Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, April 11, 2015

10 JAWAPAN BAGI 10 SOALAN MARHEIN UNTUK ISU-ISU YANG SEDANG HANGAT SEKARANG INI!!!



SOALAN-SOALAN DARI RAKYAT MARHAEN: Seseorang mengajukan 10 soalan dalam ruang komen dan saya akan cuba jawab secara ringkas kerana jawapan kesemua soalan tersebut telah banyak kali diberi sebelum ini.

1. Siapa arah Sirul & Azilah bunuh Altantuya?

2. Siapakah Jho Low?

3. Mengapa Jho Low ada akses dan menguruskan dana 1MDB?

4. Kalau 1MDB untung, kenapa terpaksa berhutang untuk membayar faedah RM2 bilion?

5. Kenapa berhutang dengan Ananda?

6. Kenapa kerajaan bagi lagi RM1 bilion kepada 1MDB, walaupun setelah faedah RM2 bilion tersebut telah dibayar?

7. Kalau wang pelaburan di Cayman sudah dibawa balik, RM6 bilion diletak di Singapura, mana baki RM6 bilion lagi?

8. Kenapa diletak di Singapura dan tidak terus dibawab balik ke Malaysia?

9. Berapa harga kerajaan jual tanah kepada 1MDB(Razak Exchange)?

10. USD700 juta dibayar kepada Petro Saudi, kenapa?

 JAWAPAN KEPADA RAKYAT MARHAEN:

Jawapan, semuanya berasaskan daripada maklumat yang boleh didapati secara umum:

1) Sirul telah berkata dengan jelas di mahkamah bahawa Azilah yang mengarahkannya dan memanggil beliau untuk terlibat dalam kejadian malam itu.

Selain itu, Azilah harus menjadi orang yang memberitahu kita siapa lagi mengarahkan beliau tetapi beliau tidak berkata apa-apa walaupun dia menghadapi hukuman mati sekarang.

Kedua-dua Sirul dan Azilah mempunyai masa lebih daripada 9 tahun untuk mendedahkan sesuatu tetapi telah memilih untuk tidak berkata apa-apa - walaupun dalam sesi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Dan Sirul yang selamat di Australia masih tidak berkata apa-apa walaupun didorong oleh PAS ("Hello? Hello?") dan orang ramai.

Kedua-dua mereka mempunyai PELUANG LEBIH DARI MENCUKUPI untuk memberitahu kita siapa yang mengarahkan mereka beserta bukti tetapi tidak mengatakan apa-apa. Walau apa pun, kedua-duanya masih hidup dan selamat untuk mendedahkan apa yang mereka tahu. Tiada siapa yang menghalang mereka.

2 & 3) Jho Low masih muda dan gaya hidup beliau tidak boleh menjadi contoh yang baik tetapi beliau efektif (cara kerja) dan itulah sebabnya bekas Agong Tuanku Mizan ialah orang yang pada mulanya meminta untuk bantu baginda menubuhkan TIA (yang berkembang menjadi 1MDB.

Jika mempunyai soalan mengapa Jho Low terlibat, mungkin kita perlu mengadap Sultan Mizan Terengganu untuk mohon baginda mengesahkan mengapa?

Hubungan beliau di peringkat tertinggi di timur tengah telah terbukti sebelum 1MDB ditubuhkan lagi malah sebelum Najib menjadi Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Ini termasuk jualan pegangan milik KWSP dalam RHB yang sangat menguntungkan kepada Abu Dhabi Komersial Bank dan juga pembelian syarikat senarai awam - Loh & Loh Bhd dan Putrajaya Perdana Bhd - dengan wang timur tengah pada tahun 2008 dan juga pelaburan ke Iskandar Malaysia.

Malah selepas 1MDB, Jho Low terus mendapat kepercayaan dari dana dan syarikat-syarikat timur tengah dan malah nama terkenal seperti Sony dan kumpulan pelaburan terkenal Blackstone dalam menerajui pembelian kumpulan muzik EMI, Coastal Energy dan Reebok .

Pinjaman RM2 bilion memang SENTIASA patut dibayar daripada mana-mana dua sumber sama ada IPO atau langganan saham RM2 bilion oleh Tanjong dalam aset IPP (dan bukan dari sumber lain!) sebagai sebahagian daripada perjanjian asal bertarikh Mei 2012 apabila 1MDB membeli aset kuasa dari Tanjong milik Ananda.

Ini telah dinyatakan dengan jelas di halaman 170 laporan kewangan 1MDB secara umum ini untuk tahun 2014: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1646803445538443 6)

1MDB telah menunjukkan keuntungan pada tahun-tahun yang lalu (ia kerugian dalam laporan kewangan FY2014) tetapi ini adalah keuntungan atas kertas. 1MDB hanya pernah mempunyai RM1 juta dalam dana tunai sebenar dari kerajaan dan selebihnya telah dipinjam untuk membina dan memperoleh aset.


Masalah utama 1MDB sekarang adalah bahawa ia mempunyai banyak aset TIDAK CAIR (non-liquid) untuk menampung hutang yang tinggi. 1MDB membuat komitmen untuk tidak lagi meminjam wang dan memerlukan RM1 bilion sebagai modal kerja dan untuk membayar balik pinjaman sementara ia terus meningkatkan nilai aset-aset tidak cair ini dan membuat wang (monetize) daripada aset-aset tidak cair supaya ia boleh membayar balik semua pinjaman.

Ini telah pun bermula dengan termeterainya perjanjian RM8 bilion dengan gergasi kewangan Australia, Lend Lease. RM1 bilion itu memberi 1MDB ruang yang tidak melibatkan diri dalam penjualan aset tergesa-gesa (fire sale) hanya untuk membayar balik pinjaman.

Penjualan aset tergesa-gesa kerana berada di bawah tekanan dan 'kebuluran' pembiayaan hanya akan membuat 1MDB dan Malaysia kehilangan lebih banyak wang. RM1 bilion ini bukan satu suntikan modal dan ia adalah garis kredit oleh kerajaan untuk menyediakan 1MDB ruang masa dan akan berterusan dibayar balik sementara 1MDB terus membuat wang daripada aset-asetnya.

7 & 8) Seperti pada halaman 93, Laporan Kewangan Beraudit 1MDB bagi tahun 2014 yang boleh diperolehi umum (http://goo.gl/g5DLbH), separuh daripada RM7.71 bilion (bukan RM6 bilion) wang telah digunakan untuk modal kerja, pembayaran hutang dan pembayaran balik faedah dan USD950 juta (kira-kira RM3.6 bilion) sebagai deposit yang boleh DIKEMBALIKAN SEMULA untuk membatalkan option Aabar (95% dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi).

Dan mengapa wang itu masih dalam bank Singapura?

Saya yakin bahawa pemberi pinjaman asing dan pemegang bon juga sangat gugup kerana publisiti negatif yang berterusan mengenai 1MDB dan mahu jaminan untuk pembayaran balik akan datang dan bertegas mahu wang berada di Singapura di mana mereka boleh melihatnya dan di luar bidang kuasa Malaysia, di mana ia boleh dibekukan jika terdapat perubahan dalam iklim politik - 1MDB perlu mengesahkan ini.

Hakikat bahawa bon 2023 1MDB walaupun dijamin oleh kerajaan Abu Dhabi dan diberi nilai A- oleh Standard & Poor's adalah didagang seperti 'Junk Bond', bukti bahawa pemberi pinjaman gugup dan mahu jaminan atas pembayaran - dan anda tidak boleh menyalahkan mereka kerana laporan negatif tanpa henti dan serangan oleh kedua-dua pihak pembangkang dan pemimpin UMNO. http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-02-23/1mdb-trades-like-junk-as-investors-weigh-wind-down-asean-credit

9) 1MDB membeli 70 ekar daripada kerajaan untuk RM320 juta - yang merupakan kos nilai buku (book value cost) tanah pada buku kerajaan.

Bagaimanapun, tidak kira berapa harga kerajaan jual tanah TRX untuk 1MDB kerana 1MDB adalah 100% milik kerajaan juga. Sebagai contoh, jika satu syarikat yang memperolehi satu plot tanah kosong, dan kemudian membangunkannya, nilai tanah akan meningkat. Dan 1MDB telah membelanjakan wang yang banyak menempatkan semula dan membayar pampasan kepada penduduk asal tanah ini, merancang, membangun dan memasarkan tanah.

Pada tahun 2012, tanah ini dinilai semula sekali lagi, kepada RM1.78 bilion. Dilaporkan juga bahawa 1MDB telah mengambil alih tapak Bandar Malaysia dari kerajaan untuk kira-kira RM1 bilion, bersamaan RM46.40 sekaki persegi. Walau bagaimanapun, 1MDB juga menanggung kos memindahkan lapangan terbang tentera untuk RM2.7 bilion, yang menunjukkan bahawa jumlah kos bagi 495 ekar adalah RM3.7 bilion.

10) 1MDB TIDAK MEMBAYAR apa-apa wang kepada Jho Low. Usahasama dan seterusnya perjanjian pinjaman 1MDB adalah dengan PetroSaudi dan dengan itu pihak kaunter 1MDB adalah dengan PetroSaudi.

Ini bermakna 1MDB sepatutnya membayar wang itu kepada PetroSaudi. Di bawah perjanjian itu, ia adalah keputusan PetroSaudi untuk mengarahkan mana-mana pemindahan wang dari 1MDB ke dalam akaun bank pilihan mereka selagi PetroSaudi memberi pengesahan bertulis akaun mana untuk dipindahkan dan mereka mengesahkan bahawa mereka mempunyai kawalan ke atas akaun-akaun ini.

Difahamkan bahawa PetroSaudi mempunyai perjanjian pengurusan dana dengan sebuah syarikat bersekutu Jho Low dan USD700 juta daripada dana dalam akaun bank Good Star Ltd yang dipindahkan kepada akaun milik 1MDB oleh PetroSaudi tetapi diuruskan oleh syarikat bersekutu Jho Low.

Siapa yang PetroSaudi minta untuk uruskan wang mereka adalah masalah mereka kerana ia adalah wang mereka.

Ingat bahawa PetroSaudi masih memiliki wang itu tetapi orang lain dibayar untuk menguruskan wang mereka dan membuat keuntungan untuk mereka. 

Perlu diambil perhatian bahawa tidak pegawai kerajaan Malaysia dan bukan juga 1MDB yang mengarahkan bahawa wang ini dibayar kepada Good Star Ltd dan permintaan bertulis adalah dari pihak Arab Saudi.

 Bukti dan maklumat lanjut mengenai susunan pengurusan dana PetroSaudi adalah di sini: http://tinyurl.com/lj2sb6n

 Oleh Lim Sian See


11 comments:

NFH said...

Kalau beginilah jawapan dari oihak kerajaan...ngeri betul memikirkan masa depan BN pada PRU akan datang...

bebas said...

nasi dah jadi bubur, bagi la ayat dr langit ketujuh pun orng ramai dh xblh terima najib. Jadinya, baik la tuan blogger smua trima hakikat yang najib dh jadi liabiliti kerajaan. Klum btul xnak lihat pembangkang skrng tawan putrajaya, sudah2 menulis ayat kesian untuk najib. Sy pun xsanggap nk berkerajaaan kan pembangkang skrng, tapi kalau najib dan tuan puan berdegil utk menegakkan benang yang dh basah kuyup dah silakan. Mungkin kami smua terpaksa memberi peluang kpd pembangkang skrng utk menyedarkan tuan puan dr mimpi kalian yang masih berada di alam kayangan yg percaya masih ad lg yg menyokong najib. Golongan senyap dakwaan najib yang masih menyokong beliau hanya khayalan dan ciptaan najib yg masih tdk dpt menerima hakikat sbnr.

Anonymous said...

Apabila diberikan jawapan kenapa diam saja?

Anonymous said...

siapa dia yg menyokong najib letak jawatan tu ? cuba kumpulkan tanda tangan mereka.aku nak tengok. setakat sembang pung pang , pung pang dlm blog , tp bukti takde , anak aku yg 5 tahun pun reti menaip di sini. zaman skrg , org bila menuduh , perlukan bukti , fakta & saksi. jangan jadi si bacul anwar. berani meroyan luar kandang tertuduh tetapi takut nak bersoal jawab dgn tan sri shafie abdullah. Last2 , tido dalam bamboo river palace. amik kau.

Anonymous said...

Yang x faham fasal 1MDB ni dok dendiam jelah. Lagi bercakap lagi mengelirukan. Biar orang yang tahu menguruskannya. Yang penting 1MDB x menyeleweng dan diperbaiki dari masa ke masa supaya berada dilandasan yang betul serta kehidupan kita di Malaysia masih terjamin dan selamat.

Anonymous said...

Banyak betul imbuhan yang bro dapat utk menerangkan siapa jho low..apa itu 1mdb dan bagai2 lagi.. nampak macam real..nampak macam Najib is the hollier than thou... sama lah macam kes kak ijat..bila lakinya duk salah guna dana NFC..penerangan dan hujah yg diberi sgt2 real dan betul belaka.walhal laki si kak ijat memang sah salah guna duit .. udah2 le tu..suruh najib turun..org ameno sendiri bagi tahu najib tak efisyen dan rosmah sgt2 berbahaya.. hehe

Nor Aidi said...

Mereka yg masih mempersoal 1mdb memang memang tak faham bahasa. Kerajaan BN menang besar pru 14 sebab pembangkang d malaysia tak standard gagal dlm mengurus negeri rakyat dah nampak cuma pandai menyalahkan kerajaan pusat tiada pembangunan pun.

Anonymous said...

Tun M dan sekutunya 'lapar' habuan. Maaf cakap. Mukhriz KO sbb failed.
Jadi MB pun sbb ehsan Dato Ahmad Bashah.. dgn restu Najib.

Tun M menghina kedudukan dirinya.. jasanya sendiri dengan menjadi alat perosak pada UMNO.

Menjadi alat penjahanam oleh PR yg di kala ini tgh kosong dan mabuk..

Syg Melayu berpecah di mana2. SYaitan berbondong2 tepuk melompat.

Tun M kita tak tahu apa sebenarnya yang di a mahu.. yg pasti dengan semua penggantinya dia tak ngam kecuali penggantinya itu Mokhzani dan Mukhriz?


Anonymous said...

Kalau ada sikit kemahuan dan tambah sukit keikhlasan .. P la jelajah semua blog2 dan website.. Kemudian buat kajian sapa yg irang ramai sokong dan hujah sapa ygvlebih menyakinkan.. Najib atau tdm.. Lainla kalau kita sudah dibayar.. Terpaksa la jalankan tugas.

Tok dam

Anonymous said...

Kalau kita belum dibayar dan mmg ikhlas nak tahu kebenaran.. Jelajahlah seluruh blog dan website.. Disinilah marhaen2 bersuara.. Lihatlah hujah siapa yg lebih menyakinkan.. Najib atau tdm?

Tok dam

Anonymous said...

Aku tak kira asal Malaysia tidak terlepas ketangan orang lain!!!!!

 
Blogger Templates