMA. 

Berdasarkan matematik, terdapat beberapa orang Ahli Parlimen Melayu-Islam dalam Barisan Nasional yang berfikiran liberal seperti Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang dijangka tidak akan menyokong pembentangan tersebut. 

Sekiranya semua ini dijumlahkan (7 orang PASMA + 2 Ahli Parlimen Melayu DAP + 15 Ahli Parlimen Melayu PKR + 1 atau lebih Ahli Parlimen UMNO), jumlah mereka adalah 25 orang atau lebih. 

Daripada jumlah asal 136 orang Ahli Parlimen Islam, seandainya 25 orang ini atau lebih dijangka tidak akan mengundi untuk hudud, maka jumlah yang tinggal hanyalah sekitar 111 orang. 

Jumlah 111 orang Ahli Parlimen ini tidak cukup untuk meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. 

Jumlah 111 orang Ahli Parlimen itu akan menjadi lebih kecil jikalau terdapat mana-mana Ahli Parlimen PAS turut sama menyokong PASMA dan tidak mengundi hudud kerana takutkan DAP dan sayangkan Pakatan Rakyat. Setakat ini, daripada 21 orang Ahli Parlimen PAS, 7 daripada mereka telah disahkan PASMA.

 

No comments:

 
Blogger Templates