Dengan penuh angkuhnya, Azmin Ali kata, GST tidak akan diimplementasi di Selangor. Alasan terbaik yang boleh diberikannya sekaligus menggambarkan dia sebagai seorang Menteri Besar yang sangat alim ialah GST bertentangan dengan Islam dan menzalimi golongan miskin.
Hakikatnya, kesemua premis perniagaan di Selangor, termasuklah yang dimiliki oleh GCL Selangor, mengenakan dan mempraktikkan GST sambil turut menggunakan SST yang 'telah dihilangkan' tetapi boleh dilihat menerusi kenaikan harga.
GST diamalkan di Selangor secara meluas sehingga ada banyak premis perniagaan yang mengenakan GST kepada pelanggan meskipun tidak berdaftar dengan Kastam dan meskipun resit yang digunakan ditulis tangan mahupun menggunakan resit cetakan sendiri, bukannya resit dari mesin GST.
Rupa-rupanya ada maksud lain yang dimahukan oleh Azmin Ali.
Dalam minggu lepas, Kerajaan Negeri Selangor telah diberikan peruntukan dari Kerajan Pusat bernilai hampir RM1 bilion. Haram tak disebut oleh para pecacai Pakatan Rakyat yang Selangor telah menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Sama seperti peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kelantan.
Dalam hal ini, Lim Guan Eng bijak kerana menjadikan peruntukan Kerajaan Pusat sebagai salah satu daripada pendapatan negeri dalam laporan kewangan setiap tahun. Jadi, banyaklah duit yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Samalah seperti tahun lepas apabila Kerajaan Pusat menyelaraskan pembayaran air dan Pulau Pinang menjadikannya sebagai pendapatan negeri.
Yang tidak disebutkan oleh Azmin Ali ialah, sepanjang Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, HARAM TAK SATU PUN PROJEK yang menyumbang kepada perolehan Kerajaan Pusat, sebaliknya semua perolehan datangnya daripada prasarana dan infrastruktur yang telah disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu.
Patutlah Khalid Ibrahim suruh Azmin Ali letak jawatan. Hanya pandai bercakap dan hanya pandai bagi alasan selain berlakon. Hakikatnya, tidak pernah pandai buat kerja pun!!!
Tu pun ada hati nak minta peruntukan lebih... kenapa tak suruh LADANG BABI MODEN RM100 JUTA tu yang janakan pendapatan yang diperlukan oleh Azmin Ali? Takkan RM3 bilion yang ditinggalkan oleh Khalid Ibrahim dah habis kerana terpaksa biayai aktiviti PKR?
4 comments:
Tak BETUL MB Selangor ni....
Konon tolak GST tapi duit GST dia nak jugak.
Apa punya perangai
Inilah dia real MUNAFIK.!!!
Kesian.... rakyat Selangor... MB yg terpilih bangang rupanye... ambik kau.. pilih lagi PKR... ngan DAP cina laknat...
Post a Comment