Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, April 22, 2015

BERITA PENURUNAN KADAR TARIF ELEKTRIK TAK PERNAH DIPEDULIKAN SESIAPA PUN, KAN BERBANDING KENAIKANNYA!!!



Berita baik ke nih? Kalau berita baik, kenapa tak ada sesiapa pun yang berbunyi dan bersuara? Selalunya kalau membabitkan tarif elektrik, boleh bergema seluruh alam laungan dan raungan manusia di Malaysia.

Atau sebenarnya tidak ramai rakyat Malaysia yang perasan kerana bagi mereka, harga atau tarif yang diturunkan, bukanlah sesuatu yang menggembirakan, tetapi apabila dinaikkan, ia adalah sesuatu yang membolehkan permulaan revolusi!

Mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia, telah menikmati kadar tarif elektrik lebih rendah bermula pada Mac 2015, sebagaimana yang telah diumumkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam akaun Twitter rasmi mereka berkata, syarikat utiliti tersebut akan menurunkan tarif elektrik sebanyak 2.25 sen bagi setiap kilowatt per jam (kWh).

Bermula 1 Mac sehingga 30 Jun 2015, tarif baru akan diturunkan dari 38.53 sen kepada 36.28 sen.

TNB tariff will reduce by 2.25 cents/kwh ( 5.8% ) from 1st March to 30 June 2015. Average tariff reduce from 38.53 cents to 36.28 cents.

Menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, perkara berkenaan telah disahkan oleh Kabinet yang memutuskan untuk mengurangkan kadar tarif kepada 2.25 sen/kWh bagi pengguna-pengguna di Semenanjung Malaysia bermula 1 Mac sehingga 30 Jun 2015 berdasarkan kepada mekanisme ICPT. 

Dengan menggunakan mekanisme ICPT, pengguna bermula Mac lalu telah menikmat kadar bil bulanan elektrik yang lebih rendah antara RM13.50 sehingga RM45.00. 

Sebelum itu, banyak pihak mendesak TNB agar mengurangkan kadar tarif elektrik berdasarkan penurunan harga minyak mentah global. (RUJUK DI SINI)

Agak malang, berita penurunan ini tidak pernah menjadi viral dan tidak popular sebagai berita-berita kenaikan tarif elektrik!!!


No comments:

 
Blogger Templates