Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 6, 2015

UMPAN PKR TAK MENJADI, PAS NAFI AKAN BERSAMA-SAMA DEMONSTRASI... DAP PULA KATA, MEREKA ADA KERJA LAIN YANG LEBIH PENTING!!!



Walaupun PKR mengumpan salah satu titik pertemuan untuk demonstrasi yang akan berakhir di hadapan SOGO iaitu di hadapan Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, bahkan cuba menggambarkan seolah-olah PAS akan mengerahkan ahli-ahlinya bersama dalam demonstrasi tersebut sebagai satu solidariti kepada Anwar Ibrahim, namun taktik tersebut telah gagal sama sekali.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Ahmad Shamsuri menafikan surat arahan daripada Presiden PAS untuk ahli-ahli parti tersebut turun berjihad bersama-sama dengan PKR dan DAP sebagai solidariti kepada Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Presiden PAS tidak pernah mengeluarkan arahan dan surat sebegitu.

Secara logiknya, dalam keadaan sekarang di mana PKR sedang terdesak dan mencari-cari sokongan daripada PAS bagi meramaikan demonstrasi yang dianjurkan.

Bermula Perhimpunan Black 505, PAS tidak lagi terlibat secara aktif dengan demonstrasi-demonstrasi PKR menjadikan demonstrasi-demonstrasi anjuran PKR dan AMK tidak ubah seperti demonstrasi kumpulan skinhead berambut yang tidak jelas apa motif perjuangan mereka yang sebenar meainkan untuk mencipta huru-hara.


Dan yang lebih malang bagi PKR ialah apabila Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP juga mengesahkan DAP tidak akan terlibat dalam demonstrasi yang dianjurkan oleh PKR dan AMK, sebaliknya berkata, DAP mempunyai kerja-kerja lain yang lebih penting berbanding terlibat dengan demonstrasi jalanan.

Barangkali itulah, ada pihak-pihak tertentu yang mahu juga menarik PAS dengan mencipta surat arahan palsu yang kemudiannya dinafikan oleh Setiausaha Akhbar Presiden PAS!!!


5 comments:

Anonymous said...

Jadi dah jelas bahawa anwar bukanlah pemimpin harapan pas dan dap. Tinggal lagi bila anwar masih berada di luar jail, pas dan dap saja2 nk tumpang tuah. Selama mana pas dan dap mampu bertahan di bawah shadow anwar? Inilah masa yg sesuai utk keluar dari penyamaran. Utk apa buat semua itu demi anwar. Anwarpun, dari bacaan pas dan dap, hanya mencacaikan parti mereka shj. Utk lebih jelas, kita tunggu berapa juta manusia yg akan terlibat dlm demo 8 mac ini. Boleh tahan sahaja atau akan memberi gambaran memalukan.

Anonymous said...

Hahahaha......pakatan......

Anonymous said...

Ternyata dan terbukti yg mempunyai kepakaran membuat berita palsu menyebar fitnah adalah puak2 ini.

Anonymous said...

Pas pun bukan bodoah sngt nk ikut telunjuk org..dap pulak..bg dia tk krj yg tk mguntong kan dap.buang masa sja..maka akan melalak lah srg diri..kalau buat krj yg blh merosak kan negara buang..org skrg pun dh cerdk pndai dan blh pk dah..prjuangan apa sebenarnya mereka inj...kalau tk mnjadi jgk..rapiji..aku nasihat ko..jaga kawasan ko tu..byk lg rakyat yg perlu di beri perhatian..makan gaji kalau tk buat krj..haram namanya

Anonymous said...

Sapa untung...yg untung dapigs...tunggang org melayu yg terlampau cerdik sampai diperbodohkan.. Hahahaha...dia org jugak byk kerusi, padahal bangsanya ciput je....abis dia org untunggggg, akhirnya melayu juga terpukang... Tu pun melayu fuckatan tak sedo sedo lagi...masih melalak utk peliwat...yg tokey beso cari tunggangan lain..sape yg nak ditunggang...cari cari....dah nampak pun.. Gayanya gayanya org maBUK....maBUK duit dan kuasa....

 
Blogger Templates