Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 3, 2015

TONY PUA DAN MALAYSIAKINI CUBA FITNAH NAJIB KERANA TAK PUAS HATI, NAJIB ASAL KELUARGA KAYA!!!



Tony Pua dan Malaysiakini terus 'memburu' Najib' selepas terdapat laporan yang disiarkan oleh akhbar-akhbar berbahasa Melayu tentang Allahyarham datuknya membiayai pengajian Najib dan adik-adik lelakinya untuk belajar di United Kingdom serta mewarisi kekayaan Noah. (BACA DI SINI)

Untuk pengetahuan, perolehan Genting Berhad bukanlah perjudian semata-mata. Sebaliknya syarikat tersebut turut terlibat dalam bidang perhotelan, F&B, perladangan, pembinaan, hartanah, dan perniagaan tenaga serta pembangunan hartanah.

Dianggarkan, perolehan keseluruhan daripada bukan perjudian menyumbang kepada 40 sehingga 50%  untuk kumpulan syarikat tersebut.

Sekiranya keturunan Noah (tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki) termasuklah Najib melupuskan bahagian tidak halal dan membina masjid serta membiayai derma kebajikan, bahagian kekayaan yang diwarisi oleh Najib masih lagi besar dan jauh lebih mewah berbanding Lim Guan Eng-Lim Kit Siang mahupun Tony Pua.

Kurang dipublisitikan, keluarga Noah banyak membina masjid dan menderma, termasuklah Masjid Ar-Rahah di Bangsar South atau nama lamanya, Kampung Kerinchi. (RUJUK SINI)

Bukanlah satu kesalahan atau dosa kepada Najib Abdul Razak untuk mewarisi sebarang kekayaan daripada datuknya.

Datuknya juga hidup pada zaman-zaman yang berbeza pada tahun 1960-an, 1970-an di mana pada waktu itu tiada JAKIM, SIS, MAIS, JAIS, PERKASA, Tony Pua, apatah lagi Rafizi Ramli dan sebagainya.

Generasi sekarang, tidak sepatutnya menghakmi generasi terdahulu yang sudah pun tiada di duia ini untuk menjawab segala tohmahan dan fitnah ke atas mereka.

Noah berkahwin dua kali, kali pertama dengan Maimun Abdul Manaf dan kemudian Siti Aminah Kusuma.

Daripada perkahwinan pertamanya, anak-anaknya adalah:

- Toh Puan Rahah, balu Allahyarham Tun Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1970 sehingga 1976.

- Toh Puan Suhaila, balu Allahyarham Tun Hussein Onn yang menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1976 sehingga 1981

- Fakriah, berkahwin dengan Abdullah Ahmad yang merupakan ahli Majlis Diraja Johor.

Cucu-cucunya, Najib Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia sekarang manakala Hishamuddin Hussein pula adalah Menteri Pertahanan terkini.

Hasil perkahwinan dengan Siti Aminah telah melahirkan satu-satunya anak lelaki Noah iaitu Abu Rais.



Gambar-gambar yang disiarkan adalah gambar-gambar yang boleh diperolehi daripada pencarian SSM bagi Yayasan Noah, di mana ia menunjukkan sebahagian kecil kekayaan Noah.

Pada penghujung tahun 2013, aset-aset dalam Yayasan Noah sendiri berjumlah RM330 juta.

Ketika Allahyarham Tun Abdul Razak didiagnosa leukemia pada tahun 1975, Najib telah dilantik sebagai Pengarah walaupun pada ketika itu dia belum berusia 21 tahun.

Enam bulan kemudian, Tun Abdul Razak meninggal dunia.

LIM SIAN SEE

1 comment:

Anonymous said...

Ada juga penjelasan daripada individu untuk menangkis segala dakwaan dan fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang. Baguslah. Jika PM memberi penjelasan, bukannya pembangkang nak dengar pun. =)

 
Blogger Templates