Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 2, 2015

BOLEH PERCAYA KER YANG TELCO AKAN KURANGKAN CAJ PENGGUNAAN JALUR LEBAR? BUKANKAH TELCO CUKUP BANYAK HELAH UNTUK PERDAYA PENGGUNA?



Syarikat telekomunikasi (telco) telah bersetuju untuk mengurangkan caj perkhidmatan jalur lebar mereka sekurang-kurangnya enam peratus daripada harga asal bagi menggalakkan penggunaan internet dalam kalangan orang ramai.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu diputuskan setelah beberapa siri perbincangan dengan pihak telco diadakan, dan keputusan itu akan diumumkan secara rasmi dalam masa sebulan.

"Saya rasa dalam konteks negara yang bersetuju dengan pasaran bebas, harga yang murah perlu ditawarkan kerana kita mahu pengguna yang ramai, boleh dinikmati oleh golongan muda dan tidak perlu berpendapatan tinggi untuk menikmati perkhidmatan jalur lebar," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran 'Content Malaysia Pitching Centre' di sini, hari ini.

Beliau berkata, di samping caj yang berpatutan, syarikat telco juga perlu melabur kembali untuk perbelanjaan pembangunan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan.

"Sebagai contoh, di mana tempat yang kurang menara pemancar perlu ditambah supaya perkhidmatan jalur lebar dapat diperluaskan dengan menambah baik kelajuan internet,"katanya.


Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, pusat sehenti "Content Malaysia Pitching Centre" yang terletak di bangunan Platinum Sentral, KL Sentral itu merupakan inisiatif kementerian dalam merangsang dan mencambah idea-idea baharu bagi semua kandungan kreatif.

Pusat itu akan memberi peluang kepada generasi muda dalam memberikan pendapat dan pemangkin ke arah pencambahan idea yang sejajar dengan perkembangan dunia yang semakin pesat seiring dengan teknologi terkini.

"Ia juga bertujuan memudahkan penggiat industri serta generasi muda untuk memohon dana-dana di bawah satu koordinasi sehenti serta menjadi tempat tayangan filem, kelas lanjutan dan pelbagai aktiviti kreatif dapat dijalankan di sini," katanya.

Ahmad Shabery dalam ucapan perasmiannya berkata, walaupun saiz pasaran kandungan kreatif di Malaysia bernilai RM7 bilion, hanya 15 peratus sahaja melibatkan kandungan tempatan.

Untuk itu, cabaran paling besar sekarang ialah untuk mendidik masyarakat untuk berhadapan dengan dunia digital baharu, katanya. - Bernama

6 comments:

Anonymous said...

Betul... telco memang banyak helah tapi pelanggan masih nak melanggan. Contoh pelanggan diperdaya dgn pakej termurah... konon panggilan dan sms percuma rupanya perkhidmatan yg lain2 cth utk data dicaj berganda. 1st impression memanglah murah.

pelanggan mudah terpedaya bila dijanjikan hp percuma dan berakhir dengan terikat kontrak bill bulanan sekurang2 setahun. Biasanya pelanggan sedar pakej tak sesuai dan terpaksa tunggu setahun nak terminate langganan.

Satu penyakit bila da melanggan perkhidmatan... kerap bill lari bajet..terlebih guna..pengguna tak psndai displin diri... bil berpuluh dan ratus rm sanggup perhabis...tapi bila bayar gst mengeluh. Ni da era mewah
..


Anonymous said...

Kalau tak puas hati buat telco sendiri. Kalau tak puas hati lagi pi duduk kat bulan

Anonymous said...

Aku ada melanggan internet dgn satu jenis telco dgn data 1g utk sebulan. Setelah beberapa hari renew, 3 hari lepas telco tersebut hantar sms.bertulis aku dh gunakan 70% dpd data. Tiba2 hari ini sms sekali lg dpd telco tersebut, data aku dh 100% digunakan. Sebelum ini dgn cara penggunaan sama, 1g boleh tahan 30 hari. Aku rasa ini permainan telco tersebut utk sakau duit pengguna secara haram. Apa ukuran dan meter yg digunakan utk ukur data yg digunakan pengguna? Keluarkan bil supaya pengguna puas hati dgn apa yg dibayar. Aku rasa bukan aku sorang yg kena, mungkin beribu atau berpuluh ribu yg kena. Aduan aku rasa ramai dh buat. Apa tindakan oleh pihak yg menerima aduan? Tiada apa. Pihak telco tahu kelemahan tindakan oleh pihak kerajaan, sebab itu mereka berani buat sesuka hati. Yg aku hairan, dlm rundingan telco-kerajaan, pihak kerajaan langsung tidak menggunakan kuasa mendesak, selain mendengar auta dan temberang pihak telco. Tak usahlah menteri sebut ini pasaran bebas, tak bebas langsung sbb kuasa ditangan penyedia perkhidmatan, bukan pengguna yg tersepit. Cuba jwb apa itu pasaran bebas? Bebas apa jika telco berpakat sesama sendiri utk mengenakan pengguna? Pengguna nak lari kemana? Semua telco berpakat macam haram. Semuanya kerana apa? Kerana menteri tak jaga hak rakyat, tetapi jaga keuntungan telco jangan berkurang. Menteri penakut, lembik tetapi bnyk auta. Bosan betul la.

Anonymous said...

Mcm pakai Celcom je ..... Awat Internet Celcom tipu Kouta ?

Anonymous said...

Tak Nak! Aku nak jugak top-up kekal harga biasa! Ada FAHAM?

Masalahnya harga data lebih murah ni "tak di nampak sangat" oleh pelanggan dan orang tak berapa perasaan pun jika berlaku perubahan...tetapi jika harga top-up dalam berubah orang ramai akan lebih peka kerana orang telah terbiasa...

Jadinya......sekiranya pihak telco mengubah "data per harga" pada bila-bila masa orang ramai tak akan perasaan.

Akhirnya yang tetap untung ialah syarikat telco.
Kerajaan telah tertipu dan ditipu kerana menterinya bodoh.
Pengguna@rakyat pula tertipu dan rugi dan rugi dan rugi dan rugi dan terbeban sepanjang masa.

Anonymous said...

Aku rasa PM dgn pembangkang ada kawtim...
Pembangkang ributkan atau bantah sesuatu perkara maka PM akan implement sesuatu perkara...rakyat jadi mangsa...orang yang bantah ekstrem manakala orang yang sokong pun kuat tetapi apa yang jelas berlaku ialah rakyat jadi bertambah keliru.

Tak salah kalau aku kata PEMBANGKANG IALAH BARUA KERAJAAN.

RAKYAT yang memiliki negara ini diBODOHkan.

sebenarnya "PEMBANGKANG dan KERAJAAN" adalah SATU (2in1)...satu pihak buat kacau (konon bantah), satu pihak laksanakan/terapkan sesuatu. rakyat sama ada penyokong kerajaan atau penyokong pembangkang terpaksa menerima apa saja yang dihidangkan oleh bos masing masing.

 
Blogger Templates