Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 10, 2015

SERONOK KE TENGOK HADI AWANG DISERANG PASMA? SERONOK KE TENGOK NAJIB DISERANG MELAYU PENDENGKI DAN PENGHAMBAT KEMEWAHAN?!!!

Melihat kepada perkembangan semasa, ada sesuatu yang sedang berlaku dan kurang dicermati oleh setiap orang Melayu dan Bumiputera di negara ini. Mungkin ada yang seronok kerana pihak lawan sedang berkecamuk tanpa mereka sedar yang pihak lawan itu adalah puak mereka sendiri, kekuatan mereka sendiri dan survival mereka sendiri.

Puak-puak yang seharusnya teguh bersama walaupun mempunyai akidah politik berbeza atau pelik demi memastikan penguasaan dalam politik berterusan dan tidak menjadi Red Indian di Tanah Rezab yang cukup mudah bergaduh kerana sebotol arak, bagaikan ikan yang mabuk tertelan air tuba. Asalkan dapat berbunuhan dan membenamkan sesama sendiri, mereka sudah cukup puas hati.

Orang PAS tentu sebahagian besarnya seronok melihat perkembangan dalam UMNO. Orang UMNO pula bertepuk sorak apabila PAS kelihatan sedang berpecah dengan gerakan PASMA dan gerakan memggulingkan Hadi serta barisan kepimpinan ulama. Dayak sedang bersorak kerana enggan dikenali sebagai 'LAIN-LAIN'. Dan pengampu untuk membodek pula sedang seronok menghancurkan dan menyerang empat tiang seri negara deki memuaskan hati sekutu mereka seperti Rafizi Ramli seronok menonjolkan diri untuk mengkagumkan tony Pua.

Sedar tak sedar, semua ini mengecilkan peratusan 62%. 62% hanyalah angka di atas kertas sedangkan bilangan sebenar mereka sangat kecil dan sangat mudah pula meruap.

Kekuatan sebenar iaitu penguasaan ekonomi dan maklumat, dikuasai oleh orang lain. Orang lain yang mencatur dan membidak-bidakkan 62% ini mengikut kehendak mereka. Orang lain jugalah yang berusaha membawa 62% berdemonstrasi di jalanraya dan saling memecahkan kesatuan agar menjadi juzuk-juzuk kecil yang boleh diperkotak-katikkan dengan mudah.

Dan 62% inilah juga yang dihanyutkan dengan idea PERJUANGAN kununnya agar mereka terus leka dan alpa daripada menguasai ekonomi dan industri maklumat.

Terlalu mudah sebenarnya Melayu-Bumiputera dipermain-mainkan sehingga mereka terlupa menjaga kain sendiri agar tidak terlondeh dan menampakkan kemaluan masing-masing.

Sedangkan sepatutmya mereka lebih berwaspada kerana sebarang kehilangan tidak akan mengembalikannya ke asal walau ditangis air mata darah sekalipun.


1 comment:

Anonymous said...

Elokla tu.
mana mana pemimpin yg mencetuskan pergolakan dan yg banyak skandal haruslah ditolak.
Teringat lagi amanat hj adi yg mengakibatkan perpecahan ummah terutamanya di marang terengganu sehingga ke hari ini sembahyang jumaat dibuat berasingan.
puak umno masih lagi dianggap sbg org kafir.

 
Blogger Templates