Lawatan Azmin Ali ke Sarawak sebenarnya tidak ada kena-mengena langsung dengan kerjanya selaku Menteri Besar Selangor. Sebaliknya Azmin Ali ke Sarawak untuk melobi dan berkempen bagi jawatannya dalam PKR.
Dalam ceramah dan kempen-kempennya di Sarawak sepanjang 'lawatannya' itu, Adenan Satem disifatkannya sebagai tidak berakal.
Antara kata-kata Azmin semasa dalam satu ceramahnya di sana ialah 'Menteri di Sarwak, habis tanah dirampas."
Namun di sebalik pelbagai kata-kata fitnah dan hasutan, Azmin masih dilayan baik oleh Ketua Menteri Sarawak. Dia disambut dengan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri berserta dengan anggota polis trafik sebagai penggiring.
Keputusan tegas Adenan Satem untuk tidak membenarkan UMNO beroperasi di Sarawak sebenarnya amat dibimbangi mencetuskan pergolakan yang lebih besar apabila PKR dan DAP yang berasal dari Semenanjung menunjukkan politik biadap dan kurang ajar. Serangan PKR dan DAP kepada UMNO pastinya akan dibalas, sekaligus akan menyeret sekali PBB yang dipimpin oleh Adenan Satem dan keseluruhan rakyat Sarawak yang telah mengecapi keamanan dan kesejahteraan selama berada dalam Malaysia.
Adakah ini sememangnya jenis pemimpin PKR? Jenis yang suka mengajar rakyat Sarawak dengan kebiadapan dan kurang ajar selain melihat orang Sarawak sebagai masyarakat bodoh?
2 comments:
Sepatutnya Azmin malu..tapi oleh kerana keegoan dicampur dengan kebiadapan pemimpin tempatan PKR Sarawak, menjadikan PKR semakin dibenci oleh rakyat Sarawak
Baru-baru ini seorang tuai rumah panjang menjadi mangsa hasutan PKR Sarawak...menembak mati seorang pekerja asing diladang...tuai rumah sebelum itu amat yakin dengan barisan NGO dan peguam PKR..namun semua mereka hilang selepas kejadian.
Dh jd MB pun x reti buat perangai elok2
Post a Comment