Sepasang ayah dan anak lelakinya, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini kerana meludah dan menampar seorang anggota polis trafik.
Pesara bernama Shaik Abdul Wahab Shaik Ibrahim, 67, dan anak lelakinya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, Shaik Abdul Shukor Shaik Abdul Wahab, 31, menafikan menggunakan tindakan kekerasan ke atas Koperal Mohamed Sharul Nizam daripada menjalankan tugasnya.
Kedua-duanya didakwa bersama atas kesalahan yang dilakukan di Jalan Patani lebih kurang jam 9:50 malam hari Rabu lalu.
Mereka diwakili oleh Muhamad Asri Abdul Hamid manakala Timbalan Pendakwaraya Nur Farhana Hashim bertindak sebagai pendakwa di hadapan Hakim L.Umma Devi.
Kedua-dua beranak itu didakwa melakukan kekerasan untuk menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugasnya di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Umma Devi telah menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap seorang daripada mereka. Tarikh 19 Mei ditetapkan sebagai sebutan kes dan untuk mahkamah menerima dokumentasi.
Sementara itu, KedahNews melaporkan:
EKORAN berang dan tidak puas hati disaman oleh polis trafik, seorang bapa dan anaknya bertindak biadap meludah dan menampar muka anggota trafik berkenaan di Jalan Patani, Georgetown.
Konflik tercetus apabila dua beranak yang masing-masing berusia 31 tahun dan 67 tahun tidak dapat menahan marah apabila rayuan mereka tidak dilayan.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid, dua beranak itu ditahan anggota trafik pada pukul 9.50 malam kerana didapati tidak memakai tali pinggang keledar.
“Anggota polis terbabit meminta kad pengenalan dan lesen memandu ahli perniagaan berusia 31 tahun itu dan mendapati ia telah tamat tempoh sejak tahun lepas.
“Semasa menulis saman, lelaki yang duduk di tempat penumpang keluar dan merayu agar polis tidak menyaman anaknya tetapi anggota polis itu tidak menghiraukannya,” katanya.
Hal itu mengakibatkan bapa berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum meludah ke arah muka anggota trafik itu.
Anggota polis bertindak menahan bapanya itu menyebabkan anaknya keluar lalu menampar muka anggota trafik berkenaan.
Susulan itu, kedua-dua beranak ditahan oleh dua polis yang berada di tempat kejadian dan kini direman tiga hari untuk membantu siasatan.
2 comments:
Haramjadah dua ekor anak beranak ni mcm perangai DAPig.
Sudahlah tak pakai talipinggang pastu lesen mati.. sial punya manusia.. ingat negara ni bapak dia punya..
org macam ni samseng mau di hukum berat.. pakai kopiah tp perangai mcm syaitan
Ramai yang berjanggut dan bekopiah, berlagak muslim alim, tapi perangai macam orang tak beragama..
Post a Comment