Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 20, 2015

ACUMAN JAHAT MALAYSIAKINI: ADIK NAJIB PULA MUNCUL DENGAN 'YOU ARE NOT ALONE'!!!



Adik bongsu perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak memilih gambar kulit album ‘You are not alone’ oleh penyanyi pop mendiang Michael Jackson untuk dikongsi di laman sosial.

Gambar tersebut menjadi perhatian apabila beliau memuatkannya dengan komen “kini muncul dalam politik Malaysia”.

Perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi kerana ia muncul selepas keluhan perdana menteri Tun Dr Mahathir, yang banyak melancarkan serangan ke atas abangnya, Datuk Seri Najib.

Mahathir pada minggu lalu mengeluh kerana berasa “sendirian” dalam usaha untuk mendapatkan penjelasan dari Najib atas isu yang dibangkitkannya.

Keluhan Mahathir itu disambut dengan sokongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata Mahathir tidak keseorangan dalam usaha itu.

Nazir memuatkan gambar kulit album hit Michael Jackson itu semalam di Instagram, tidak lama semalam selepas Muhyiddin menyatakan sokongan tersebut.

Tindakan itu mencetus pelbagai tanda tanya, memandangkan sebelum ini timbul laporan bahawa hubungan Najib dan adik beradiknya terjejas.

Adik beradik Najib malah terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menjawab dakwaan Pejabat Perdana Menteri bahawa kekayaan PM dan keluarganya adalah daripada harta warisan. 

5 comments:

Anonymous said...

Aku yakin Muhyiddin mampu mengembalikan zaman kegemilangan UMNO dan Malaysia akan kembali tenteram seperti dahulu atau lebih baik lagi. InsyaAllah.

Anonymous said...

Kalau ada pilihan Najib dan Nazir, sudah pasti aku pilih Nazir Tun Razak sebagai PM.

Anonymous said...

Abis kenapa pulak kau yang meroyan... biarlah dia nak tulis apa pun kat dia...kau nak menjilat bontot menuduh orang lain acum la pantat la kenapa? Tak dibagi tulang oleh tuan engkau ke wahai si anjing kurap....

Anonymous said...

Karisma Nazir sebagai pemimpin lebih menyerlah.

Anonymous said...

Tun mengeluh???? Betul admin...salah faham kot...or buat buat tak faham.maksud Tun yang sebenar

 
Blogger Templates