Barangkali cucu-cucunya sudah tidak perlu dijaga....
Atau barangkali dengan cerita kononnya, permohonan maaf kepada PAS dan Hadi Awang telah dibuat, maka berduyun-duyunlah sokongan daripada orang PAS kepadanya, akan diterjemahkan kepada kertas undi, maka Wan Azizah dengan drama pada saat-saat akhir, mencalonkan dirinya sendiri.
Namun yang pasti, apa-apa sahaja teori tentang KRONISME yang diamalkan dalam keluarga Anwar Ibrahim dan PKR, telah disahkan!
Seolah-olah tiada muka baru dalam PKR, Wan Azizah dicalonkan semula buat kali keempat di Permatang Pauh. Tidak habis
Pun begitu, Wan Azizah dan ahli keluarganya kekal menyalahkan pihak lain, khususnya UMNO dan Najib Abdul Razak pada kejahatan dan keganasan syahwat Anwar Ibrahim yang langsung tidak mengambil kira dosa dan pahala.
Laporan dari 'medan perang' menunjukkan keghairahan para penyokong PKR sendiri seperti yang ditunjukkan sebelum ini, tidak diterjemahkan kali ini. Malahan Abdul Hadi Awang hanya menghantar Mustafa Ali sebagai wakilnya dengan Hadi Awang sendiri mengotakan kata-katanya.
Secara rasminya, malam ini bermulalah kempen air mata. Akan terdengarlah
Wan Azizah sudah pasti akan mengheret anak-anak perempuannya untuk berceramah di atas pentas. Tidak ketinggalan juga cucu-cucunya buat umpan menagih simpati. Akan ditemberang kononnya, PAS telah bersetuju untuk membantu memenangkannya.
Dan yang pasti juga, nama Allahyarham Fadhil Noor akan dikumandangkan dan 'semangatnya' akan diungkit oleh para penceramah PKR walaupun hakikatnya, pada penghujung hayatnya, Fadhil Nor tidak pernah peduli dengan Anwar Ibrahim pun.
Atau adakah Rafizi Ramli yang menyatakan 'ADA KEJUTAN' di Permatang Pauh akan menggerakkan seluruh kekuatan PKR untuk keluar beramai-ramai, melambakkan ratusan ribu para hadirin untuk menakutkan jentera UMNO-BN di Permatang Pauh?
Pesta-pora dengan ini telah dibuka secara rasminya!!!
Guan Eng dan angkatannya sahaja yang sedang duduk di tepi padang sambil menyilang kaki, memegang cawan berisi arak dan sesetengahnya menghisap rokok sambil menulis-nulis angka dan mencongak-congak keuntungan yang bakal diperolehi!!!!
No comments:
Post a Comment