Selepas terbukti bahawa peralihan kuasa hanyalah di kalangan ahli-ahli keluarga Anwar Ibrahim, kini kuasa dan peranan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, dipindahkan daripada si bapa kepada si anak. (BACA DI SINI)
Sekaligus menjadikan Ahli-Ahli Parlimen yang lebih senior termasuklah Abdul Hadi Awang dan Ahli-Ahli Parlimen dari PAS yang sudah lama mengenal kerusi Ahli Parlimen, tidak layak kerana mereka bukannya ahli keluarga Anwar Ibrahim.
Biarpun sebahagian daripada bersolidariti dengan memakai pakaian hitam untuk perasmian Sidang Parlimen berbanding mengenakan pakaian rasmi no.1, kononnya sebagai protes ke atas undang-undang yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim, ruang lingkup pemikiran Pakatan Rakyat sekadar di sekitar Anwar Ibrahim.
Ketidakadilan yang mereka maksudkan adalah undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas Anwar Ibrahim yang melakukan jenayah. Kalau kena ke atas para pemimpin Barisan Nasional, bagi mereka itulah undang-undang. Selagimana kena ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim, akan dianggap sebagai ketidakadilan.
Hari ini, Anwar Ibrahim tidak dapat hadir ke sidang Parlimen kerana statusnya adalah BANDUAN JENAYAH. Sebagai BANDUAN JENAYAH, dia perlu berada dalam bilik kurungan dan menghabiskan saki-baki hukumannya. Segala kebebasannya sudah tidak wujud lagi kerana dia adalah pesalah dan BANDUAN JENAYAH.
Barangkali itulah yang dimaksudkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang kalau diamat-amati tulisan dan kenyataannya sebenarnya lebih kepada sindiran untuk Anwar Ibrahim.
8 comments:
Bird's brain. Ini yg ada di dalam Kepala Besar mereka!
Alhamdulillah T Sri.
Takdir ALLAH swt jua yang jadi.Mangsa sehat gembira dikerusi empuk.
Pemangsa terjerat sengsara disana.
Bisanya. Mau berdarah hidung dgn sindiran khalid ibrahim.
Memuja Anwar dan menolak undang-undang Malaysia terhadap Anwar. Nampak sangat pemimpin pembangkang malas dan tak tahu buat kerja tanpa Anwar Ibrahim.
Parlimen adalah tempat sesuatu undang-undang dilahirkan. Kalau tidak menghormati Parlimen maka undang-undang juga dilanggari.
Khalid juga hadir di Majlis Pembukaan Parlimen sesi ke 13 dengan berpakaian serba hitam tanda solidariti pada anwar ibrahim.
BN jangan happy sangat. Puak-puak ini pandai bermuka-muka.
Asal warna hitam solidarity lah. Baju rasmi parlimen Kalau mmg warna hitam kalau baju melayu. Najib pun pakai. BONGOK LA KO NI. demo taik je pandai
Takde sapa happy pun. Jangan cepat perasan. Belajar kasi habis lain kali. Baju melayu rasmi mmg warna hitam. Semua mp pun pakai.
Bongok punya kaum luth
Post a Comment